Thursday, May 6, 2010

imtihan oh imtihan (:



Salam buat semua :)

sekejap ja masa berlalu dah nak imtihan semula..buat sahabat-sahabat yang akan menduduki imtihan..bittaufiq wannajah..tak lupa jugak buat sahabat-sahabat tahun satu qiraat mansoura yang tak dapat menduduki imtihan daur awal moga kesabaran sentiasa bersama anda:)

bila sebut ja pasal pelajar2 qiraat ni..dah heboh n menjadi berita sensasi dah kat bumi kinanah ni mengenai masalah kenaikan nama pelajar2 qiraat seterusnya menyebabkan mereka dihalang dari menduduki peperiksaan..sunnah berjuang..tak lari dari pelbagai rintangan dan cabaran..

saya tak ingin hurai lebih panjang hal ni..sebab banyak sumber2 ilmiah yang kita sendiri boleh baca dan dapatkan maklumat terperinci mengenai hal ini..seperti disini dan disini..

namun..apa yang saya nak huraikan disini berkaitan sikap mahasiswa-mahasiswi dalam mendepani masalah ini..

mungkin ada segelintir yang tak ambil tahu dan tak ingin ambil tahu hal ni dengan alasan aku bukan budak qiraat..ada jugak yang bermati-matian memperjuangkan hak pelajar qiraat..(terima kasih kepada mereka)dan ada jugak pelajar yang redha dengan apa jua ketentuanNya..

bagi golongan yang memperjuangkan hak mahsiswa dan mahasiswi qiraat..bagi pendapat peribadi saya..saya bersetuju dengan langkah mereka yang mendesak pihak jpmk untuk serius mendepani masalah ini..jika tiada desakan demi desakan kepada pihak yang bertanggungjawab,tidak mustahil kesulitan ini akan berulang kembali..namun perlu diingat..bersedehanalah didalam semua perkara..tak perlu ada cacian,makian,menghina mengeji individu2 lain..kita ingin menegakkan keadilan..tetapi kita sendiri membawa qudwah sayyiah..tidak perlu membabitkan perbezaan ideologi dengan mengecam tarbiyyah yang diterima individu didalam jemaah lain..jangan jadikan masalh ini asbab untuk kita berpecah..bahkan lihatlah dari sudut positif agar musykilah ini mampu membuatkan kita bersatu..jangan jadikan isu ini untuk menyemarakkan api permusuhan..

sifat redha dengan segala yang telah Allah taqdirkan pada kita memang perlu..namun,malang sekali andai redha kita tidak disertai dengan usaha untuk memperbaiki keadaan yang sedia ada..ya anda boleh redha dengan mengambil imtihan pada daur thani..tetapi hak anda untuk mengambil imtihan pada daur awal dinafikan hanya kerana kecuaian pihak tertentu..maka perlu ada usaha untuk memastikan apa yang berlaku ke atas anda tidak akan berlaku untuk generasi akan datang..

akhir kalam..peringatan untuk diriku yang hina dan buat semua..bersederhanalah didalam setiap perbuatan dan tingkah laku agar kita dapat menjadi muslim sejati..seperti sabda Rasulullah s.a.w hadisnya yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi: ertinya :

“Sebaik-baik perkara ialah yang paling sederhana”





nota kaki:imtihan syafawi nahu pada 22mei ini..doakan dipermudahkan segala urusan saya (:



0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Image by Kevin Dooley