Showing posts with label bebelan dari nuraniku. Show all posts
Showing posts with label bebelan dari nuraniku. Show all posts

Monday, February 7, 2011

Alhamdulillah ~cairo-jeddah-malaysia







Assalamualaikum wbt..

Sedikit update setelah sekian lama tak berkesempatan utk update setelah internet terputus di mesir dan seterusnya tak sempat nak berinternet di madinatul hujjaj jeddah..

Alhamdulillah selamat tiba dengan di Malaysia jam 9.50am semalam dengan sambutan ala-ala vvip oleh kerajaan Malaysia..haha..bukan senang nak dapat landing kat kompleks bunga raya dengan media yg berpusu-pusu amik gambar and interview..hehe..pengalaman berharga dan sekali seumur hidup kot :)

3 februari 2011

bertolak ke cairo airport pada jam 8am..dan hanya dapat naik flight pada jam 4.30pm atas sebab-sebab protokol yg harus malaysia airlines patuhi..Alhamdulillah kami ke Jeddah dengan MAS..selesa + servis superb dan siap ada satey lagi..hehe..dalam hati waktu naik MAS tu dok ingat kawan-kawan yg naik charlie..kesian sebab suma kena bersila ataupun berdiri..tapi tula rezeki ulya kan..yg bujang-bujang still kuat so kena bertahanla naik charlie..hehe..pengalaman kawan-kawan yg naik charlie suma cakap `cukupla naik sekali seumoq hidup..pasni tak mau naik dah`..dengar cita kawan-kawan yg naik charlie memang nak tergelak..tapi sekurang-kurangnya tu pengalaman yg berharga dan pastinya akan diingat hingga hari tua :)



Pesawat Charlie C-130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia



7pm waktu Jeddah..selamat sampai ke Jeddah Airport..tapi terpaksa stay di sana atas masalah visa..berkampung di airport dari pukul 7pm hinggalah ke 1.30am(lebih kurang) tapi terpaksa berdiri lama jugak kat kaunter visa sebab masih ada masalah..sebab visa kami special kes..hubungan diplomatik 2 negara..Saudi dan Malaysia..yg berhubung orang atasan..tapi org bawahan tak tau nak bagi kami ni visa apa..urusan selama hampir setengah jam selesai setelah cek 10 jari tangan dan setelah amik gambar lebih dari 3 kali..memang memenatkan!


penginapan semasa di jeddah


bertolak dengan manaiki bus ke madinatul hujjaj penempatan jemaah haji Malaysia oleh Tabung Haji Malaysia..dibahagikan ke bilik-bilik..dan yg pasti terpaksa berasingan suami dan isteri..pengalaman pahit kat sini..dapat tengok ramai manusia yg sellfish dalam keadaan darurat..tak langsung tolong menolang orang lain yg ada anak kecik..siap merungut cakap tak boleh tidur dengar ramai baby menangis..masalah yg merungut ni orang tua yg dah tentu-tentu ada pengalaman jaga anak..huhu..Alhamdulillah ulya tak banyak buat hal sebab dia asyik seronok dapat ramai kawan..cuma kesiankan tengok kawan-kawan lain yg tak cukup rehat,tidur jaga anak yg masih kecik dan terpaksa berhadapan dengan manusia-manusia yg pentingkan diri..huhu..

4 dan 5 februari 2011

masih berkampung di madinatul hujjaj..terima kasih yg tak terhingga kami pelajar-pelajar mesir ucapkan atas layanan yg terbaik dari tabung haji dan juga keluarga-keluarga warga Malaysia di saudi..memang dari sekecik-kecik keperluan hingga ke besar-besar keperluan dan permintaan keperluan yg tak berapa penting pun mereka tunaikan..bab makanan pulak Alhamdulillah memang tiap-tiap hari makan ayam..hehe..kalau duduk sebulan kat sana..mau semua student badan jadi bagai di pam-pam..

6 februari 2011

Bertolak ke Jeddah airpot untuk pulang ke malaysia pada jam 1pm dan flight pada jam 8pm..Alhamdulillah akhirnya selamat sampai ke malaysia tanah air tercinta pada jam 9.50am 7februari 2011 :)

Jutaan terima kasih kepada semua yg terlibat bagi menaja penerbangan kami yg hampir 11ribu orang..usaha-usaha yg dilakukan untuk memastikan kami mendapat penginapan seselesa yg mungkin..moga Allah membalas jasa kalian dengan sebaik-baik balasan..

Tak lupa jugak buat kawan-kawan yg masih transit di Jeddah..harap sentiasa bersabar dan moga Allah memudahkan segala urusan kalian untuk sampai ke tanah air terchenta :)


MAS boeing 747 yg terlibat dalam proses evakuasi pelajar malaysia di mesir

Pesawat AirAsia A340 yang turut terlibat dalam ops piramid


kapal bunga mas lima milik tldm yang bersiap sedia untuk membantu jika diperlukan



nota kaki : ini adalah pandangan peribadi saya dan juga sebagai orang terawal tiba di jeddah dan pulang ke malaysia..mungkin ada yg tak berpuas hati bagi mereka yg lewat tiba dan tiada bekalan makanan yg mencukupi bagi bangunan yg lain..dan terpaksa tidur di kaki lima bangunan madinatul hujjaj sementara mengosongkan bilik-bilik yg lain..ala kulli hal kita patut bersyukur kerana akhirnya dapat juga tiba di tanah air tercinta :)



Tuesday, January 4, 2011

mengaharap doa kalian buat saya :)




update ringkas untuk imtihan kali ini..mohon doa semua agar Allah memberi kejayaan buat saya..dimudahkan segala urusan peperiksaan saya dan najah dunia akhirat :)

kesempatan ni jugak..saya nak mohon maaf buat sesiapa yg pernah terluka dengan saya samada secara sengaja ataupun tidak..mohon halakan segalanya ya..doakan kejayaan buat saya :)

jadual imtihan fasa satu

1 jan ~ qaah bahas adabi (alhamdulillah dah selamat..doa2 moga jawapannya semua selamat n tepat :D )

10 jan ~ tarikh adab islami & umawi ( 2 kitab yg perlu difaham n ingat )

13 jan ~ fiqh muammalat (masih banyak yg tak khatam..huhu..doakan saya)

17 jan ~ maajim

20 jan ~ english and merdeka :D


Oh..sem ni punya subject pun tak dapat handle..sem depan semuanya subject killer..doakan agar Allah memudahkan urusan saya and ulya tak buat perangai sepanjang musim peperiksaan :P

buat mereka yg sedang mengahdapi peperiksaan bittaufiq wannajah!!


Saturday, December 25, 2010

tsunami di alexandaria,egypt


bot nelayan berada di Sungai Nil semasa ribut pasir melanda Kaherah, Mesir



salam buat semua :)

ni adalah entry cerita basi..tapi nak jugak tulis..hehe..memang tak boleh jd wartawan sebab berita lambat sampai..haha..

ni cerita yg berlaku 11 and 12 disember lalu..sampai masuk berita kat malaysia la kan..family suma siap msg tanya risau..hehe..bukan risau kat ummi n abi sangat pun..risaukan ulya..takut tak tahan dengan keadaan yg sejuk :)

tahun-tahun sebelum ni rasanya tak teruk sangat muqaddimah shita` ni..selalunya hujan sehari dua n bermulalah musim sejuk..tapi tahun ni punya intro lain sikit..mungkin salah satu teguran dari Allah buat hambaNya..bermula sabtu n ahad memang angin+ribut pasir yg amat dahsyat..memang mengigil2 la..

tu baru keadaan dekat kaherah..selepas beberapa hari baru tengok dekat fb seorang kawan keadaan `tsunami alex`..

gambar-gambar kesan dari angin yg melanda iskandariah


musnah segala sampan dan pondok

benteng pun turut diterbangkan angin

pondok polis yang nak ikut minum teh dalam kedai :D

hancuss semuanya



benteng terbang

asalnya adalah restoran
hancur lebur..kekuasaan Allah dalam sekelip mata

pasir-pasir yg turut nak main :P


Sejarah pertama melihat kerosakan seperti ini di bumi kinanah ini..segalanya adalah peringatan dari Allah buat kita yg berada di bumi ini..agar kita menjauhkan diri dari segala laranganNya..
dan bersiap sedia menempuh hari kebangkitan..moga kita sentiasa tergolong dalam golongan hambaNya yg diredhai..ameen


Thursday, November 25, 2010

ulya @ hospital tabarak

Assalamualaikum..

memang dah lama tak update blog..kat malaysia dulu jangan cakap la malas yg tersangat nak update..hehe..sebab asyik jalan-jalan ja..n bila dah sampai mesir dah memang tak sempat langsung nak update..huuhu..

pengalaman pertama buat ulya n buat ummi n abinya..1st time ulya masuk ward..huhu..walaupun agak lambat update cerita ni..tapi sbg kenangan yg perlu diingati..maka saya coretkannya disini ^________^


16 november 2010

hari raya aidil adha n ulya tak berapa nak panas lg..still beraya n pakai baju kurung..tapi dgn muka yg monyok n bad mood..hehe..so mmg tak snap pic langsung..bawak ulya tgk unta , kambing lembu n haiwan2 korban kat hayyu asyir..dia takda respon..

balik umah dalam tghari terus dia tidur till malam..tgk suhu dia makin meningkat so bg ubat demam n jelum sikit-sikit ja..sebab musim sejuk..takut effect lain pulak..tak berani nak jelum macam kat malaysia..huhu

17 november 2010

ulya bangun tengah hari dengan wajah yg ceria n riang ria..badan pun ok..so kami ingatkan dah sihat n ok..tapi bila malam..badan makin panas..makan suma dia tanak..n hanya tidur..saya mmg dah cuak sgt sbb tinggal kat umah sorang2..baca selawat syifa` n jelum guna air asam jawa..tapi xda effect jugak..still 39 lbh2 suhu dia..n bila abi balik dalam 1.15am terus bawak pegi klinik..susah nak jumpak klinik yg bukak sbb tradisi sini lebih meriah bila sambut aidil adha..jadi banyak klinik tutup..pegi hospital taisir..hanya ada seorang doc..n dia bising n marah2 sbb lambat bawak..pegi farmasi beli ubat yg doc tulis..n bagi ubat bontot kat ulya..terus dia tido..

18 november 2010

bangun pagi ulya mcm dah ok sikit..tapi panas balik bila tengahari..still guna ubat montot tu..n berkesan kejap ja..selalu dengaq pengalaman org lain..kalau ubat bontot tu 2 kali guna dah ok..tapi ulya dah masuk kali ke tiga pon suhu 39 n 38 ja..

19 november 2010

sepakat bawak ulya ke tabarak hospital hayyu sabiek (hospital yg biasa kami pegi) n sampai ja kat situ bila cakap ulya dah lbh 3 hari demam terus dia tanak terima n suruh rujuk ke tabarak abas el-aqad..so pergila sana n ramai ya amat kanak2 yg sakit..arab tu ckp kalau nak check cepat bayar 70le...so kami pon tanak tggu lama2 baya jela 70le..tapi bila check doc tu cakap kena tahan ward sbb nk check lbh lanjut..

and..ni la 1st time tgk ulya kena amek darah..cucuk sana sini..huhu..memang tak tahan..sayu hati..huhu..abi yg konon macho pon cakap: " tu suma nak masuk kat ulya ka??ayg pegangla ulya..abg nak dok lua..tak sanggup tgk ulya kena camtu"hehe..memang tak sanggup tgk budak kecik kena cucuk n macam2..huhu..

lepas masuk ubat bagai nurse check still tak turun panas..n dia suruh basuh ulya dari bawah kat toilet n basahkan pampers..ilmu baru jugak..sebenarnya mmg takut nak basuh ulya lebih2..sebab dah masuk musim sejuk..kalau kita yg tua pun mengelat nak kena air..inikan budak kecik..huhu..siap basuh tanpa water heater pulak..tapi bila nurse suruh camtu baru rasa yakin..huhu..

20 november 2010

sebenarnya harini anniversary umi n abi yg ke 2..mmg dah rancang macam2..n ramai kawan2 yg dah jemput dtg umah before eid lagi..n kawan2 pon tak amek tarikh ni buat open house sbb dah maklum umah kami punya tarikh..tapi tula..kita merancang,tapi perancangan Allah lebih hebat..makanya kami bermalam kat hospital..n inform yg open house cancel..huhu..maaf sangat2 buat suma sahabat..

doc mmg dah inform insyaAllah kalau panas dah turun dah boleh balik hari ni..tapi ulya punya suhu masih tak menentu..jadinya kenala bermalam lagi kat hospital..n hari ni jugak ulya cirit birit..memang risau sgt..huhu..n berapa kali masuk ubat dah tak ingt..n last check malam tu dalam 12 am doc cakap suhu dah turun..n kalau esok..tak ada panas n ishal(cirit) dah boleh keluar..

21 november 2010

alhamdulillah 2 kali check pagi tu dalam zohor ulya dah boleh keluar tapi 22 n 23 still kena g hospital utk huqnah (injection) antibiotik..


sebenarnya banyak tarbiyah yg kami dapat dari apa yg berlaku..setiap apa jugak perkara yg buruk menimpa kita..kalau kita lihat dari sudut hikmah..maka akan banyakla buah2 ibrah yg kita dapat..begitu juga kami..

pertamanya memang bertepatan dgn hari raya haji pun..tadhiyah(pengorbanan) ibu ayah terhadap kita..macam mana pengorbanan kita terhadap anak kita..n pengorbanan serta nilai ukhuwwah yg tiada tolok bandingnya..selama saya bermalam di hospital 3 org sahabat bergilir2 menjaga ulya..huhu..betapa mereka juga bersengkang mata n berkorban demi saya n ulya..moga Allah mengganjari mereka dengan sebaik-baik ganjaran..ameen :)


kami juga belajar menghargai anugerah Allah..tanpa berkeluh kesah..hehe..yg part ni..memang sebagai ibu bapa muda + masih belajar..memang terlalu mencabar menghadapi kerenah anak yg sedang membesar..misalnya..ulya memang suka sangat kemas rumah..tolong umi n abi kemas rumah..tak payah suruh pun memang tu hobi dia..umi baru kemas2..lipat selimut..susun bantal..tarik cadar..cepat-cepat dia yg tengah asyik main datang n tarik selimut..bagi selerak bantal..landing atas tilam..hehe..baru umi lipat baju tak sempat susun dalam almari cepat-cepat dia tarik bajuk tu n selerakkan balik..macam-macam la ulya suka buat..paling suka usik laptop sampai hang..suka off suka hati n macam2 lagi..kadang-kadang mulut ni membebel jugak..ulya.. kan ummi baru kemas tadi..ulya kan ummi baru tu..baru ni..hehe..

tapi bila Allah tarik nikmat kesihatan dari ulya..2 hari hanya tidur..tidak seceria dan seaktif selalu..sungguh..kami merindukan keletah ulya!rindu ulya sepahkan rak buku..rindu ulya selerakkan baju dalam almari..rindu ulya kacau kami dengan laptop..rindu segala-galanya tentang ulya..waktu tu baru saya terasa..sungguh..apa sahaja dari ulya semuanya adalah hiburan buat kami..namun kerana kelelahan belajar n urusan rumah tangga membuatkan kami secara tidak sedar mengeluh n melarang ulya dari tindak tanduknya.. maka kami belajar utk menghargai..menerima kesepahan itu adalah sebahagian dari proses tumbesaran ulya..-___-

dan amat penting..ilmu tentang pengurusan wang..hehe..wang saat emergency amat penting..utk kos ulya demam dalam beberapa hari sahaja hampir2 600le..hampir sama dengan sewa rumah kami sebulan..dari sudut wang tu memang tak kisah..asalkan ulya cepat sembuh..tapi peringatan buat kami agar bila-ada-duit-lebih-simpan..hehe..jangan asyik nak berbelanja..sebab bila kita dah berkeluarga..makin banyak wang saat-saat kecemasan yg perlu kita ada..

dan ilmu yg kami dapat jugak..skill menyedut hingus ulya..hikhikhik..kalau dulu rasa geli..tapi bila dah ada anak ni..sumanya ok..sumanya kena buat..lebih baik geli dari tgk anak menangis tak selesa kan..:)

oke panjang suda ummi membebel..jom tengok gambaq kenangan ulya kat hospital tabarak :)



















Sunday, August 29, 2010

ulya+birthmark

assalamualikum..

sebenarnya ttg tajuk ni..dah lama nk sharekan..tapi asyik tak sempat ja..huhu..dengan ulya yg makin lasak..pukul 2 or 3 pagi baru nak tido..mmg sangat sukar nak update blog ni..hihi..

sebenarnya dapat ilham nak tulis ttg birthmark ni sbb mula mencari2 penyebab n puncanya birthmark..sbb selalu sgt org tanya apa yg kat tangan ulya nih..n yg paling tergerak hati tulis bila ada yg kaitkan birthmark ni dgn benda2 yg xelok..huhu

alkisahnya..
masa mula2 saya sampai mesia hari tu..singgah rumah kakak sy di subang..tido sana utk semalam..so ank akk saya merangkap sepupu ulya nih..punya la teruja tgk adik ulya..asyik nak berkepit ja ngn ulya..so dah malam sgt n ulya dh nak tido waktu tu..kebetulan saya tgh makan n my mum yg tgkkan ulya.so mak saya pun cakap dkt ammar: "ammar,meh tido ngn adik ulya sekali.." dan jawapan yg keluar dr mulut ammar : "eeeee..tokk..tangan adik kotorr!dia conteng tangan dia..kale biru.." memang tegelak2 la mak saya dgr ammar cakap mcm tu..pandai ja dia cakap ulya conteng tangan..hihi(akk sy kata sbb dia selalu conteng tgn dia,dia ingat adik ulya pon prangai conteng tgn mcm dia..hihi)

n satu kisah lagi waktu kat mesir..waktu tu tgk sibuk berjalan di hussein beli buah tangan nak bawak balik mesia..n kebiasaan arab mmg suka pegang nunu ni..so ada sorang arab ni dia main2 dgn ulya..n dia tanya husband saya apa ni?n husband saya jawabla birthmark..n dgn selamba ja arab tu cakap ni sbb waktu ngandukan ulya dulu saya makan benda yg syubhah n ehem2 waktu pregnant..huhu..saya dlm hati hangin la jugak..haha..yela kalau xmenagandung pon mmg saya org yg titik beratkan soal makanan halal..mmg sgt2 detail bab2 makan nih..senang ja dia cakap camtu..huhu..n sy tanya husband saya..eh abg..waktu pregnant xbole ehem2 ke??konpius sy ngn mamat arab tu..huhu

pastu antara kisah lainnya ada jugak kawan2 yg jenis mulut kurang insuran..huhu..cakap ulya jadi mcmtu sbb kenan..huhu..mungkin niat dia bergurau tapi bg saya setiap ibu yg hamil,pasti dan pasti akan jaga sebaik mungkin kandungan dia..n elakkan dr buat benda2 yg tak elok..hatta cerita2 ngeri pon kawan2 xbagi tengok waktu ngandungkan ulya dulu..xkan saya bg lebam org kot..huhu

okes..dahla cerita pasal kisah2 saya,ulya n birthmark ni..hihi..saya nak sharekan antara fakta yg saya jumpa setelah penat menggoogle..trimas buat en.google ya :)

linknya disini

SECARA umum, tanda lahir pada bayi yang baru dilahirkan bukan masalah besar. Ia jarang berlaku tetapi mungkin mengejutkan ibu bapa yang selama ini tidak pernah terfikir, bayi mereka lahir dengan tanda di leher, muka atau belakang tengkuk.

Tanda lahir boleh terjadi sebelum dia dilahirkan atau selepas kelahiran. Sebenarnya tidak ada cara menghalang tanda lahir. Ia juga bukan disebabkan genetik tetapi bagaimana ia terjadi tidak dapat dipastikan secara khusus.

Kebanyakan tanda lahir akan hilang apabila kanak-kanak berusia lima atau sembilan tahun tetapi ada juga tanda lahir yang bersifat dramatik dan menyebabkan masalah kosmetik dan kemungkinan ia adalah tanda barah.

Jenis tanda lahir

1) Tanda lahir merah.

Ia disebabkan salur darah yang berada dekat dengan permukaan kulit. Ia juga dikenali sebagai ‘vascular birthmarks’ (tanda lahir vaskular). Tanda lahir jenis ini boleh dibahagikan kepada dua jenis; macular dan hemangioma.

Macular – Ia juga dikenali sebagai ‘stork bite kisses’. Ia biasanya muncul di belakang tengkuk dan sangat biasa bagi bayi baru lahir. Tanda lahir begini tidak memerlukan rawatan khusus kerana pada kebiasaannya ia akan hilang dengan sendirinya.

Hemangiomas – boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Satu daripadanya ‘strawberry hemangioma’. Tanda lahir ini selalunya berwarna merah cerah dan kelihatan menonjol pada permukaan kulit. Ada sesetengah ‘strawberry hemangiomas’ akan hilang dengan sendirinya apabila kanak-kanak itu mencecah usia lima tahun. Tetapi kebanyakan strawberry hemangiomas akan hilang pada usia sembilan tahun.

Satu lagi jenis hemangioma yang kelihatan di bawah kulit. Ia dikenali sebagai ‘cavernous hemangioma’. Warnanya agak berlainan dan ia tidak boleh hilang dengan sendirinya.

Port-Wine Stains – satu lagi jenis hemangiomas. Ia tidak tertonjol atau tidak berada di bahagian dalam kulit. Port-wine stain biasanya berwarna seakan-akan ungu bercampur merah atau merah gelap. Ia biasanya kelihatan di bahagian tengkuk atau muka.

2) Tanda lahir pigmen

Ia merujuk kepada sebahagian kecil kulit yang warnanya berbeza dengan warna kulit dominan. Tanda lahir ini juga selalu dirujuk sebagai ‘cafe-au-lait’ kerana selalunya ia lebih gelap dari kulit dominan.

Tanda lahir begini kadang kala boleh dikaitkan dengan penyakit keturunan yang menyebabkan pertumbuhan tisu saraf. Jika tanda begini kelihatan pada anak anda, pertimbangkan untuk membawanya berjumpa pakar.

Satu lagi tanda lahir yang lebih dikenali sebagai tahi lalat. Tahi lalat muncul selepas bayi dilahirkan dan selalunya ia tidak mengundang masalah. Tetapi jika ia membesar, kemungkinan ia adalah tanda barah.

Kaedah Rawatan

Jika tidak mendatangkan sebarang masalah, tanda lahir sebenarnya tidak perlu dibuang. Tetapi jika ibu bapa berpendapat sebaliknya, kebanyakan pengamal perubatan mengakui program rawatan biasanya lebih berkesan ketika masih kanak-kanak. Bagaimana pun ia bergantung kepada usia pesakit, saiz tanda lahir dan kedudukannya.

Amalan biasanya yang dilakukan adalah dengan rawatan laser. Bagi kebanyakan tanda lahir seperti hemangiomas dan port wine stain misalnya boleh dirawat menggunakan rawatan laser, Intense Pulsed Light (IPL) yang menawarkan kesan lebih baik dan kekal.

Kaedah rawatan ini biasanya akan mengenal pasti saluran darah yang mengembang di bawah permukaan kulit bagi menghapuskan akar tanda lahir. Ia tidak menyakitkan dan hanya mengambil masa sekitar 30 minit dan kadang kala rawatan susulan diperlukan.


tanda lahir ulya di tangan kiri..nampak taakk??:)

hmm..bagi saya..birthmark ni pemberian Allah..ada atau tak,tak mengurangkan kasih sayang saya terhadap ulya..ummi tetap sayang ulya banyak2 :)

nota kaki :

nunu: baby in arabic
ehem2 : fikirlah sendiri.hehe :P



Friday, May 7, 2010

makanan haram sebab doa tidak diterima

Assalamualaikum..

Sempena hari jumaat yang barakah ni..saya ingin kongsikan sesuatu untuk santapan rohani kita..bagi saya sesuatu yang kita sudah ketahui tapi kadang-kadang kita alpa dan lalai untuk mengambil ihtimam terhadap hal-hal kecil yang menyebabkan doa kita ditolak Allah swt..

bila berkenaan mustajbnya doa ini..semuanya bergantung kepada kehendak Allah swt..kita sebagai hambaNya hanya mampu memohon..maka perlu kita ketahui syarat-syarat yang perlu ada agar doa kita diterimaNya..banyak syarat yang digariskan kepada hamba-hambaNya namun ingin saya tekankan disini sesuatu yang selalu kita terlepas pandang..iaitu dari sudut makanan..

"syarat awal untuk diterima doa seseorang hamba itu adalah makanan yang halal"

Satu hari Nabi berkata kepada Sa’ad:

“Carilah sumber rezeki yang halal, nescaya Allah akan menerima permintaan kamu”

Diriwayatkan daripada Ikrimah bin Ammar dari al-Asfar, beliau bertanya kepada Sa’ad bin Abi Waqqas: “Apakah faktor menyebabkan doamu diterima oleh Allah dikalangan para sahabat Rasulullah? Kata Sa’ad: aku tidak menyuap kedalam mulutku melainkan setelah aku pasti dari mana sumbernya”

Daripada Sahl bin Abdullah:

“Barangsiapa yang memakan dari sumber yang halal selama 40 hari nescaya doanya akan dimakbukkan oleh Allah Ta’ala”

Lihat betapa pentingnya para sahabat menjaga pemakanan mereka agar tidak mengalir ditubuh mereka sesuatu yang haram..tetapi dalam kehidupan kita hari ini..sikap prihatin terhadap bahan-bahan yang terdapat didalam makanan yang kita makan semakin berkurang..bak kata sahabat saya.."hmm kalau semua nak kena cek,alamat tak payah makan la semua benda.."

tapi perlu kita ingat..apa yang kita makan akan menjadi darah daging dan seterusnya membentuk sikap dan keperibadian kita sebagai seorang muslim..tidak hairan jika kita lihat akhlak masyarakat hari ini semakin runtuh..remaja-remaja makin hilang rasa malu..degil,merompak,membunuh,bahkan sudah berani merogol rakan sekelas walaupun baru berumur 12 tahun..

bagi saya faktor persekitaran memang turut menyumbang terhadap perilaku seseorang..tetapi faktor dalaman juga turut memainkan peranan yang penting dalam pembentukan shaksiah seorang muslim..

teringat kata-kata ibu saya.."budak-budak dulu nakal jugak..tapi taklah senakal dan jahat macam budak-budak sekarang ni..sebab budak-budak sekarang ni makan makanan yang macam-macam..tah halal tak suma dia makan..tengok anak2 murid mama sudahla..makanan membe sekelas yg cina pon sanggup makan sebab xnak puasa"

berapa ramai antara kita yang memang betul-betul ambil kisah pada soal makanan??ramai di kalangan melayu sanggup makan di restoran2 cina,di kopitiam..tu belum termasuk perasa makanan yang diletakkan di dalam makanan ringan yang kita makan..

Suka saya kongsikan disini kata-kata Saidina Ali bin Abi Thalib k.w:

"انظروا من ترضع أولادكم فإن الولد يشبّ عليه"

Ertinya: "Hati-hatilah kalian dalam memilih ibu susu untuk anak kalian kerana air susu yang diminumnya akan mempengaruhi jalan kehidupannya"

dapat kita perhatikan dengan jelas bagaimana air susu(makanan) yang diberikan mempengaruhi jalan kehidupan kita yang akan datang..masuk kempen susu ibu sekali nih..(:

maka berwaspadalah kita terhadap apa yang masuk didalam kerongkong kita..mudah-mudahan kita mampu membina keperibadian muslim yang unggul dan jitu..

turt saya kongsikan kod-kod makanan yang tidak halal..moga ianya membantu dalam usaha kita untuk memelihara diri kita dari sumber yang tidak halal



kod makanan yang mengandungi lemak babi




Wednesday, September 2, 2009

branded atau tak??

Assalamualaikum..salam ramadhan..

Rasa kejap ja ramadhan da pun sampai hari yang ke 12..pejam celik pejam celik da masuk fasa ke 2 ramadhan..buat masa sekarang..saya masih menanti saat2 yang dinantikan..kelahiran buah hati kami..pagi tadi check up di hospital barakah..dr. cakap rahim tak terbukak lagi..dan kena tunggu la sampai tanda2 nak besalin tu..ala kulli hal..alhamdulillah dapat tengok `ulya..`ulya da 2.9kg sekarang dan dr. cakap sumanya nampak ok..alhamdulillah..doakan saya agar dimudahkan urusan melahirkan `ulya dalam keadaan normal dan selamat..dan doakan jugak agar `ulya sihat dan sempurna..menjadi anak ummi dan abi yang solehah..ameen ya rabb..

Buat masa sekarang ni..keboringan yang teruk melanda saya..yela..selalunya time2 dah sarat ni..macam2 sakit yg kita rasa..kita nak sentiasa ditemani oleh org yg kita sayang..tapi abu `ulya tak dapat nak teman 24jam..nak picit2,urut2 macam selalu..bayangkanla..pagi lagi abu ulya da kuar g keja..hbs waktu pejabat da kena ready2 iadah quran untuk jadi imam terawih..sampai umah da pukul 11.30 malam..kesian tengok abu ulya bila balik penat2..tapi nak buat macamana..tu pengorbanan abu ulya nak cari nafkah utk umi n ulya kan..sbb abu ulya cakap duit tu untuk umi n ulya shopping..MyEm0.Comtima kaseh abg sebab susah payah untuk ayang n ulya..moga Allah berikan ganjaran yg setimpal buat abang..walaupun xdapat besama saya setiap saat..tapi saya mengerti tanggungjawab sebagai seorang suami..dan sebagai isteri yg selalunya mmg banyak kerenah ni..tak sanggup nak mintak macam2 bila tgk suami da penat bila sampai umah..makanya..saya redha dengan segala apa jua yg telah Allah tetapkan pada saya..

Dalam pada keboringan yang da mencapai tahap maksimum ni..saya nak kongsikan sesuatu..ramai pada kita bila nak beli baju,kasut mesti nak yg branded..tanak yg setakat jenama bai li lai..hehe..yup..kepuasan untuk kita si pemakai..namun..ada jugak org yg asal ok dan cantik..tapi ada setengah org yg memang nak berjenama habis dari tudung,baju,kasut,stokin n temasukla barang kemas..hehe..ni kisahkan pada kaum hawa untuk barangan kemas..

Memang ada sesetengah kaum hawa yg mmg kalu nak beli barang kemas..memang nak kat poh kong or habib ja..kedai2 emas lain..xlayan la..namun..saya musykil..memang berkualitikah barangan kemas di poh kong n habib??ataupun harganya saja yg mahal tanpa lagi mengira kualiti..harga emas kat poh kong sekarang rm120/gram..dan pada masa yang sama..harga emas kat kedai2 melayu biasa baru sekitar rm105/gram..

Nak dijadikan cerita..memandangkan saya berkahwin di mesir tanpa perancangan awal yg rapi..sebab tak sangka begitu cepat saya akan menamatkan zaman bujang saya..waktu majlis akad nikah..saya hanya menggunakan cincin tunang..memandangkan satu pun emas mesir saya tak berkenan..emas mesir tak sama mcm emas kita..nak pos dari mesia..saya takut saya tak berkenan..sbb saya jenis yg kalu tak bekenan..org bagi pun saya tanak pakai MyEm0.Com

So,baru2 ni bila awal2 sampai malaysia..mr.Ezmir belikanla cicnin diamond untuk saya..sebagai hadiah cincin nikah la..saya pun teruja la kan..bak kata org kedah chewi saya kat cincin tu pun xhabis lagi..saya baru pakai 2x..tu pun pakai waktu nak keluaq ja..tiba2 waktu habis shopping satu hari tu..masuk2 kereta..satu biji berlian tu da jatuh..benda kecik memang la cari pon da tak jumpak..saya sedihla..sebab nak ganti pulak sebijik belian tu duit lagi..MyEm0.Comsaya baru nak berjimat cermat..yang saya kesalkan..macamana ikatan berlian tu boleh tak kuat..sedangkan poh kong bukan satu nama yg org tak kenal..hmm..tapi saya redha la dgn kehilangan sebijik berlian tu..pastu cincin saya skang masih di poh kong untuk diperbaiki ikatan n tambah berlian yg hilang tu..

Pastu saya pun cita la kisah sedih saya ni kat kakak saya..then dia pun cakap yg kawan dia ada beli cincin kahwin kat habib..tapi lepas ijab qabul n waktu tengah salam..cincin tu patah..memang geram la kawan kakak saya ni..pegi habib balik n mintak dia betulkan tanpa bayaran..sebab baru sangat pakai..

so,kat sini saya buat kesimpulan yg tak semestinya kualiti barang tu ada pada jenamanya..tapi kalau dari sudut kasut dan pakaian..memang tak dinafikan yg mahal dan branded tu lebih sedap bila kita pakai..semuanya terpulang pada individu..

Nasihat saya..baikla kita pegi beli emas or nak tempah barang kemas kat kedai melayu..selain meningkatkan ekonomi orang melayu sendiri,kita tak tersa sangat penipuan dalam jual beli emas..

Sebabnya..kalu kita trade in emas kat kedai melayu..dia akan amek nilai emas tu pada masa trade in..tapi kalu kedai2 lain..dia akan susut nilai emas kita 20% dari harga semasa..apa yg saya tuliskan kat sini adalah berdasarkan pengalaman..jadinya..bersama2la kita membangunkan ekonomi orang melayu..

Wednesday, June 3, 2009

hari-hari gembira

السلام عليكم

Alhamdulillah..

syukur ke hadrat Allah swt sebab masih di beri peluang untuk mencoretkan sesuatu..sebenaqnya..hajat di hati sepanjang imtihan ni malas nak update blog..sebab banyak yg nak kena study..huhu..tapi tadi tengah khusyuk2 wat preparation untuk imtihan esok dapat msg dari membe saya..informkan yang imtihan di tunda..best la sangat..

sebab musabab exam ditunda adalah kerana inchik Obama merangkap pm AS akn datang melawat esok..dengaq kata ke cairo university..tapi atas faktor keselamatan..imtihan ditunda..maknanya..tarikh akhir imtihan saya yg sepatutnya 11 june 2009 ditunda ke 15 june 2009..huhu..lambat lagi la dapat shopping barang nak balik mesia

tapi alhamdulillah sangat2..sebab sepatutnya esok imtihan ilmu aswat..tapi madah ni akan di tunda jadi madah terakhir imtihan..jadinya saya akan exam sorof pada isnin ni..ada 4hari lebih lagi untuk prepare sorof..alhamdulillah..sebab saya amat2 takut xley score untuk sorof
MyEm0.Com..saya ada 3lagi madah untuk berjuang..huhu..8.6.2009 : sorof, 11.6.2009 : fiqh hanafi, 15.6.2009 : ilmu aswat..doakan moga saya dapat menjawab imtihan dengan baikMyEm0.Com


Alhamdulillah..
sebab rumah yg saya duduk sekarang da ok dari segala aspekMyEm0.Comtu pun setelah menjadi orang yang sangat2 bersabar..MyEm0.Combayangkan..sejak dari kami masuk umah ni(25 nov 2008) till 2hari yang lepas..kami terpaksa bersabar & berdikit2 dengan air..huhu..nak masak..amik whuduk..mani manda..basuh baju..suma kena tunggu air ada..dala ada waktu pagi ja..sebabnya motor air umah ni rosak sejak mula kami masuk lagi..

baba(tuan punya rumah) ni pulak prangai macam kebanyakan arab mesir..yang lebih teruk dari janji paria..huhu..dari bulan 12 thn lepas dia cakap nak repair..till kami da decide nak pindah ujung bulan ni..barula dia datang tehegeh2 repair motor..MyEm0.Comakhirnya berkat kesabaran kami berbalas jua..Alhamdulillah ya Rabb..

mula2 dapat air..hehe..mr.Ezmir la yang paling chewi..terus pegi mandi..padahal da malam da waktu tu..hehe..bayangkan..dekat setahun kami dok kat sini..baru la tau yg shower kami tu berfungsi..sebabnya sebelum ni tak penah dapat kuaq air dari shower tu..ingatkan rosak la..rupanya..air tak cukup kuat nak keluaq dari shower tu..da repair motor air ni..segala-galanya menjadi mudah..hehhe..alhamdulillah..sebelum ni sakhonah(heater) pun tak ley guna..bila bukak ja kuaq asap2 ja..ayaq tarak juga..bersejuk la kami sepanjang musim sejuk yg lalu..moga2 dengan kehadiran moto baru..hidup kami tidak lagi dalam kesejukan musim sejuk nanti..hehe..
MyEm0.Com

p/s:rumah kat mmesir kebanyakannya memerlukan pada motor air nak bagi air sampai ke dalam rumah..terutamanya yang tingkat atas2 ni..MyEm0.Com

Alhamdulillah..

dalam post yg lama saya ada nak gtau perkembangan baby kan..hehe..baru sempat nak gtau..saya last chek up waktu baby 6bulan..skarang da masuk awal 7bulan..alhamdulillah baby sihat..dan dr. kata insyaAllah bint..Alhamdulillah..doakan baby saya sempurna+sihat+comey+bijak+solehah+mampu menjadi srikandi Islam..ameen..hmm..dulu kalau sembang2 ngn baby saya & mR.Ezmir panggil baby ja..skarang panggilan baby da ditukar kepada `Ulya Amani ..pilihan nama dari umi & abi untuk baby..MyEm0.Combuat pengeahuan suma..`ulya manja la sangat dengan abi..sampai jeles umi dia ni..huhuMyEm0.Combayangkanla..kalu mr.Ezmir yg panggil & main2 ngan `ulya mesti cepat ja `ulya bagi respon..kalu bangun2 tidoq dengan suara abi da mula tendang2..lagi2 kalu jemaah subuh..abi baru ja angkat takbir,`ulya da tendang2..kalu umi baca Quran pas subuh..`ulya tendang sikit2 ja..tapi dengaq ja abi baca Quran..bukan main kuat lagi `ulya tendang..huhu..jeles betul umi ngn abi..tapi takpa..`ulya chewi dengaq sora abi..sebab selalu dah kan dengaq sora umi..kan `ulya kan..MyEm0.Commoga anak umi & abi ni menjadi insan berguna pada Islam..ameen

rasa2nya da banyak pulak saya mencoret kat sini..hehe..tadi ingat nak rest jap ja..doakan kesihatan saya & baby..doakan jugak saya najah dalam imtihan..ameen..

ilalLiqo`MyEm0.Com

Tuesday, January 29, 2008

…~NiCe tO sEe..nIcE tO wEaR..nIcE To bUy…bUt~….


Al-kisahnya..nak cerita kat sini untuk dikongsikan bersama..sebagai teladan..agar kita lebih berhati-hati semasa membeli belah dan jadilah pengguna yang bijak seperti saya..hehe..

Cita dia camni..tiga minggu yg lepas ada seorang sahabat saya..(natsukO)=) membeli kasut..dengan riyak wa takabburnya test-testla kasut baru dia..bak kata orang utara..tengah chewi lagi..tiba-tiba ada sorang kawan ni gelak & cakap kasut tu dalam dia dilapisi oleh kulit babi!!yg membe ni macam tanak caya sebab dia beli kasut tu mahal dan tak dapat terima hakikat kalo terpaksa tanggung kerugian..(sbb x dpt nak pakai kasut tuu=) )..dia pon masih cOnfuse lagi..betui ka kasut tu dari kulit babi..dia pon beniat nak Tanya pada yg lebih ariff..(kak zackla tuu)..tapi dia mcm tanak ty sbb takut rugi kalo tu betul2 dr kulit kerbau pendek tuu..last-last memikirkan ibadah pada Allah dia tyla jugak..dan jawapannya tetap sama..iaitu..KULIT BABI..

Membe saya ni dengan sedihnya terpaksa menyimpan kembali kasut tu ke dalam kOtak dan dijadikan kenangan abadi..hehe..padahal dia nak pakai kasut tu pada majlis khatam hafazan al-Quran..dia pon peningla nak cari tanah untuk samak setelah berpOsing sakan ngn kasut tu..saya sebagai penonton perilaku membe saya dari awal hanya ketawa sehingga nak pecah perut..ada gakla perasaan kesian..

Dipendekkan cerita..pagi tu saya dengan perasaan baik hatinya tolongla kak zack & natsuko mencari tanah yg lebih kurang tanah liat gitu-gitu kat tepi tasik dQ yang indah nan permai..depa dua pon memulakanla operasi menyamak anggota badan..=)

After that..kami kua t.malim nak cari barang-barang hadiah untuk ustazah sempena majlis khatam dan beli apa yang patut..kebetulan kami bertiga memang nak beli kasut..pakat-pakatla cari kasut..cari punya cari..kak zack dan natsuko dapatla kasut yang bekenan dihati..tapi malangnya saya masih tak jumpa kasut yang dapat menyenangkan hati..kalo jumpak tapi tak da size..

Pusing punya pusing kedai kasut kat t.malim yang tak brapa banyak tu..akhirnya amek jugakla kasut yang cantik dan cOmel di pakai ni..bestla rasa di hati waktu tu..dan memandangkan suma barang da beli..kami pon nak pulangla ked Q tecinta..=)
Tapi..kenala sOlat dulu..kami pon solatla kat surau kat stesen bus t.malim tu..sementara tunggu turn nak sOlat..saya yg memang suka chewi ni pun tryla kasut baru dengan perasaan besssttt…tapi….tiba-tiba..kak sri tgur..yang kasut tu dalam dia dari kulit babi..kulit ba..bi..khinzir..pig..kerbau pendek..mula-mula ingatkan dia gurau-girau nak pkena..tapi..diteliti betul-betu memang sah..kulit babi..tiga titik halus seperti tusukan jarum berbentuk pyramid..sahla memang kulit babi menurut pengetahuan kami cara mengecam kulit babi..

Dipendekkan cerita amek keputusan untuk ke kedai tu balik dan nak tuka kasut tu dengan kasut lain..tapi cina ni banyak tanya la pulak…tak larat nak berbasa basi lalu..saya dengan penuh keyakinan mengatakan kasut tu dari kulit babi..cina tu pun nak tengok..dan dia tanya macaman bley tau tu kulit babi..saya dengan semangat wajanya citala kat cina tu cara-cara mengecam kuli pig..tapi besala..dia tanak caya..dia cakap suma kasut pun ada titik-titik..adoooiii..poning pala denn..takpala cina ni pon baik ati dia cakap tukala kasut mana-mana pun..bila di cek kat suma kdai kasut tu..kasut yang saya beli tu jaa yang dipebuat dari kulit babi..didatangkan dalam tiga warna..hitam..putih..dan cream..hmm~dan saya pon pilihla kasut yang bukan dari kulit babi..tapi harga dia murah sket dari kasut yang babi tadi..dan cina tu pun telepon supplier dia & Tanya pasal kasut tuu..dan supplier dia cakap bukan dari kulit babi..sebab kalo kulit pig..mesti depa juai lagi mahal..tahla sejauh mana kesahihannya..sebabnya apa yang kami ketahui..cara nak mengenal kulit babi pada permukaan kulit dia ada 3 titi kecil macam tusukan jarum..dia ada dua jenis samada (.:) berbentuk pyramid ataupun melintang (…)..wallahu`alam..katanya titik halus ni takkan hilang walau macammana diproses skali pon..itula kebesaran Allah nak membezakan antara benda yang hala dan haram..subhanaAllah..Allahul`aliyyul`azimm..

Jadinya saya pulak yang menjadi bahan tertawa oleh membe membe seangkatan..dan pastu tepaksala menyamakkan diri dan buat pertama kalinya dalam hidup dapat buat praktikal samak kat diri sendiri..

Dan sesuatu yang penting untuk kita sama-sama amek ihtimam kat sini adalah berhati-hati dengan setiap benda yang haram yang ada disekeliling kita..bukan sahaja makanan…sebab kadang kala amal ibadah kita tak ternila dan terhijab dari Allah kerana benda-benda kecik yang sentiasa kita remehkan..awal-awal fiqh lagi kita dituntut untuk membersihkan diri dari segala najis..sebab toharah adalah kunci ibadah..anadi kita tidak berada dalam keadaan suci..masakan amal ibadah kita mampu di nilai oleh Allah..

Pesanan saya untuk seluruh muslimin dan muslimat..ambillah sedikit pengajaran dan iktibar dari kisah ini moga kita sama-sama sentiasa berwaspada dalam kehidupan kita..sebagai muslim kita harus memastikan segala yang ada dalam diri kita bukanlah dari benda-benda atau unsure-unsur yang haram keran a kita ingin amal ibadah kita mendapat tempat pada pandangan Allah s.w.t..

Buat mereka yang membaca artikel ni..selidikilah kasut,serta barangan kulit anda kerana kadang-kadang kita terlepas pandang benda benda seperti ini..jangan hanya mengukur sesuatu barang berdasarkan kecantikan luarannya sahaja..wallahu`alam..
 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Image by Kevin Dooley