Wednesday, February 24, 2010

saina` dan dahab

Salam buat semua..

Lama rasanya bercuti dari dunia blog..hehe..ba`da imtihan terus berjalan-jalan sampai da nak mula semula kuliah..kalau cuti sebegini pd tahun lepas di bumi mesir ni,saya n en.ezmir xdapat bejalan mana sangat..sebab saya alah teruk..huhu..sampai g ma`rad kutub pon saya rasa berapa kedai ja saya jalan sebab asyik pening n muntah..tapi Alhamdulillah pd tahun ni, diberi kesempatan berjalan melihat keagungan Allah swt serta sejarah tinggalan kaum2 terdahulu..Alhamdulilah jugak sepanjang perjalanan bersama si kecik ulya ni dimudahkan segalanya (~.^)

Sebagai kenangan n pengajaran disini saya nak ceritakan serba sedikit tentang kesan tinggalan sejarah kaum2 nabi Musa a.s yg berada di bumi mesir ini dan telah diabadikan di dalam al-Quran sebagai peringatan dan tauladan buat mereka yg ingkar terhadap kekuasaan Allah swt..

Maka dalam permusafiran ilmu ni,saya kira adalah peluang terbaik untuk menyoroti sirah anbiya` dan melihat sendiri kesan2 kaum2 terdahulu..sebagaimana yg telah kita ketahui,mesir merupakan bumi nabi Allah musa a.s,nabi harun dan nabi yusuf a.s..dan kesempatan cuti kali ini kami telah mengembara ke Sinai..selama 3hari..dari 16-18 februari..

Alkisahnya saya memang macam malas nak bejalan kemana2 pada cuti ni..sebab ulya tiba-tiba xnak direct feeding ngn saya..jadi amatla sukar perjalanan saya kalau nak kena mengepam 24 seven..huhu..tapi en hubby cakap bila lagi nak jalan2..tumpang ada 2 lagi geng mutazawwijin..jadinya saya dengan berat hati pon ikutla..tapi ni rombongan negeri perak..tapi kesemuanya lelaki..kecuali kami bertiga J

Tapi Alhamdulillah,pengembaraan yg amat best n memang rasa nak pegi lagi buat kali kedua ketiga n keempat..hehe..mana nak dapat kat Malaysia solat bertayamum n kat tengah padang pasir disertai dengan rebut pasir..kenangan terindah buat jaulah kali ni..

Dan Alhamdulillah si kecik ulya ni memang seronok tak ingat2..asyik gelak ja..hehe..besala dia dapat ammu 3bas..suma org bagi perhatian kat dia..seronok la si kecik ni..dan saya bersyukur jugak..dalam perjalanan ke wadi arbaien tu ulya tiba2 nak direct feeding setelah sebulan lebih meminggirkan saya..hehe..alhamdulillah..

Jom kita lihat sejarah tempat yg telah kami lawati:

TEROWONG AS-SYAHID AHMAD HAMDI

Terowong Ahmad Hamdi ni menghubungkan antara tanah besar Semenanjung Mesir di sebelah barat dan Sinai di sebelah timur. Ia mempunyai laluan pergi dan balik yang sentiasa di kawal rapi. Terowong Ahmad Hamdi ini terletak di bawah Terusan Suez.


KUBU ISRAEL


Kubu ni merupakan kubu pertahanan Israel ketika menyerang Mesir..Namun,Mesir kembali memenangi peperangan tersebut atas ilham yg Allah berikan kepada seorang ulama` ketika itu iaitu dengan menyerang menggunakan air..dan kemenangan berpihak ke atas tentera Islam..Allahukbar

UYUN MUSA



Disini merupakan tempat terpancarnya 12 mata air sebagaimana yg termaktub di dalam al-quran.

Tapi waktu kami pegi tu yg jelas dan boleh dilawati hanya 2 sahaja..yg dikawasan jauh sedikit dikhabarkan da tak boley g lawat..tapi mengikut musyrif kami bahawa mata air yg tak boley lawati tu masih ada air yg mengalir..wallahu`alam..


WADI ARBAIEN DAN MATA AIR NABI MUSA AS



abi ngn ulya yg tengah titon dalam sling :)

Perjalanan ke wadi 40 ni sangatlah mencabar terutama bagi ibu yg telah 5bulan bersalin..huhu..saya xdapat gambaran awal wadi 40 ni macamana..so,saya pon semangatla nak tengok..huhu..tapi perjalanan nak samapi ke tempat ni amatlah perit..4jam pergi dan balik..memang penat..lagi2 ada ulya..tapi saya bersyukur kerana dapat melihat sendiri kesan mukjizat Nabi Allah Musa a.s..di perjalanan ke wadi 40 ni jugak terdapat batu dimana Nabi Musa telah mengetuk dengan tongkatnya dan terpancar 12 mata air..kalau diperhatikan bahawa di atas batu ni terdapat cakuk dari besi..dan dikatakan cakuk tu di tanam oleh Israel untuk cubaan mengangkat batu tu menggunakan helicopter..tetapi Maha Agung Allah cubaan mereka tidak Berjaya..kesahihan qil ini tidak diketahui..

Wadi 40 ni juga merupakan tempat pertemuan dan musyawarah 40 orang nabi-nabi..dan antara perkara yg best ketika perjalanan ke wadi arbaien ni jugak ulya da mula nak direct feeding ngn saya..Alhamdulillah..berkat menyusuri jalan2 yg dilalui oleh rasulNya mungkin..

MAKAM NABI SOLEH A.S

Baginda menjadi rasul pada umur 58 tahun bermula tahun 2000 sebelum Masihi hingga 1990 sebelum Masihi.

MAKAM NABI HARUN A.S

Nabi Harun a.s adalah rasul yang ke-16 selepas Nabi Musa a.s Baginda merupakan saudara kepada Nabi Musa a.s sendiri dan sentiasa bersama-sama Nabi Musa a.s dalam menyebarkan dakwah. Dilantik menjadi rasul ketika berusia 122 tahun bermula dari tahun 1439 sebelum Masihi sehingga 1317 sebelum Masihi. Makam ini terletak di kaki Gunung Thursina bersebelahan dengan sebuah gereja.

PATUNG ANAK LEMBU SAMIRI



Patung Lembu Samiri ini diukir pada batu oleh Samiri (dikatakan namanya adalah Musa as-samiri..dan samiri merupakan gelaran seorang Bani Israel dari suku kaum Assamirah,) iaitu salah seorang dari penganut Nabi Musa a.s. Peristiwa ini berlaku ketika Nabi Musa a.s bermunajat kepada Allah Taala di puncak Jabal Musa selama 40 hari. Dalam pendapat yang lain dikatakan pancaran cahaya dari patung lembu emas itu yang membentuk Patung Lembu Samiri itu.Dan menurut musyrif ketika itu bahawa patung ini dicampurkan emas bersama cahaya dari kesan tapak kaki malaikat jibril..wallahu`alam.. Berhampiran dengan ukiran patung ini terdapat pokok yang dikatakan hidup sejak zaman Nabi Musa a.s lagi. Ia disebut dalam al-Quran pada Surah Toha ayat 85 dan Surah al-Araaf ayat 148.


BANJARAN TIH

Merupakan kawasan gunung ganang..dikisahkan juga bahawa Allah taala telah menyesatkan kaum Bani Israel disini selama 40 tahun setelah mereka enggan memasuki palestin sebagaimana yg diperintahkan oleh Allah..

Saya nukilkan sedikit ulasan oleh musyrif kami ketika itu (waktu ni saya memang xsempat nak salin or record sebab xsempat..hanya ingatan yg serba sedikit mungkin masih berbaki tika ini..huhu)

Dikisahkan bahawa Nabi Musa menghantar 12orang wakil untuk menjadi pengintip ke palestin melihat persiapan kaum jabbarin untuk pertempuran bersama mereka..dan khabar yg dibawa oleh 12orang wakil tersebut bahawa kaum-kaum tersebut telah bersiap siaga dengan hebatnya..maka Nabi Musa a.s mengarahkan agar 12 wakil tersebut merahsiakan perkara tersebut dari pengetahuan bani Israel yg lain..agar tidak timbul rasa gentar bagi mereka untuk masuk ke palestin..tetapi 9 dari 12 orang wakil tersebut telah khianat dan memberitahui perkara tersebut..maka,kebanyakan bani israel enggan untuk memasuki palestin yg sudah dijanjikan kemenanagan terhadap mereka..

Kalau dilihat keadaan di sekitar banjaran ini..memang mustahil untuk seorang manusia menemui jalan pulang keran sekelinlingnya adalah sama..dan disinilah kaum bani Israel disesatkan selama 40 tahun..

Dan digunung2 disini terdapat lubang2 yg terlalu banyak..dan menurut pendapat bahawa lubang-lubang tersebut merupakan tempat Allah swt memberikan rezeki kepada kaum bani Israel merupakan manna wa salwa..


KUBU SALAHUDDIN AL-AYUBI



Kubu Salahuddin al-Ayubi (Qal’ah Salahuddin al-Ayubi) yang dinamakan Jazirah Firaun terletak di sebuah pulau kecil kira-kira 8 km dari Toba. Ia adalah kubu yang dibina oleh tentera-tentera pimpinan Salahuddin al-Ayubi untuk menghadapi tentera Salib.


JABAL MUSA

Saya tak berpeluang mendakinya pada jaulah kali ini..huhu..mungkin akan kesana sekali atau dua tiga kali lagi bila ulya besaq sikit..hehe..merupakan tempat pengibadatan Nabi Musa a.s dan ada satu kawasan dimana Nabi Muhammad s.a.w berhenti solat ketika perjalanan isra` dan mi`raj..



Kalau diperhatikan di dalam batu tu..ada warna hitam yg sebijik menyerupai pokok2 kecil..wallahu`alam sejauh mana kesahihannya sebab masih belum sempat nak cari..tapi macam arab tu cakap bahawa ketika Nabi Musa nak berjumpa Allah..disebabkan kekuasaan n keagungan Allah maka tumbuh-tumbuhan yg kecil ni terlalu takut untuk bertemu Allah sehingga menyorok di dalam batu..dan ianya kekal hingga kini..bila saya tanya budak arab tu dia jumpa batu ni kat mana..n dia cakap kat jabal musa sahaja ada n yg kutip batu-batu ni baba dia..wallahua`lam..jika sahih..maha Agung Allah..sedangkan tumbuhan yg begitu kerdil takutkan khaliknya..maka siapa kita untuk bermegah-megah??

Setakat ni sahaja kisah ekspidisi ke Sinai..Kelas sudah bermula dan doakan saya Berjaya di permusafiran ilmu ini..

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Image by Kevin Dooley