Wednesday, December 1, 2010

gejala murtad di negara kita..





assalamualaikum..

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW
berpesan “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang
kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya
seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat
bertanya “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? “

“Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada
masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.”

Sahabat bertanya lagi. “Mengapa begitu ya Rasullullah? ” Rasullullah SAW
menjawab, “Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia”. Imam Ghazali pernah
berkata dalam perkara ini, “Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan
seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.”

Dan benarlah apa yg diucapkan oleh baginda s.a.w..entry kali ni saya nak share kan beberapa link mengenai gejala murtad yg semakin berleluasa..memang selama ni kita dengar tapi mungkin kita tak mengetahuinya dengan mendalam..bila tgk video..baca kisah2 murtad..dan pengakuan si murtad..meremang bulu roma..nak menangis n macam macam perasaan bercampur baur..hanya doa yg mampu saya panjatkan agar iman saya..keluarga..zuriat dan keturunan saya senantiasa dipelihara Allah..dan matikan kami dalam keadaan iman dan islam..

dan lebih merisaukan..memikirkan bagaimana zaman yg harus ditempuh oleh ulya..oleh anak2 masa akan datang..moga Allah sentiasa melindungi kita dan menjaga keimanan kita..


kisah murtad di malaysia


sumber dari amenoworld

apa reaksi anda melihat gambar ini??

si murtad tersenyum gembira..dan peguam yg mewakilinya turut tersenyum atas kemenangan kes tersebut sedangkan sudah tentu dia juga mempunyai asas-asas agama yg kukuh!


Nama pelajar : hasnah
Asal : Malaysia
Keluarga : 12 adik beradik, ayah seorang kaki botol
Melanjutkan pelajaran : Kansas State Universiti, USA
Mengapa keluar Islam : Kesusahan dan keperitan hidup masa lampau yang dilalui.. adakah ini satu alasan yang rasional??



pengakuan murtad oleh hasnah laknatullah









Rakaman ini adalah pengakuan murtad seorang wanita Islam malaysia bernama Hasnah di USA. Petikan audio ni kawan saya email kepada saya dan saya ingin berkongsi dengan saudara islam yg lain. I believe you can find out more who this Hasnah is from the recording. Saya terasa untuk berkongsi pandangan saya tentang perkara ini setelah berulang kali mendengar rakaman ini. Mungkin boleh kita jadikan pedoman dan iktibar.

Sebelum ni, saya pernah dengar atau baca tentang org Islam Malaysia murtad, saya rasa dah beberapa kali berlaku. Tapi tidak pernah saya mendengar pengakuan sebegini. Bukan setakat satu pengakuan bahawa dia sudah masuk Christian, malah memperleceh dan mempersoalkan kebenaran Allah dan Islam, dan sebaliknya mengagung2kan kristian. Sebagai seorang Muslim, saya rasa amat marah, kecewa dan sedih, dan saya pasti anda juga akan rasa begitu. Terfikir saya bagaimana dia sanggup berbuat demikian. Hasnah memberi alasannya didalam rakaman ini. Bagaimana kesempitan hidup, kesusahan , kesedihan dan kesengsaraan membuat dia hilang kepercayaan terhadap tuhan dan agamanya. Salah siapa? Dirinya sendiri, keluarganya yg porak peranda atau masyarakat? Mungkin sudah tidak perlu lagi di jawab kerana mungkin sudah terlambat bagi Hasnah. Bagaimanapun, saya ambil kisah ini sebagi satu iktibar. Hasnah menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yg dia alami. Baginya, Allah tidak menyayanginya. Tidak menolongnya. Walau apapun,alasan yg diberikannya tidak boleh saya terima. Sebagai org islam, saya percaya, apa yg berlaku dlm hidup ini adalah ketentuan tuhan, qada dan qadar. Jika hidup kita diberikan kesenangan, kita patutlah bersyukur. Dan sekiranya bala dan kesusahan kita alami, kita haruslah redha, bersabar, tabah berusaha mengatasi dan bertawakkal. Itu adalah dugaan allah terhadap hambanya. Kadangkala, disebalik setiap kesusahan itu ada hikmahnya. Sesungguhnya Allah sayang terhadap hambanya. Sayang sekali, bukan itu yg Hasnah nampak.


Membuat saya terfikir, mungkin ada org disekeliling kita, mungkin org yg kita kenali melalui apa yg Hasnah telah lalui. Dan saya rasa kita boleh melalukan sesuatu utk mengelakkan ini berlaku lagi. Janganlah dibiarkan mereka bersendirian sehingga mereka mula mempersoalkan takdir tuhan. Kenapa tuhan tidak berlaku adil? Kenapa Tuhan memberikan kesusahan dan kesengsaraan? Kenapa tuhan tidak menolongnya? Mungkin kita boleh menolong mereka sedaya yang mampu. Dan saya rasa yang penting ialah mengingatkan mereka supaya redha, tabah menghadapi dan bertawakkal. Jika tidak, pasti musuh Islam akan mengambil kesempatan untuk memesongkan fikiran dan jiwa mereka, sebagaimana yg telah berlaku terhadap Hasnah. Saya harap kisah ini dapat di kongsi bersama saudara Islam kita yg lain utk dijadikan iktibar. Semoga kita berwaspada terhadap kesempatan yg di ambil oleh musuh islam untuk memesongkan kita. Tulisan saya ini adalah pandangan saya, seorang yang masih banyak kelemahan. Sekiranya ada salah dan silap, sudilah kiranya ada yg menegur. Dan buat Hasnah, semoga Allah memberi petunjuk untuknya bertaubat dan kembali kepangkuan Islam. InsyaAllah.



Itu baru dua kisah basi yg saya pertontonkan kembali..dan bagaimana dengan ini ??Pengakuan secara terang-terangan oleh mereka yg murtad dari seluruh negara..termasuk malaysia dan egypt!!dan kalau anda baca pengakuan adam di sini..dia turut meminta agar mendoakan org yg murtad di malaysia mendapat perlindungan dan dibantu!

Andai gejala murtad ini dibiarkan sepi tanpa tindakan yg sewajarnya..maka tidak hairan jikalau pada masa hadapan semakin ramai remaja di negara kita yg menukar agamanya dengan pelbagai alasan yg dibuat-buat!!

Untuk mengetahui kisah-kisah murtad sejak zaman kanak-kanak kita..boleh tengok disini..Moga Allah kembalikan mereka ke pangkal jalan..moga mereka diberi hidayah olehNya kembali..dan moga kita serta zuriat keturunan kita thabat dalam agama ini..amiin ya Rabb..

4 comments:

Anonymous said...

mahu kongsi artikel ini dengan muslim2 yang len boleh????

AmenoWorld said...

camne enh? kita muslim pown dah tak betul.. macam2 masalah besar kita hadapi sekarang neh.. nak perang judi la, maksiat lah, zina lah, dadah la dan etc.. sekarang murtad pown makin berleluasa.. camne enh nak perangi kalau kuasa kita terhad?

niena haris said...

sy bc ur post.. i like it.. memang gejala murtad ni semakin byk terjadi.. from my experience masa wat practical di sebuah sekolah kat kl.. memang ada kes tu... sy handle one of the case there..sekolah menengah.. kesian.. sbb mereka ni muda lagi... bijak... but x dapat berfikir panjang.. biasanya sebab family..rakan2.. pengaruh semasa.. n family yg kawen campur... dan ada jg sbb2 yg lain..
inshaAllah... kita boleh bendung gejala ni.. tp kene dari akar umbinya...

Ahmad Firdaus Ahmad Nasir said...

sebenarnya benda2 mcm ni kita x boleh salahkan org lain @ menunding jari kepada mana2 pihak... tepuk dada tanya diri sendiri....

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Image by Kevin Dooley