Thursday, December 10, 2009

my breast pump

Sedikit perkongsian yg mungkin bermanfaat buat mereka yg baru bergelar ibu dan nak berikan yg terbaik buat permata hati mereka..Pada awal kehamilan..saya tak terfikir pun semua benda alah ni..apa yg dalam fikiran saya..menjaga kandungan dengan baik..dari sudut pemakanan dan kerohanian..dan berdoa agar bayi yg saya lahirkan sihat dan sempurna..Alhamdulillah..ulya lahir dengan cukup sifat dan sempurna serta sihat walafiat..

Bila fasa mengandung tu dah berlalu..maka bermula pulak satu fasa baru..mendidik dan berusaha memberi yg terbaik untuk ulya..permata yg berharga buat saya dan suami..waktu bulan ke8 kehamilan saya..waktu shopping barang ulya dan keperluan untuk saya sebagai ibu..saya turut senaraikan dalam list tu breastpump..hmm..tapi dalam kepala saya tak terfikir pon nak yg elektrik..sebab mungkin waktu ni saya terlalu kudus mengenainya..hehe..so,saya hanya beli manual pureen bresatpump..saya pon tak ingat berapa harga dia..tapi tak lebih rm15 rasanya..

Waktu mengandung jugak saya tak terfikir lebih2 pasal keperluan2,cabaran2 nak susukan ulya dengan susu badan secara eksklusif..apa yg ada dalam fikiran saya cuma nak fully breastfeedkan si tecit ni..sesuatu benda bila kita belum hadapi..kita takkan tahu kesukarannya..tak tahu keperluannya..dan kata2 tu adalah benar belaka..sebab dah terjadi pada saya..hehe..jadi kat sini buat para ibu yg sedang hamil..kena ada persiapan awal untuk penyusuan ibu secara eksklusif ni..kena fikir dari kehamilan lagi..yg kita nak berikan yg terbaik untuk anak2 kita..salah satu perkara yg terbaik dan tiada tandingan untuk bayi kita adalah susu ibu..

Saya mulanya hanya tahu susu badan boleh letak dalam freezer..tapi ilmu tentang kaedah penyimpanan..tahan berapa lama..memang langsung saya tak tahu...sampaila awal kelahiran ulya..waktu tu saya hanya direct feeding dgn ulya..saya terbaca dalam majalah pa n ma yg abu ulya belikan..seorang dr berjaya buat stok susu utk babynya dalam 200 lbh botol..menakjubkan..apa yg bermain dalam fikiran saya waktu tu tahan ka samapai 200 lbh susu tu..xmasuk bakteria ka??berkhasiat lagi ka utk baby??betapa jahilnya saya pada waktu tu..hehe..dari situ mula saya mencari ilmu tentang penyusuan ibu..cara penyimpanan susu ibu..dari situ saya mula kenal beberapa jenis electric breastpump..seperti medela yg terlalu banyak jenis pumpnya,spectra3,spectra7,ameda dll..dari situ saya merasa amat rugi sebab saya tahu ilmu tentang ni agak lambat saya kira..ketika saya dalam pantang..kalau saya tahu lebih awal..semestinya saya xmembazir dan buat simpanan untuk memiliki medela freestyle..huhu..jadi,buat ibu2 kat laur tu..perlua ada persediaan selepas kelahiran n mulakan simpanan kalau kita nak miliki sesuatu yg memudahkan untuk kita berikan yg terbaik buat anak2 kita..

Waktu dalam pantang..masalah susu mungkin kita tak terasa..sebab waktu ni kita mewah dengan susu..bayangkan bila saya susukan ulya sebelah..n yg sebelah lagi tu saya tahan guna botol dalam masa yg singkat ja saya dpt 4oz..sampaikan nikmat susu yg banyak tu saya tak buat stok pon..lepas pantang..kalau guna manual pump pun saya rasa terlalu susah nak jangkau 4oz tu..so,saya mencari2 electric brest pump yg mampu saya beli..kat sini ada sikit research saya mengenai electric breastpump:

*spectra3:antara yg paling ramai ibu2 malaysia yg guna jenama ni..sebab harga yg berpatutan dalam rm370-400(saya tak pasti berapa harganya sekarang)..dan ia adalah double pumping..maknanya bley pump dua2 sekali gus..tapi saya tak jadi beli yg ni sebabnya dia hanya bley guna electric dan berat sekitar 1kg..

*medela mini electric:bley guna electric dan battery operation..tapi xda 2phase expression..dan ikut survey yg tak bestnya bunyi dia macam mesin potong rumput..wallahua`lam sebab saya tak pernah menggunanya..dan ia adalah single pumping..harga sekitar 400 lbh..

*spectra7:tak ramai sangat yg guna model ni..saya pon xpasti kenapa..xsilap saya bezanya dengan spectra3 dia ada 2phase expression..(xtau betul x sebab search da lama n xbrapa nak ingat dah)..harga dekat 500 n lebih kot..

*medela swing:my breastpump..tupon dapat hadiah dari my beloved hubby sempena bufday saya 28sept ritu..kelebihan pump ni lbh kepada cara hisapan bayi..2phase expression..electric n battery operation..sangat ringan..cumanya ia adalah single brest pump..dan anatara masalah utamanya adala susu selalu masuk tube kalau pasang valve tak betul..jadi kena berhati2 waktu awal pengepaman..hehhe..harga kat mesia skarang tak silap saya rm799..pandai cari bley dapat rm649

*medela freestyle:antara pump yg terbaik bagi saya..sebabnya ada double pumping..battery n electric..2phase expression..digital display..ada memori..dan yg palin penting sambil pump pon bley buat kerja lain..boley masak,study dan sebagainya..harga dia pon bestla rm1699 paling murah yg saya jumpak..moga abu ulya nak bagi hadiah ni kat saya untuk pelaburan jangka masa panjang..hihi..(^_~)

Dan tu hanya sedikit model yg sempat saya tulis sebab tu ja antara search saya yg saya ingat..hehe..medela banyak model lagi mcm pisa,harmony n mcm2..


hasil pengepaman saya setelah ulya breastfeed

Pengalaman saya menggunakan swing amat memuaskan..saya bley dapatkan susu dalam jangka masa yg singkat dan tak letih sangat berbanding manual breastpump..alhamdulillah pencapaian terbaik saya(mcm pertandingan la pulak ;P) saya dapat 120z dlm masa 40minit..mungkin ada org bley dpt lagi banyak bergantung pada production masing2..tapi rezeki Allah utk saya 120z utk 40minit tu da cukup saya syukuri..hamdan lillah..

Peringatan untuk para suami dan bergelar bapa:
Firman Allah swt:
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anaknya sehingga dua tahun genap, iaitu bagi yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa adalah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah seseorang itu diberatkan melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya dan (jangan juga menjadikan) seorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan itu (kiranya si bapa tiada). Kemudian jika kedua-duanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah melakukannya. Dan jika kamu hendak berikan anak kamu menyusu dengan orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Bertaqwalah kamu kepada ALLAH, serta ketahuilah bahawa ALLAH sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan."
[ayat 233, surah Al-Baqarah]

Buat para suami dan bakal bergelar ayah,fikirkan dalam ayat di aatas disebutkan "kewajipan bapa adalah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya".Mengapa turut diselitkan dalam penyusuan ni tanggungjawab seorang suami??di mana hikmahnya??perlu diingat bahawa tanggungjawab seorang suami amatlah penting dalam menjayakan proses penyusuan genap 2tahun ini..kerana apabila menyusukan..isteri akan mudah penat,lapar dan tenaga berkurangan..kekuatan tubuh kita tak sama dengan org yg tak menyusukan baby..di sinilah tanggujawab seorang suami memberi makanan yg berkhasiat utk isteri..membantu tugas harian yg lain dan sentiasa meringankan beban seorang isteri..keran tugas penyusuan bukan satu perkara yg mudah untuk dijayakan sekiranya tanpa pemahaman dan pengertian dari seorang suami..


Buat para suami di luar sana..sentiasa bagi sokongan dan galakan buat isteri untuk terus memberikan yg terbaik utk anak anda..brestfeeding bukan satu perkara yg mudah tanpa bantuan seorang yg bergelar suami..seorang isteri amat2 perlukan galakan dr suaminya untuk terus menyusukan permata hati anda dengan tempoh genap 2tahun..memahami penat lelah seorang isteri yg antara rutin harian tambahannya melakukan proses mengepam dgn tugas harian yg lain..tambah2 yg belajar macam saya nih..hehe..dengan keadaan yg sangat2 mudah lapar bila menyusukan..huhu..thanks abang..sebab banyak membantu ringakan beban ayg..memahami ayg pada ketidak stabilan emosi ayg ni..huhu..

Moga impian saya menyusukan ulya dengan tempoh 2tahun akan berjaya dan sentiasa dipermudakan Allah untuk urusan penyusuan ulya..moga ulya menjadi anak ummi abi yg solehah,hamba yg taat pada perintahNya..menjauhi segala laranganNya..dan menjadi mujahidah dalam menegakkan kalimah Allah..ameen ya Rabb..




1 comments:

Yin Areesa said...

Assalamualaikum

Tahniah, teruskan BF ye..nikmatnya susu ibu itu tiada tandingan.

Nikmatnya menyusukan anak adalah satu kebahagiaan

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Image by Kevin Dooley