Thursday, May 6, 2010

peliharalah dirimu wahai wanita


Assalamualaikum..

Lama tak sempat nak mencoretkan pahit manis kehidupan di bumi kinanah ni..dan kesempatan ni saya nak kongsikan sesuatu buat pembaca sekalian terutamanya yang bergelar wanita..

Rasanya ramai yg dah mengetahui mengenai kes seorang pekerja wanita Indonesia yg dirogol bergilir-gilir oleh 6 lelaki arab..sedih saya mendengar berita ini..sebelum ni waktu mula-mula samapi ke sini..memang banyak dengar khabar2 begini..akhawat disitu dicabul akhawat disana dirogol..namun rata2 kawan-kawan saya yg tinggal lebih lama disini yang sudah memasuki tahun keempat kebanyakannya menafikan perkara tersebut..

Namun untuk kes kali ini saya kira ianya adalah sohih sebab siap masuk paper mesir dan perogol mangsa sudah diberkas..boleh baca artikel disini dan disini

Tahniah diucapkan kepada kbri(kedutaan besar republik indonesia) atas tindakan segera memaksa pihak berwajib mesir untuk menghadapkan pesalah terbabit ke muka pengadilan..moga hukuman selayaknya diberikan terhadap mereka yg bernafsu binatang..

Sebagai wanita..walaupun sudah memiliki cahaya mata..saya tetap risau dan prihatin akan keselamatan diri..maruah kita sebgai wanita tiada tolok bandingnya..jangan sampai sesutu yg buruk berlaku baru kita menyesali tindakan kurang prihatin kita terhadap isu sekeliling kita..

Buat para wanita disisni :

  • ambillah langkah berjaga-jaga ketika keluar dari rumah..sebaiknya berteman ketika keluar

  • sentiasa sediakan alatan pelindung diri di dalam beg seperti spray lada,pisau lipat yg kecil

  • speed dial phone number orang tertentu yg dapat membantu ketika kesusahan

  • jangan lupa untuk sentiasa memohon perlindungan dari Allah swt

  • elakkan melalui jalan yang sunyi walaupun pada waktu siang


buat para ikhwah yang ditugaskan menjadi musyrif

laksanakan amanah yg ditaklifkan kepada anda dengan sebaik mungkin..kerap juga sahabat-sahabat saya merungut dan lebih senang tidak menggunakan khidmat musyrif kerana ikhwah tidak akan menjawab panggilan telefon dan interkom pada waktu malam..sebab dah tau memang akan ada akhawat mintak jadi musyrif..langak paling bijak,lebih baik tak jawab telefon..hmm..moga golongan ini dibukakan hati untuk sama-sama membantu menjaga keselamatan muslimah di bumi kinanah ini..

tak lupa juga buat akhawat yg meminta pertolongan musyrif agar tepati masa anda..amat tidak sopan dan kurang bererikemanusiaan pada saya pada akhawat yg meminta tolong musyrif tetpi membiarkan musyrif tercegat berjam-jam menantikan akhawat untuk bersolek..belajarlah untuk tepati masa anda..andai orang lain sudah meluangkan masa,sanggup ketepikan keletihan untuk menemani anda,mengapa perlu menyusahkan mereka..

moga kita sama2 selamat dari sebarang kecelakaan..moga permusafiran ilmu ini sentiasa dimudahkan oleh Rabbul Izzati..ameen


nota kaki : sila abaikan penggunaan bahasa yang semakin hari semakin merosot..huhu




0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Image by Kevin Dooley