Saturday, December 4, 2010

ahlan muharram 1432H







Assalamualaikum..

Sedar tak sedar..tahun 1431H hampir melabuhkan tirainya..dan muharam 1432H bakal menjengah tidak lama lagi..tapi..banyak tak amal-kebaikan..pahala2 yg dapat kita kutip sepanjang 1431H??Ya Allah..terasa sikitnya amal-ibadah yg saya lakukan pd tahun ni..-___-

Moga sama-sama kita berazam utk melakukan yg terbaik buat tahun baru yg bakal menjelma..Moga sedikit perkongsian ini dapat mengganjari saya dengan pahala kebaikan..

Antara amalan yang boleh kita lakukan di bulan ini :

*Digalakkan pada hari terakhir bulan Zulhijjah dan pada 1 Muhharam dibacakan doa
akhir (akhir Zulhijjah) dan awal tahun (awal Muharram).

*Berpuasa Sunat

Bulan Muharram merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram. Berpuasa pada bulan ini pada dasarnya dijanjikan dengan pahala yang besar. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah bulan Allah,Muharram dan solat yang paling utama selepas fardu ialah ialah solat malam”.(Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad)

Hadis ini dengan jelas menyatakan keutamaan berpuasa pada bulan Muharram berbanding bulan-bulan lain selain Ramadan. Hadis ini juga menjadi hujah bahawa kita digalakkan berpuasa sunat pada bulan Muharram lebih banyak berbanding bulan-bulan lain.

Puasa bulan Muharram digalakkan berpuasa pada hari ’Asyura iaitu pada 10 Muharram. Puasa ‘Asyura ini pada asalnya adalah wajib. Kemudian menjadi sunat setelah puasa Ramadan difardukan sebagaimana sabda rasulullah saw hadis riwayat Muawiyah ra berkata :

"Aku mendengar Nabi bersabda : Hari ini adalah hari ‘Asyura tidaklah wajib kamu berpuasa tetapi saya berpuasa. Maka sesiapa yang mahu ia boleh berpuasa dan sesiapa yang tidak mahu ia boleh berbuka." (Imam al-Bukhari dan Muslim).

Galakan berpuasa pada hari ‘Asyura ini berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Ibn Abbas berkata :

“Aku tidak melihat Rasulullah saw mengutamakan hari puasa yang dilebihkan atas hari lain kecuali hari ini, iaitu hari ‘Asyura dan bulan Ramadan”.


Terdapat sebahagian ulama yang berpendapat puasa pada hari ‘Asyura ini hendaklah dilakukan bersama sehari sebelumnya iaitu dinamakan juga dengan hari Tasu’a (hari kesembilan). Ini berdasarkan hadis hadis Ibn Abbas ra :

“Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa, mereka berkata:Wahai Rasulullah saw Sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi. Maka Nabi saw bersabda :”sekiranya aku masih hidup tahun hadapan, tentu aku akan berpuasa pada hari kesembilan”. (Riwayat Imam Muslim)

Ada sebahagian golongan menyunatkan berpuasa pada hari 9,10,11 Muharram berdasarkan hadis Ibn Abbas :

"Hendaklah kamu perpuasa pada hari ‘Asyura dan hendaklah kamu menyalahi orang Yahudi padanya, berpuasalah sehari sebelum dan sehari selepasnya."


Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Bayhaqi. Namun begitu hadis ini tidak boleh dijadikan hujjah untuk mensyariatkan sesuatu amalan kerana hadis itu adalah da’if lagi mungkar seperti yang dikatakan oleh Imam al-syaukaniy dalam Nayl al-Awtar. Al-Albaniy juga menghukum hadis itu da’if.

Oleh itu kita boleh memilih sama ada hendak berpuasa hanya pada hari ‘Asyura atau hendak berpuasa dua hari berturutan iaitu pada hari Tasu’a dan ‘Asyura. Kedua-dua cara ini mempunyai sandaran dalil masing-masing daripada hadis yang sahih. Seseorang itu juga boleh berpuasa pada hari-hari dalam bulan ini tanpa ditetapkan hari tertentu berdasarkan umum hadis keutamaan bulan Muharram berbanding bulan-bulan yang lain.

Marilah sama-sama kita meningkatkan amal ibadah kita..fastabiqul khairat!

selamat menyambut awal muharam 1432H dari kami sekeluarga :)

pss :exam semakin menghampiri..doakan saya dalam doa kalian agar Allah memberi kejayaan yg tidak disangka2 buat imtihan kali ini :)

Wednesday, December 1, 2010

gejala murtad di negara kita..





assalamualaikum..

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW
berpesan “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang
kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya
seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat
bertanya “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? “

“Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada
masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.”

Sahabat bertanya lagi. “Mengapa begitu ya Rasullullah? ” Rasullullah SAW
menjawab, “Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia”. Imam Ghazali pernah
berkata dalam perkara ini, “Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan
seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.”

Dan benarlah apa yg diucapkan oleh baginda s.a.w..entry kali ni saya nak share kan beberapa link mengenai gejala murtad yg semakin berleluasa..memang selama ni kita dengar tapi mungkin kita tak mengetahuinya dengan mendalam..bila tgk video..baca kisah2 murtad..dan pengakuan si murtad..meremang bulu roma..nak menangis n macam macam perasaan bercampur baur..hanya doa yg mampu saya panjatkan agar iman saya..keluarga..zuriat dan keturunan saya senantiasa dipelihara Allah..dan matikan kami dalam keadaan iman dan islam..

dan lebih merisaukan..memikirkan bagaimana zaman yg harus ditempuh oleh ulya..oleh anak2 masa akan datang..moga Allah sentiasa melindungi kita dan menjaga keimanan kita..


kisah murtad di malaysia


sumber dari amenoworld

apa reaksi anda melihat gambar ini??

si murtad tersenyum gembira..dan peguam yg mewakilinya turut tersenyum atas kemenangan kes tersebut sedangkan sudah tentu dia juga mempunyai asas-asas agama yg kukuh!


Nama pelajar : hasnah
Asal : Malaysia
Keluarga : 12 adik beradik, ayah seorang kaki botol
Melanjutkan pelajaran : Kansas State Universiti, USA
Mengapa keluar Islam : Kesusahan dan keperitan hidup masa lampau yang dilalui.. adakah ini satu alasan yang rasional??



pengakuan murtad oleh hasnah laknatullah









Rakaman ini adalah pengakuan murtad seorang wanita Islam malaysia bernama Hasnah di USA. Petikan audio ni kawan saya email kepada saya dan saya ingin berkongsi dengan saudara islam yg lain. I believe you can find out more who this Hasnah is from the recording. Saya terasa untuk berkongsi pandangan saya tentang perkara ini setelah berulang kali mendengar rakaman ini. Mungkin boleh kita jadikan pedoman dan iktibar.

Sebelum ni, saya pernah dengar atau baca tentang org Islam Malaysia murtad, saya rasa dah beberapa kali berlaku. Tapi tidak pernah saya mendengar pengakuan sebegini. Bukan setakat satu pengakuan bahawa dia sudah masuk Christian, malah memperleceh dan mempersoalkan kebenaran Allah dan Islam, dan sebaliknya mengagung2kan kristian. Sebagai seorang Muslim, saya rasa amat marah, kecewa dan sedih, dan saya pasti anda juga akan rasa begitu. Terfikir saya bagaimana dia sanggup berbuat demikian. Hasnah memberi alasannya didalam rakaman ini. Bagaimana kesempitan hidup, kesusahan , kesedihan dan kesengsaraan membuat dia hilang kepercayaan terhadap tuhan dan agamanya. Salah siapa? Dirinya sendiri, keluarganya yg porak peranda atau masyarakat? Mungkin sudah tidak perlu lagi di jawab kerana mungkin sudah terlambat bagi Hasnah. Bagaimanapun, saya ambil kisah ini sebagi satu iktibar. Hasnah menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yg dia alami. Baginya, Allah tidak menyayanginya. Tidak menolongnya. Walau apapun,alasan yg diberikannya tidak boleh saya terima. Sebagai org islam, saya percaya, apa yg berlaku dlm hidup ini adalah ketentuan tuhan, qada dan qadar. Jika hidup kita diberikan kesenangan, kita patutlah bersyukur. Dan sekiranya bala dan kesusahan kita alami, kita haruslah redha, bersabar, tabah berusaha mengatasi dan bertawakkal. Itu adalah dugaan allah terhadap hambanya. Kadangkala, disebalik setiap kesusahan itu ada hikmahnya. Sesungguhnya Allah sayang terhadap hambanya. Sayang sekali, bukan itu yg Hasnah nampak.


Membuat saya terfikir, mungkin ada org disekeliling kita, mungkin org yg kita kenali melalui apa yg Hasnah telah lalui. Dan saya rasa kita boleh melalukan sesuatu utk mengelakkan ini berlaku lagi. Janganlah dibiarkan mereka bersendirian sehingga mereka mula mempersoalkan takdir tuhan. Kenapa tuhan tidak berlaku adil? Kenapa Tuhan memberikan kesusahan dan kesengsaraan? Kenapa tuhan tidak menolongnya? Mungkin kita boleh menolong mereka sedaya yang mampu. Dan saya rasa yang penting ialah mengingatkan mereka supaya redha, tabah menghadapi dan bertawakkal. Jika tidak, pasti musuh Islam akan mengambil kesempatan untuk memesongkan fikiran dan jiwa mereka, sebagaimana yg telah berlaku terhadap Hasnah. Saya harap kisah ini dapat di kongsi bersama saudara Islam kita yg lain utk dijadikan iktibar. Semoga kita berwaspada terhadap kesempatan yg di ambil oleh musuh islam untuk memesongkan kita. Tulisan saya ini adalah pandangan saya, seorang yang masih banyak kelemahan. Sekiranya ada salah dan silap, sudilah kiranya ada yg menegur. Dan buat Hasnah, semoga Allah memberi petunjuk untuknya bertaubat dan kembali kepangkuan Islam. InsyaAllah.



Itu baru dua kisah basi yg saya pertontonkan kembali..dan bagaimana dengan ini ??Pengakuan secara terang-terangan oleh mereka yg murtad dari seluruh negara..termasuk malaysia dan egypt!!dan kalau anda baca pengakuan adam di sini..dia turut meminta agar mendoakan org yg murtad di malaysia mendapat perlindungan dan dibantu!

Andai gejala murtad ini dibiarkan sepi tanpa tindakan yg sewajarnya..maka tidak hairan jikalau pada masa hadapan semakin ramai remaja di negara kita yg menukar agamanya dengan pelbagai alasan yg dibuat-buat!!

Untuk mengetahui kisah-kisah murtad sejak zaman kanak-kanak kita..boleh tengok disini..Moga Allah kembalikan mereka ke pangkal jalan..moga mereka diberi hidayah olehNya kembali..dan moga kita serta zuriat keturunan kita thabat dalam agama ini..amiin ya Rabb..

Thursday, November 25, 2010

ulya @ hospital tabarak

Assalamualaikum..

memang dah lama tak update blog..kat malaysia dulu jangan cakap la malas yg tersangat nak update..hehe..sebab asyik jalan-jalan ja..n bila dah sampai mesir dah memang tak sempat langsung nak update..huuhu..

pengalaman pertama buat ulya n buat ummi n abinya..1st time ulya masuk ward..huhu..walaupun agak lambat update cerita ni..tapi sbg kenangan yg perlu diingati..maka saya coretkannya disini ^________^


16 november 2010

hari raya aidil adha n ulya tak berapa nak panas lg..still beraya n pakai baju kurung..tapi dgn muka yg monyok n bad mood..hehe..so mmg tak snap pic langsung..bawak ulya tgk unta , kambing lembu n haiwan2 korban kat hayyu asyir..dia takda respon..

balik umah dalam tghari terus dia tidur till malam..tgk suhu dia makin meningkat so bg ubat demam n jelum sikit-sikit ja..sebab musim sejuk..takut effect lain pulak..tak berani nak jelum macam kat malaysia..huhu

17 november 2010

ulya bangun tengah hari dengan wajah yg ceria n riang ria..badan pun ok..so kami ingatkan dah sihat n ok..tapi bila malam..badan makin panas..makan suma dia tanak..n hanya tidur..saya mmg dah cuak sgt sbb tinggal kat umah sorang2..baca selawat syifa` n jelum guna air asam jawa..tapi xda effect jugak..still 39 lbh2 suhu dia..n bila abi balik dalam 1.15am terus bawak pegi klinik..susah nak jumpak klinik yg bukak sbb tradisi sini lebih meriah bila sambut aidil adha..jadi banyak klinik tutup..pegi hospital taisir..hanya ada seorang doc..n dia bising n marah2 sbb lambat bawak..pegi farmasi beli ubat yg doc tulis..n bagi ubat bontot kat ulya..terus dia tido..

18 november 2010

bangun pagi ulya mcm dah ok sikit..tapi panas balik bila tengahari..still guna ubat montot tu..n berkesan kejap ja..selalu dengaq pengalaman org lain..kalau ubat bontot tu 2 kali guna dah ok..tapi ulya dah masuk kali ke tiga pon suhu 39 n 38 ja..

19 november 2010

sepakat bawak ulya ke tabarak hospital hayyu sabiek (hospital yg biasa kami pegi) n sampai ja kat situ bila cakap ulya dah lbh 3 hari demam terus dia tanak terima n suruh rujuk ke tabarak abas el-aqad..so pergila sana n ramai ya amat kanak2 yg sakit..arab tu ckp kalau nak check cepat bayar 70le...so kami pon tanak tggu lama2 baya jela 70le..tapi bila check doc tu cakap kena tahan ward sbb nk check lbh lanjut..

and..ni la 1st time tgk ulya kena amek darah..cucuk sana sini..huhu..memang tak tahan..sayu hati..huhu..abi yg konon macho pon cakap: " tu suma nak masuk kat ulya ka??ayg pegangla ulya..abg nak dok lua..tak sanggup tgk ulya kena camtu"hehe..memang tak sanggup tgk budak kecik kena cucuk n macam2..huhu..

lepas masuk ubat bagai nurse check still tak turun panas..n dia suruh basuh ulya dari bawah kat toilet n basahkan pampers..ilmu baru jugak..sebenarnya mmg takut nak basuh ulya lebih2..sebab dah masuk musim sejuk..kalau kita yg tua pun mengelat nak kena air..inikan budak kecik..huhu..siap basuh tanpa water heater pulak..tapi bila nurse suruh camtu baru rasa yakin..huhu..

20 november 2010

sebenarnya harini anniversary umi n abi yg ke 2..mmg dah rancang macam2..n ramai kawan2 yg dah jemput dtg umah before eid lagi..n kawan2 pon tak amek tarikh ni buat open house sbb dah maklum umah kami punya tarikh..tapi tula..kita merancang,tapi perancangan Allah lebih hebat..makanya kami bermalam kat hospital..n inform yg open house cancel..huhu..maaf sangat2 buat suma sahabat..

doc mmg dah inform insyaAllah kalau panas dah turun dah boleh balik hari ni..tapi ulya punya suhu masih tak menentu..jadinya kenala bermalam lagi kat hospital..n hari ni jugak ulya cirit birit..memang risau sgt..huhu..n berapa kali masuk ubat dah tak ingt..n last check malam tu dalam 12 am doc cakap suhu dah turun..n kalau esok..tak ada panas n ishal(cirit) dah boleh keluar..

21 november 2010

alhamdulillah 2 kali check pagi tu dalam zohor ulya dah boleh keluar tapi 22 n 23 still kena g hospital utk huqnah (injection) antibiotik..


sebenarnya banyak tarbiyah yg kami dapat dari apa yg berlaku..setiap apa jugak perkara yg buruk menimpa kita..kalau kita lihat dari sudut hikmah..maka akan banyakla buah2 ibrah yg kita dapat..begitu juga kami..

pertamanya memang bertepatan dgn hari raya haji pun..tadhiyah(pengorbanan) ibu ayah terhadap kita..macam mana pengorbanan kita terhadap anak kita..n pengorbanan serta nilai ukhuwwah yg tiada tolok bandingnya..selama saya bermalam di hospital 3 org sahabat bergilir2 menjaga ulya..huhu..betapa mereka juga bersengkang mata n berkorban demi saya n ulya..moga Allah mengganjari mereka dengan sebaik-baik ganjaran..ameen :)


kami juga belajar menghargai anugerah Allah..tanpa berkeluh kesah..hehe..yg part ni..memang sebagai ibu bapa muda + masih belajar..memang terlalu mencabar menghadapi kerenah anak yg sedang membesar..misalnya..ulya memang suka sangat kemas rumah..tolong umi n abi kemas rumah..tak payah suruh pun memang tu hobi dia..umi baru kemas2..lipat selimut..susun bantal..tarik cadar..cepat-cepat dia yg tengah asyik main datang n tarik selimut..bagi selerak bantal..landing atas tilam..hehe..baru umi lipat baju tak sempat susun dalam almari cepat-cepat dia tarik bajuk tu n selerakkan balik..macam-macam la ulya suka buat..paling suka usik laptop sampai hang..suka off suka hati n macam2 lagi..kadang-kadang mulut ni membebel jugak..ulya.. kan ummi baru kemas tadi..ulya kan ummi baru tu..baru ni..hehe..

tapi bila Allah tarik nikmat kesihatan dari ulya..2 hari hanya tidur..tidak seceria dan seaktif selalu..sungguh..kami merindukan keletah ulya!rindu ulya sepahkan rak buku..rindu ulya selerakkan baju dalam almari..rindu ulya kacau kami dengan laptop..rindu segala-galanya tentang ulya..waktu tu baru saya terasa..sungguh..apa sahaja dari ulya semuanya adalah hiburan buat kami..namun kerana kelelahan belajar n urusan rumah tangga membuatkan kami secara tidak sedar mengeluh n melarang ulya dari tindak tanduknya.. maka kami belajar utk menghargai..menerima kesepahan itu adalah sebahagian dari proses tumbesaran ulya..-___-

dan amat penting..ilmu tentang pengurusan wang..hehe..wang saat emergency amat penting..utk kos ulya demam dalam beberapa hari sahaja hampir2 600le..hampir sama dengan sewa rumah kami sebulan..dari sudut wang tu memang tak kisah..asalkan ulya cepat sembuh..tapi peringatan buat kami agar bila-ada-duit-lebih-simpan..hehe..jangan asyik nak berbelanja..sebab bila kita dah berkeluarga..makin banyak wang saat-saat kecemasan yg perlu kita ada..

dan ilmu yg kami dapat jugak..skill menyedut hingus ulya..hikhikhik..kalau dulu rasa geli..tapi bila dah ada anak ni..sumanya ok..sumanya kena buat..lebih baik geli dari tgk anak menangis tak selesa kan..:)

oke panjang suda ummi membebel..jom tengok gambaq kenangan ulya kat hospital tabarak :)



















Sunday, November 21, 2010

happy 2nd anniversary

Assalamualaikum..

20 november 2008 ~ 20 november 2010..maka genaplah usia pernikahan kami mengemudi rumah tangga berasama-sama selama 2tahun..heh..baru 2tahun :)


doakan agar sakeenah,mawaddah wa rahmah senantiasa mengiringi bait muslim yg kami bina ini..doakan agar saya mampu menjadi setabah hajar..sehabat khadeejah..dalam menempuhi liku-liku kehidupan ini..

dan anniversary tahun ni..
`lebih special` sebab kami sambut kat hospital tabarak di abas el-aqad sebab ulya masuk ward sejak 19 nov hari tu.maka segala haflah yg dirancang sejak awal terpaksa dibatalkan..doakan kesihatan yg baik buat buah cinta kami `ulya nur qaisara..moga membesar menjadi mujaheedah yg mengembalikan kegemilangan islam..ameen






khas buat suamiku tersayang..

suamiku..

maaf andai aku tidak seperti yg kau duga
sering berkeluh kesah dan meluah rasa..
kerna aku wanita biasa..
yg belajar menjadi seorang mujahidah..


suamiku..

maaf andai aku isteri yg kau nikah..
tidak sempurna seperti Khadeejah..
tidak juga setaqwa Aisyah..
tidak pula sehebat Fateemah..
kerna aku hanya wanita biasa..
yang punya cita-cita menjadi solehah..

suamiku..

pernikahan ini..
mengajar kita tanggungjawab bersama..
aku menjadi tanah..dan engkau adalah langit penaungnya..
aku menjadi ladang tanaman dan engkau adalah pemagarnya..
aku adalah murid dan engkau adalah mursyidnya..
aku ibarat anak kecil..dan engkaulah tempatku bermanja..
saat aku menjadi madu..maka teguklah ia sepuasnya..
dan tika aku menjadi racun..maka engkaulah penawar bisanya..
dan aku..ibarat rusuk yg bengkok..
maka berhati-hatilah engaku meluruskannya..

suamiku..

ku pohon sabar darimu..
dalam mendidikku dan mentaatimu..
agar aku redup dibawah payungmu..
agar aku terang dibawah sinarmu..
agar aku mekar dalam cintamu..
agar kita bisa bersama-sama
berteman hingga ke syurga

salam sayang..

isteri yg kau nikahi keranaNya..


moga bahagia mengiringi kami hingga ke syurga!


 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Image by Kevin Dooley