Friday, September 14, 2007

^^ahlan wasahlan ya ramadhan^^



ahlan wa sahlan ya ramadhan..
bulan yang penuh dengan keberkatan..bulan yang penuh dengan rahmat & maghfirah
dari yang Esa..
pesanan buat diri yang selalu alpa & juga buat saudara-saudari seIslam..
jadikan puasa kita benar-benar puasa yg diterima oleh Allah..bukan hanya dengan menahan dirii dari lapar & dahaga..tapi kita turut menjaga pancaindera kita dari melakukan kemaksiatan pada Allah..
mata kita..lisan kita..telinga..kaki & juga tangan..mOga segala nikmat yang dikurniakanNya dapat kita gunakan dengan sebaik mungkin dalam menuju redhaNya..
banyakkan amal ibadah..kerana tiada bulan yg lebih baik dr seribu bulan melainkan bulan ramadhan..jadikan ramadhan kali ini sebagai ramadhan yg bermakna..kerana kita masih belum pasti masihkah ada ramdahan lagi buat kita selepas ini..
banyakkan bertadarus al-Quran..qiyamullail..solat terawih..mOga-mOga segala amalan kita diterimaNya & kita tergOlOng dari kalangan hamba-hambaNya yg sOleh..yg berOleh rahmat & magfirahNya..ameeen ya Rabb..
buat sahabat-sahabat di bumi darul Quran..jangan jadikan alasan fatrah imtihan untuk kita menganak tirikan ibadah kita pada Allah..jangan jadikan kesibukan i`adah al-Quran & menghafaz madah menjadikan kita leka beribadah padaNya..mOga kejayaan milik kita bersama..ameen ~salam ramadhan al-mubarak~

Friday, September 7, 2007

..sAlam iMtihAn..


..assalamualaikum..
memandangkan imtihan yang tak berapa hari lagi bakal menjelma,atip nak amik kesempatan nih nak ucapkan salam imtihan buat semua yg masih menuntut di dQ & tak lupa juga buat sahabat sahabiah kat maahad tahfiz negeri..salam imtihan diucapkan..moga kita najah dengan cemerlang hendaknya..
yang paling penting skali..dOakan kejayaan atip=)buat banat-banat HAFS..teruskan usaha..iadah rerajin..jadikan exam nih sebagai wasilah untuk kita masyi Quran..ameen..
buat k.zack,k.husna,wann n sahabat2 hafs+dQ..halalkan makan minun atip..
maafkan salah silap atip..ada terkasaQ bahasa..tersalah bicara..mOhON zerO-zero la..=)mOga kita berjaya menempuh imtihan di dunya ni dengan najah..jangan tensiOn2..teruskan usaha..dekatkan diri padaNya..insya`Allah kita sama-sama beroleh kejayaan..usaha+doa+tawakkal=najah..best Of luck!!

Saturday, August 25, 2007

..cOngratulatiOns..

..salamullah alaikunna..
hmm..sempena berlalunya pesta kOnvO dQ 18 Ogos yang lalu..
atip nak amik kesempatan kat sini nak ucapkan salam tahniah buat suma senior
batch 2004/2007..
yang special sket kat sini..nak ucapkan tahniah bebanyak buat kak nadwa@k.nad..hmm..anugerah plajar mithali tuh..bukan senang nak dapat k.nad..cONgrat..
buat kak amie sOfeaku,kak maisarah@k.wah..kak farhana Omar yg banyak bagi idea for my tesis...kak tikah aziz..kak mahfudzah..kak naniey..syahida watib..& suma yag grad k..tahniah sebab berjaya khatam alQuran yang bukan suma orang mampu capainya..hanya hamba-hambaNya yang terpilih saja mampu untuk menggalas bebanan ni..mOga kita tergolong dalam gOlongan yg dipilih dan berdada dibawah naunganNya..amiin..

hmm..buat kak amy..kak nad..kak wah..jangan pernah lupakan daku k..
bila da sampai ard kinanah tuh..jangan buat-buat lupa kat atip yang masih berada di tanah air nih..jangan pernah lupa memori suka duka kita..(terjiwangla plak=))
atip tak cOnfirm dapat jumpa or tak kak nad & kak amy kat klia nanti..mOga-mOga dengan kehadiran page ne..dapat ubati rindu & jadi penghubung kita disamping pemudah cara untuk salam farewell kita..

kak nad..k.amy..kak wah..
thanks for everything and sOrry for sumthing..and thanks for being my gOod sis..trimas atas sgala jasa2 nota..tunjuk ajar..nasihat..huhu..tika mana k.nad sanggup stay up ajaq atip resam yg terlalu byk kekOnpiusannya..till dapat 4.0 biiznillah..thanks..nota-noata k.amy..mekasih tau..

hmm..jangan lupakan gak kenangan-kenangan kita yang boley dibukukan menjadi sejarah tuh..
bleyla diceritakan pada anak cucu cicit nanti=)..saat suka duka..yang paling tak boleh dilupakan tika kita dihantui msg waaaaaaak..yang amat menyeramkan..saat-saat yg dilalui dan sukar dilupakan..

doakan kejayaan atip dalam setiap doa kalian tau..dOakan atip najah dunya akhirah..jadi mar`ah solehah..masyi Quran..amal ahkamnya..najah xm dQ..najah stam..berjaya ke azhar el-syariff..zauj sOLEH=)..zuriat SoLEH SoLEHAH..berjaya hadapi segala ujian yg mendatang..aminkan tau..

pesanan atip..
jaga Quran..jaga akhlak..jangan lupakan atip..tingkatkan amal ibadah..banyak muraqabah padaNya..tanpa Allah..kita tak mungkin kecapi apa yang kita ada sekarang kan..lagi satu pesanan..kalu da ada calOn nati..jangan lupa antaq kad tau..
putus persahabatan kalau tak jemput..=)buat kak wah..atip redho tanpa girrafe..hehe..

hmm..tujuan yg paling utama atip wish kat my site ni..nak appreciate sgala jasa-jasa my sis yg baik-baik nih..(kalu tlis kat fs..xsuma org bley bc)..hehe..dan sebagai ingatan bhw insyaAllah..atip tak akan pernah lupakan ampa..
lurve all of you..



Wednesday, August 15, 2007

^^ sekadar renungan & peringatan^^

Assalamualaikum w.b.t…

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah Rabb sekalian alam yg memberi ruang kesempatan untuk mancoretkan sesuatu sebagai pedoman dan peringatan kita bersama..

Buat kali ni ingin saya coretkan sedikit kenangan lawatan banat semester 5 yg mengikuti lawatan ke P****D Hulu Langat awal Julai lalu..niat untuk mencoretkan kenangan lawatan tu memang ada dr akhir lawatan tu lagi..tapi..kekangan masa menyebabkan hasil lawatan tu baru sempat dicoretkan di blog ni pd bulan ni..bilamana kenangan da lama jugakla berlalu..nampaknya tak mampu nak sampaikan sebaik serta se’fresh’ habis program tuh..tapi moga kita beroleh sedikit manfaat..=)

Kisahnya bermula pd 1 Julai 2007..hasil usahasama Biro Perhubungan HAFS (EXCOM) dengan pihak hep DQ, lawatan ni berjaya dilaksanakan..Alhamdulillah..tema bagi lawatan kali ni “Ukhuwwah disemai Thiqah Dicapai”..hmmm..tema yg memberi makna yg mendalam..=) antara objektif terbesar lawatan ni..mendekati remaja yg kurang didikan agama serta terlibat dengan gejala sosial yang agak keterlaluan..malam sebelum bertolak kami diberi peringatan agar dapat tajdidkan niat..mengingati tujan utama yakni menyampaikan dakwah serta mendekati remaja-remaja tersebut..pelbagai perasaan yg menyelinap dalam hati kami.takut tak mampu berinterkasi dengan remaja tersebut faktor yg paling menggerunkan

Sampainya kami kat sana dalam pukul 10 pagi.. Alhamdulillah..sambutan yg diberikan sangat baik..terasa sangat-sangat dialukan kedatangan kami..bermula dengan sedikit pengenalan dari pihak P****D,lunch bersama-sama anak bina P****D dan solat zohor berjemaah..selesainya solat zohor,program diambil alih sepenuhnya oleh banat dq..persembahan nasyid dr kami banat dq..dan persembahan nasyid dr anak-anak bina P****D..suasana yg sangat meriah dirasakan..kami sedaya upaya beramah mesra dengan anak bina kat situ..yela..dalam keadaan kami berjubah dan bertudung litup..bimbang anadai ada yg menjadikan pakaian sebagai jurang pemisah anatara kami..Alhamdulillah..anak-anak bina kat situ dah boleh berinteraksi dengan kami..tanpa ada rasa jurang pemisah..lepas persembahan,ni la sesuatu yg amat-amat ditunggu dan dinanti-natikan oleh kami..masa berbual-bual bersama anak bina serta menyelami kisah hidup silam mereka..kami dikehendaki mencari couple masing-masing..dq + anak bina kat situ.. kisah silam dan tabir hidup mereka kami selami..nyata dalam permasalahan mereka bukan hanya mereka yang bersalah..(segala isi perbualan antara kami adalah sirr..dan tak dapat dicoretkan disini..so.anadai yg tak faham sangat..maaf dipinta..=)dalam menyelami masalah yg dilalui oleh remaja-remaja yg terlanjur dan kurang didikan agama nila teasa sangat-sangat kelemahan golongan agama.. pendakwah dalam menyebarkan dakwah..dalam membentuk peribadi remaja yg merupakan generasi pelapis yg akan menegakkan kalimatullah..apa yg sangat menyedihkan..rata-rata remaja kat sini semuanya dah terlanjur..buat tatapan pembaca-pembaca..tujuan penulisan ni bukan niat untuk mengaibkan mana-mana pihak..wal`iyazubillah..tak terlintas sedikit pun perasaan tu..yg ingin disampaikan disini adalah kelemahan kita sebagai golongan yg berpendidikan agama..yg menerima tarbiyyah..yang mengetahui pelbagai ahkam Illahi..bayangkan..pemudi Islam semuda 13 tahun menyerahkan mahkota kegadisan mereka kepada pemuda yg kononnya mahu bertanggungjawab seawal usia itu!setelah manis madu dihisap..mereka ditinggalkan terkapai-kapai mencari arah kehidupan bersama janin dalam kandungan!!betapa teganya seorang pemuda Islam melakukan perbuatan tersebut kepada pemudi Islam mereka..bukan niat menghukum kaum Adam..tapi..mana hilangnya kasih sejati seorang Adam pada Hawanya yg didambakan disyurga dulu??hilangkah kasih tu ditelan godaan nafsu??

Back to da topic..=)saat berhadapan dengan remaja-remaja tersebut..memang kami semua terasa semacam diawangan..kalau sebelum ni hanya membaca dan mendengar mengenai remaja-remaja yg bermasalah ni..tapi.kali ni kami berhadapan dengan mereka..berhadapan dengan remaja yg dah terlanjur..dan dalam usia yg sanagt mentah..masih hingusan..menyelami hati nurani mereka..segala perbualan dan perbincangan kami bersama-sama anak-anak bina kat situ biarlah menjadi rahsia anatara kami..Cuma kesimpulan yg dapat sy nukilkan disini bahawa rata-rata mereka terlanjur bersama kekasih hati..diperkosa tunangan sendiri..diperkosa saudara rapat..namun apabila kami selidiki..menyelami perasaan mereka..ternyata selain faktor persekitaran..sikap acuh tak acuh ibu bapa sendiri dalam mengawal serta mendidik anak-anak mereka antara asbab terbesar keruntuhan akhlak mereka..institusi keluarga yg seharusnya berperanan melahirkan par pemuda dan pemudi Islam yg taat pada penciptaNya telah jauh dari landasan Islam..nilai-nilai kekeluargaan yg diamalkan oleh junjungan besar kita dianggap enteng oleh ibu bapa masa kini..didikan yg dianjurkan oleh ibu bapa serta kaedah-kaedah didikan dalam sesebuah keluarga mungkin kta sebagai dai`e tak mampu untuk merubahnya..namun..kaedah @ metod lain harus kita gunakan untuk menjadikan mereka pemuda-pemudi Islam yang terbaik..pernahkah kita cuba dekati remaja-remaja yg bermasalah ni??pernah kita menyelami..menganalisis masalah-masalah yg dihadapi oleh mereka???mereka bukanlah terlalu keras untuk dibentuk kembali..sebagai contoh..tika mana melihat vcd gerak gempur maksiat pada malam merdeka..remaja yg dressing ala-ala punk,skin,ghotic..perempuan-perempuan yg berpakaian tak menutup aurat..apabila diberi sedikit tazkirah di dalam masjid klcc dan diingatkan dengan ahkam Allah..menangis tersedu –sedan..meraung-raung..fenomena ni sangat jelas pada kita bahawa hati mereka masih lembut untuk menerima hidayah Allah..jangan kita terlalu cepat melabel mereka berdasarkan penampilan mereka..sebaliknya kita sendiri cuba mendekati mereka..memberi petunjuk ke arah jalan yg haq..kebanyakan dari kita tak melakukannya..kita hanya bangga dengan ilmu yg kita ada..beramal sebaiknya sedangkan kita tak pernah menghiraukan nasib pemuda-pemudi Islam yg jauh dari landasan Islam..yg terkapai-kapai mencari arah serta panduan hidup..jangan sampai amalan kita tak dapat menyelamatkan kita dari azab neraka kiranya ada tanggungjawab dakwah kita yang tidak kita samapaikan..(na`uzubillah)

berbalik pada lawatan tadi..(da jauh menyimpang nampaknya=))..lepas kami menyelami hati nurani mereka..berkongsi kesedihan..aktiviti riadhah selepas solat asar berjemaah diadakan..antara permaian yg kami adakan tirai ukhuwwah..squirrel..dan macam2 permainan lain..match ni antara dq vs anak bina..dan apa yg kami lihat sewaktu berlangsungnya permainan ni..ramai anak bina yg dapat melupakan kesedihan..dapat merasaikan bahawa masih ada masyarakat menyayangi mereka..tak rasa diri terbuang..mendapat kekuatan..Alhamdulillah..dan anatara yang menyedihkan..anak bina yang bersama sy melahirkan sesuatu yg amat menyentuh sukma..katanya “sepanjang sy kat sini..tak pernah ada lawatan yg macam ni..mendekati kami..cuba merasai apa yg kami alami..bersama-sama kami sepanjang hari..kalau ada pun yg datang pagi akan balik sebelum zohor..tapi,jarang ada remaja yg buat lawatan”(lebih kurang camtu la ayatnya)..waktu dengar penjelasan tu..hati saya menangis..sangat tersentuh..ketika menulis coretan ni pun..masih terngiang-ngiang kata-katanya..bayangkan…remaja-remaja tu tak boleh langsung keluar dari situ..hanya bila family datang baru dapat melihat alam..tu kalau yg family amik tau..yg dibuang dari keluarga??bayangkan..andai ada remaja yg menanti tempoh kelahiran kat situ..setelah melahirkan..anak mereka akan diserahkan kepada keluarga angkat..bayangkan..mampu tak kita alami andai anak yg kita kandung diserahkan pd orang lain??mana lagi kekuatan yg mampu mereka gapai andai kita tak menghulurkan tangan untuk sama-sama merasai kepedihan mereka??mereka hidup dalam kenangan silam yg amat memedihkan hati..dan masa depan yg belum pasti..tanpa sebarang sokongan..tanpa sebarang pertolongan..hanya berbekalkan kekuatan serta ketaqwaan yg mula mereka bina sejak memasuki pusat ini..kita sebagai golongan agama??apa yg kita lakukan tika mana saudara seIslam kita berada dalam kepedihan??kita tak pernah merasainya apa lagi meyelami hati mereka kerana kita terlalu berada dalam zon yg selesa..terlalu bermegah dengan ilmu..terlalu riya` dengan jilbab dan tudung litup..(maaf andai yg terasa..tapi ini hakikat yg sy ketahui..)
sesi menyelami hati mereka berakhir dengan suasan yg amat menyedihkan..kami sedaya upaya memberi kekuatan pada mereka..memberi dorongan..nasihat..Alhamdulillah apabila ditanya tentang masa depan..ramai antara anak-anak bian kat situ yg nak sambung belajar di sekolah agama..agar mereka tak terpedaya buat kali kedua..Alahamdulillah..sama-sama kita doakan kesejahteraan mereka..keselamatan mereka dan kita dari azab neraka..

akhirnya tibala waktu penghujung lawatan kami..masa untuk bersalam jemaah bersama-sama..waktu nila kami sangat-sangat merasakan kehadiran kami diperlukan..dihargai..dan remaja-remaja ni sememangnya menantikan lebih ramai lagi golongan-golongan seperti kita..remaja Islam untuk menyelami mereka..berkongsi suka dan duka..ramai anak-anak bina yang mengalirkan air mata..macam tu jugak la kami banat-banat dq..rasa nak panjangkan lagi tempoh lawatan..cenderahati sebagai kenag-kenangan kami berikan kepada couple masing-masing serta sedikit wasiat dari kami…waktu mana menyatakan pada anak bina yg saya pegang bahawa jangan sekali rasa terhina..rendah diri pada masyarakat..dia menangis teresak-esak..sy jadi sebak..keimanan ketaqwaan pd Allah tula nialain kita disisiNya..banyak lagi pesanan yg tak perlu diungkapkan..dia berpesan agar sentiasa mendoakannya serta dia tak lagi terpengaruh dengan tipu daya dunya..sama-sama kita doakan..

^^mungkin tak banyak yg mampu sy sampaikan disini..kerana perkara-perkara yg menyentuh hati tersebut tak mungin dapat saya hebahkan pada semua kerana keperluan menjaga aib saudara seIslam..dan itu janji saya pada mereka..andai ingin menyelami perasaan mereka..pergilah..ziarahilah mereka..mereka memerlukan bimbingan dan dorongan kita..mereka bukan seperti sangkaan sesetengah dari kita..mereka bukan setegar yang disangka..mereka masih boleh dilentur..masih memerlukan bimbingan dalam melayari kehidupan di dunya ini..dan peringatan buat kita sebagai golongan berpendidikan agama..jagan rasa diri terlalu gah denagn ilmu yang sekelumit itu..kita juga manusia biasa yg tak terlepas dari godaan syaitan laknatullah..ada juga anak bina kat situ dari sekolah-sekolah agama yg termahsyur di kelantan dan johor..kita juga manusia yg ada nafsu..keimanan yg senantiasa diuji..keimanan yg sentiasa turn naik..jangan terlalu merasa bangga dengan apa yg kita miliki..nikmat itu pemberian Allah yg perlu kita hargai dan amalkan..andai kita tak menjalankan kewajipan kita..jangan kita impikan khilafah Islamiyyah mampu terbentuk dalam generasi kita..

Sunday, June 3, 2007

MY COOL WIFE

My cool wife

Tak semestinya cinta itu lahir dengan kelembutan gadis, ke macho an lelaki. Dan jatuh cinta ketika terlihat si dia dalam postur yang menarik. Cinta itu penuh dengan kesunyian, ia mengejar dalam hitam, dan dicari dalam putaran masa yang berlainan arah. yang menjadi persoalannya, relakah kau mengejarnya?
_________________________________________________________
Zai merenung seorang lelaki di belakangnya yang sedang asyik membersihkan darah dari kesan luka di belakang badannya. Pedih, tetapi alis mukanya tidak menggambarkan yang dia sedang sakit mahupun takut. Sudah biasa dipukul, dihiris. Tetapi dia tidak biasa duduk kaku begini, sambil melihat seorang lelaki yang setia menunggunya hingga larut malam untuk merawatnya.
"Awak tengok apa?" lelaki itu berbisik sambil tersenyum.
Zai merenung lagi anak mata lelaki asing itu. 'Dia tak menyesal ke?'
"Lepas abang balut bahu ni awak boleh tido, ye?" lelaki itu berlalu ke dapur. Zai dapat mengagak yang lelaki itu akan kembali bersama segelas horlick panas.
Zai baring mengiring di katil dan memikirkan peristiwa yang terjadi sebentar tadi.
Semuanya disebabkan kerana penjual buah di tepi jalan itu. Kalau tidak kerana dia yang mengugut Adam untuk membeli buah rambai itu, semua ini pasti tidak berlaku.
"Hei, tauke. Aku dah kata, kalau kau minta maaf sekarang kita boleh settle kat sini...!" Zai menuding jarinya pada seorang pemuda yang bergaya kerek.
"Apa!! Peraturan kat sini, kalau tanya harga mesti BELI !! Kalau tak, nahas!!" lantas mencapai batang besi yang berdekatan dengannya.
"Eh, awak...Kita beli aje la. Tak payah sampai gaduh macam ni" Adam memegang bahu Zai dari belakang untuk menenangkannya.
"Tak mahu. Dia mesti minta maaf dulu" Zai merenung tajam sekumpulan lelaki bersenjata kayu dan batang besi menghampiri mereka. Pengunjung di kaki lima semakin menjauhi kawasan yang dijangka akan tercetus pergaduhan itu. Pelik, seorang perempuan yang tadinya manis dipandang mencabar sekumpulan samseng jalanan.
"Hei bangsat! Kau memang carik pasal!" dengan pantas salah seorang lelaki berkayu menghayun kayunya ke arah muka Zai.
"Awak..." Adam pantas menghayun kakinya tepat ke arah tangan lelaki tersebut, lalu kayunya tercampak. Zai tidak membuang masa lalu menghayun penumbuknya ke perut lelaki tersebut. Lalu menyiku bahu lelaki yang tertunduk menahan senak itu.
"Iyahhh..." kedengaran jeritan geng samseng menyerbu ke arah Zai dan Adam.
Zai menyusun langkahnya menahan serangan kumpulan samseng yang mula menggila. Keadaan semakin huru-hara apabila kemudahan disekeliling kawasan pasar tersebut menjadi mangsa kerakusan samseng jalanan itu.
Satu demi satu samseng ditumbangkan oleh Adam. Sedang asyik Adam menumpukan perhatiannya pada samseng-samseng yang mengerumuninya itu, keliahatan samar-samar Zai terlantar di atas jalan.
"Awak..!!" Adam menjerit memanggil Zai.
DEBUK !! satu penumbuk hinggap di muka Adam, tetapi kesakitan itu tidak dirasa sedikit pun, yang bermain difikirannya, keadaan isterinya!
"Cukup, kita settle baik-baik la..." Adam menjerit memberitahu hasratnya. Harapannya agar pergaduhan ini akan cepat selesai dan dia mahu melihat keadaan isterinya. "Cukupppp...." Adam sudah mula kehilangan sabarnya.
Tiba-tiba kedengaran siren polis.
"Awak..." Adam menjerit lagi. Orang awam disekeliling tidak kelihatan. Kepada siapakah Adam harus meminta pertolongan? Isterinya terlantar di tepi jalan!
"Polis!" samseng-samseng jalanan tersebut mula bertempiaran melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis. Adam terus berlari mendapatkan Zai apabila samseng-samseng itu mula beransur.
"Awak?" Zai sudahpun berada di dalam dakapan Adam.
"Awak, jangan bagi saya risau la" Zai membuka mata dan keliahatan Adam sedang memangkunya sambil tersenyum.
"Saye OK la" Zai mendiamkan dirinya dalam pelukan Adam, sambil merenung wajah sejuk itu.
"Alhamdulillah" Adam tersenyum lega.
"Encik, boleh tak pergi ke balai membuat laporan?" suara dan kehadiran polis berpangkat sarjan itu seolah-olah tidak wujud disekitar kawasan itu. Adam asyik merenung isterinya yang layu dipukul tanpa belas kasihan itu. Tetapi dia tidak berdendam pada samseng jalanan itu, dia mahu lupakan segala apa yang terjadi sebentar tadi dan memulakan hidup baru.
"Minum dulu" Adam muncul bersama segelas horlick panas sambil tersenyum. Zai merenung lagi muka sejuk lelaki asing itu. 'Itu suami aku? Tapi mengapa dia?'
"Esok kalau awak dah baik, kita makan satay kajang nak? Dah lama tak makan satay" Adam menghulurkan sepasang baju tidur dan beredar. Zai memerhatikan Adam menutup pintu bilik. Ketika ini Zai termenung memikirkan kesabaran lelaki itu. Selama tempoh seminggu mereka berkahwin ini, tidak pernah sekalipun Adam menyentuh tubuhnya tanpa kebenaran. Manakan pula memaksanya untuk bersama. Tetapi layanan lelaki itu sungguh lembut dan menyenangkan. Zai memerhatikan dirinya pada cermin di depannya. Mukanya tidak pernah senyum walau sedikit pun di depan lelaki itu. Berbual pun tidak pernah panjang.
Dia cepat marah, lelaki itu penyabar. Mukanya tawar, tetapi lelaki itu manis dipandang. Dia selalu menimbulkan pergaduhan, tetapi lelaki itulah yang sering menjadi penenangnya. 'Dia ni betul ke tidak?'. Zai mencapai sepasang baju tidur dan menyalin pakaiannya.
"Awak, saya dah sediakan makan malam..." Adam menyelak pintu bilik. Zai yang masih menyalin pakaian cepat-cepat menutup tubuhnya dengan kedua belah tangannya.
"Erk, sorry. Saya tak sengaja" cepat-cepat Adam mengalihkan pandangannya dan menyorok di belakang pintu.
"Saya ingatkan awak dah salin. Tu yang saya...maaf ya. Saya tunggu di bawah" tiada lagi kedengaran suara Adam. Zai diam membisu. Pipinya merah, hendak ditahan tetapi kudratnya tidak mampu. Hatinya bergetar, diurut-urut dadanya. "Astagfirullah al azzimm..." Zai benar-benar terkejut, hampir luluh jantungnya mengenangkan Adam telah melihat susuk tubuhnya. 'Tetapi dia kan suami aku?'. Zai duduk termenung.
Adam masih lagi menunggu Zai di meja makan. "12:30 ?" Adam merenung lauk di atas meja itu tidak berusik. Diukirkan nya senyuman untuk mengubati hatinya. Mungkin dia beristeri tidak seperti orang lain, bermanja bergurau senda. Tetapi dia sama seperti pasangan suami isteri yang lain, kerana dia juga berkorban demi pasangan. 'Selagi aku hidup dan waras, Zulaika kan tetap aku pertahankan. Dia sudah cukup menderita selama ini'. Adam tersenyum lagi, menunggu.
Tiba-tiba.
"Tak lapar ke?" Zai muncul memakai t-shirt putih dan berkain batik.
"Saya tunggu awak" cepat-cepat Adam mencapai senduk dan menyedok nasi untuk Zai.
"Esok saya kene kerja" Adam memulakan perbualan. Zai sekadar memandangnya sekejap dan menoleh ke pinggan nasinya.
"Awak nak saya carikan kerja ke?" Adam menarik perhatian Zai sekali lagi.
"Erm..." Zai tersentak.
"Saya cuma risau awak boring duduk kat rumah aje" Adam menyedokkan kuah gulai ke pinggan Zai.
"Terima kasih" Zai tunduk. Adam mencuri pandang Zai yang makan disebelahnya itu. Anak matanya tajam memerhatikan Zai menguis nasi panas.
"Apa?" Zai mula perasan.
"Tak...tak ada apa-apa" cepat-cepat Adam melarikan pandangannya pada ikan gorengnya lalu dirobek-robek isinya. 'Nak tengok pun tak kasi. Orang nak bermanja sikit. Cium kang.Ha,nak? Nak?'
"Jangan main-main masa makan" Zai bersuara.
"Erk! Sorry" Adam tersenyum sinis.
"Nak tambah ikan goreng..." Adam senyum meleret.
"..." Zai sekadar menggeleng kepala.
Selesai saja menolong Adam mengemas dapur, Zai bergegas ke bilik. Dia semakin segan untuk meluangkan masa bersama Adam. 'Alahai, karang dia masuk bilik. Ape aku nak buat ni? Ya Allah' Zai menekup mukanya. Seperti biasa Zai akan berdebar-debar sewaktu menunggu Adam memasuki bilik dan tidur disebelahnya. Mana la tahu kalau-kalau ada benda yang nak jadi? Sejak malam pertama mereka lagi Zai sudah tidak keruan memikirkan hal ini. Kalau di kampung dulu boleh la dia mengelakkan dirinya, kerana sudah semestinya Adam akan segan menyentuhnya disitu. Lagipun dia boleh menjerit, dan emaknya boleh bangun menyelamatkannya. Tetapi sejak berpindah ke KL malam semalam, hatinya makin tidak tenteram. Malam ini adakan dia akan selamat lagi?
"Assalamualaikum..." Adam muncul di muka pintu.
"..." Zai menarik selimut dan mengereng ke kanan. Dipejamkan matanya dan berselawat tidak henti-henti. 'Ah, aku terlupa doa tolak bala pula...' Zai mengetap bibirnya.
Adam baring disisi Zai dan menarik selimut ke arahnya.
Lantas Zai berpura-pura sedang tidur.
"Awak...awak dah tidur?" Adam memandang Zai yang sedang memejamkan matanya. Tetapi keningnya bergerak-gerak. 'Pura-pura tidur la tu'. Adam tersenyum memandang isterinya yang pelik itu.
'Awak jangan buat apa-apa, kalau tak saya jerit!' Zai berdebar-debar. Hatinya tidak keruan selagi lelaki itu tidak tidur. Nafasnya makin kencang.
Tiba-tiba Zai terasa suatu benda sejuk di dahinya. Lembut, kesejukan itu mula merebak ke hatinya. Matanya semakin layu. Ketenangan sudahpun menyelubungi dirinya. Zai mula terasa kepenatan lalu tidur dengan lena malam itu.
Adam pula, berdebar-debar setelah mencium dahi isterinya. 'Terima kasih, awak. Kesian awak, kalau tak sebab saya yang menggatal tanya harga buah petang tadi, awak tak jadi macam ni'.
Adam tersenyum, berbagai persoalan berlegar dalam fikirannya. 'Adakah itu tandanya sayang? Ada tak perempuan lain yang sanggup memperjuangkan maruah aku seperti Zai? Ah, apa salahnya aku hidup berumah tangga begini sekiranya sayang itu wujud, cuma tidak dipamirkan terang-terangan.
Eh, atau aku yang perasan?' Adam memandang Zai yang lena disebelahnya. 'Tidak mengapa, awak. Saya akan tetap sayang awak...'
[mimpi Zai]
Dari tadi Zai hanya memandang suasana rumahnya yang dipenuhi orang kampung. Fikirannya kosong. Zai memanjangkan pandangannya ke sawah ditepi rumah. Angin yang bertuip melanggar padi yang hampir menguning seakan menghanyutkan jiwanya bersama.
"Zai, kenapa tercongok kat tingkap tu? Tak manis bakal pengantin buat perangai macam tu" Halimah bercekak pinggang memandang anak sulungnya dari bawah rumah.
Zai memandang ibunya dengan satu pandangan yang kosong, lalu menutup tingkap perlahan-lahan.
"bakal pengantin...bakal pengantin..." suara ibunya bergema dalam fikirannya. Zai mendongak dan melihat keadaan sekelilingnya. Biliknya dihias cantik. Macam bilik pengantin. 'Siapa yang nak kahwin ni?'. Mata Zai terbeliak ketika melihat tangannya berinai.'Tidak...'
"Adam, berjanji dengan mak. Jaga Zulaika baik-baik,ya" mata Halimah sudahpun bergenang dengan air mata ketika ini.
"Mak, saya kan dah janji. Saya akan sayangi Zai. Dah, tak mau nangis lagi" Adam mencium tangan Halimah. "Senyum la sikit, mak" Adam menghadiahkan senyuman.
"Mah, dah la tu. Jangan diikutkan sangat perasaan tu. Lupakan kisah lama tu" Salwa, ibu Adam menghulurkan secawan kopi pada Adam.
"Minum, mak" Adam menolak cawan kopi mendekati Halimah.
"Terima kasih, Adam, Salwa. Aku betul-betul berterima kasih pada korang anak-beranak" Halimah menyeka air matanya, sedikit riak gembira sudahpun kelihatan.
"Aku tau Mah, semua tu fitnah. Daripada aku serahkan anak aku pada kutu bendang tu, baik aku serahkan pada kau bulat-bulat Salwa, Adam" Halimah mengetap bibirnya. Dia sudah sebati dengan kampung itu, mana busuk, mana baik, sudah kenal benar.
Adam meluru masuk ke biliknya. Dia tidak tahan dengan perbincangan yang melibatkan perkahwinannya. Malu...
"Adam...tolong hantarkan Mak Mah kau ni balik. Dah larut benar malam nya" Salwa menghulurkan tudung pada Halimah."Kalau nak tengok-tengok Zai pun boleh juga...iye tak mak nya?" Salwa ketawa kecil.
"Ha, molek tu. Adam?" Halimah memandang bakal menantunya dengan senyuman yang bermakna.
"Hantar boleh la mak, tapi nak jumpe jugak ke? Esok kan nikah. Tak payah la rasanya" Adam tunduk malu.
"Ala, katanya tak mau. Entah dihati siapa yang tahu?" Salwa mencubit lengan Adam.
"Hehe...ade-ade aje mak ni. Along tak mau jumpe lagi la. Lagipun Zai tengah terkejut tu, biar la dia berehat" Adam tersenyum.
Sementara itu di rumah Zai...
"Kak Long..." Siti menjenguk kakaknya yang berkurung di dalam bilik seharian suntuk.
"Ha?..." Zai senyum melihat adik tunggalnya itu. Siti lah satu-satunya kawan sejak dari kecil, Zai mana pernah bergaul dengan mana-mana orang tanpa hala tujuan. Sampaikan orang kata anak Mak Mah sombong-sombong belaka.
Jika difikirkan kembali oleh akal fikiran Zai yang masih waras ini, fitnah yang diterimanya seperti tidak logik lansung. Tiba-tiba sahaja dia difitnah melakukan perkara sumbang dengan Kudin di tepi bendang pada malam seminggu yang lalu. Bukankah dia melalui kawasan itu sewaktu pulang mengaji? Tak logik...tak logik...
Siti duduk disebelah kakaknya lalu mencapai jari-jemari kakak nya itu. Siti senyum.
"Siti, akak lapar..." Zai tunduk.
"Jap tau. Siti gi dapur ambikkan nasik" Siti bergegas bangun tetapi Zai pantas merangkul tangan Siti. Air mukanya suram.
"Akak, Siti pegi kejap je. Lepas ni Siti temankan akak, ye? Kita borak-borak" Siti menenangkan kakaknya.
Adam memerhatikan keadaan sekeliling. Kelihatan orang kampung yang ringan tulang masih lagi dengan kerja mereka. Walaupun kenduri kahwin esok diadakan ala kadar, ia tetap meriah.
"Along, Sarah nak tidur sini malam ni boleh tak?" Sarah berbisik.
"Mak kasi ke?" Adam memerhatikan ibu dan bakal ibu mertuanya berjalan beriring memasuki rumah pengantin perempuan.
"Ni sarah nak pujuk la ni"
"Hmm...iye la. Karang along datang balik bawak kain baju kamu"
"Yes!! Terima kasih along. Sayang along" Sarah separuh menjerit.
"Iye la. Masa ni aje la sayang along"
"Ala along tu..." Sarah menjeling manja.
"Along, cepat datang balik tau. Orang nak buat laporan" Sarah sudahpun berlari memasuki rumah. Adam tersenyum melihat gelagat adiknya yang sentiasa lapang itu. Maklumlah, baru lepas SPM.
"Eh, laporan ape?" Adam termanggu. Dilihatnya sekeliling rumah.
"Kalau boleh akak tak mau kawin lagi, Sarah" Zai menyeka air matanya. Sarah sekadar mendengar, tidak mampu untuk membantu ketika ini. Dia tidak faham apa yang dilalui oleh Zai ketika ini, yang pastinya kahwin kerana terpaksa ini seolah-olah mengorbankan sesuatu. Tidak pasti lagi pulangannya, andai keruh terpaksa diteguk. Sinar bahagia? Entahkan muncul entahkan tidak.
Sarah merenung Zai yang termenung dengan mata lebam. Ketika ini, Sarah dapat rasakan, maruah seorang gadis tidak boleh dibuat main. Silap katanya mengundang bencana, silap langkahnya mengundang fitnah. Kudin kutu bendang itu memang sudah melampau. Sampai hati dia fitnah Zai sebegini rupa?
"Akak mesti kuat. Kalau akak tak dapat buktikan akak tak bersalah ketika ini, mesti ada yang akak boleh buat suatu hari nanti. Akak akan tunggu masa tu, Sarah. Akak takkan menangis lagi!" air muka Zai sudah pun berubah, dari tadinya suram semacam, tetapi kini seakan kekuatan telah datang menyelubungi nya. Sarah terpaku melihat perubahan itu.
Suasana tiba-tiba menjadi kabur lalu mengembalikan Zai ke alam nyata, kembali kepada tempatnya disisi Adam.
Zai membuka matanya perlahan-lahan. Adam tidak berada disebelahnya lagi. 'oh, pukul 6 pagi...'Zai memeriksa pakaiannya. Entah-entah sudah berusik tanpa diketahuinya.
"Assalamualaikum" Adam baru saja keluar dari bilik mandi.
Zai memandang Adam yang tercegat memandangnya. "Saya nak pegi keje ni. Kalau ada apa-apa call saya,ek" Adam bersuara.
"..." masih tiada balasan dari Zai.
Cepat-cepat Adam membuka almari. Buat-buat busy. Semua modalnya untuk bersembang dengan isterinya sudah habis. Takkan nak bermain mata pagi-pagi. Sudah la Zai mempunyai mata garang. Sekali dia jegil, takut juga dibuatnya. Tetapi, setiap kali mereka bertentang mata, Adam segan memandang Zai lama-lama. Berdebar-debar pun ada.
[office Adam]
"Hei, Adam! Lame kau ambik emergency leave ye. Sampai seminggu" Hamdi bercekak pinggang di pintu pejabat Adam.
"Ler...Hamdi. Kau ni tak pernah yg nak bagi salam,ye. Meh sini jap" Adam melambai-lambai memanggil Hamdi mendekatinya.
"Ape? Ada makan-makan ke?" Hamdi berbisik.
"Tak, aku dah kawin" Adam berbisik juga.
"Hah!!" Hamdi terkedu. Apesal direct to the point sangat? "Eih, Dam. Aku tak paham ler wei!" Hamdi menggeleng.
"Apesal pulak tak paham nye. Kan ke terang tadi aku bagitau. Aku dah kawin la" Adam tersenyum. Dia sudah dapat mengagak reaksi Hamdi sebegitu rupa.
"Kau ni senang-senang aje kawin ye. Macam tak percaya tahu tak? Yang aku tengok kau ni...kalau nak bercinta punyalah susah. Tau-tau dah kawin? Ha, ape ni? Tina yg kat luar tu bagai nak rak mengorat kau, kau buat dek aje. Ni siapa lagi yg tahu ni?" Hamdi tersenyum.
"Tak ade siapa la. Aku tak mau orang lain tahu. Dan kau, tak boleh bagi tahu siapa-siapa pun. Kecuali isteri kau. Heh heh" Adam mengurut-urut janggutnya yg kemetot itu. Gayanya seakan-akan orang jahat dalam filem hindustan mengatur rancangan.
"Tahpe hape la ko nih. Ah, sukati ko la" Hamdi memandang Adam mencari kepastian dalam setiap kata.
"Eh, Tina tu macam mana?" Hamdi kembali berbisik.
"Ha? Kenapa tanya aku? aku tak pernah layan dia la" Adam terkejut mendengar nama Tina dikaitkan dengannya.
"ala...mane la tau. Kot-kot ade syaiton nirrojim hasut ko pasang dua. Bukannya ko tak mampu,kan?" Hamdi tersengih.
"Mmmphh...tak kuasa aku. Tu, yang sorang kat rumah tu pun dah punya susah. Ini kan pulak nak pasang lebey? Nauzubillah...hehe" Adam menepuk kasar bahu Hamdi.
"Aik, ape yg susahnye? Kan ke baru kawin, cinta tu banyak lagik. Hahahaha" Hamdi mengekek.
"Ala, ko kan tau. Aku tak minat la ngan perempuan lembut lemah-gemalai macam Tina tu. Cakap punya la perlahan, makan pun slow-slow, nak marah pun tak menggambarkan reaksi marah. Eishh...mau sakit jiwa aku ngadapnye..."
"Lar...begitu ke? Kan ke Tina tu anganan setiap insan berstatus lelaki? Eceh, cewah..."
"Cih!! Lelaki mane yg ko jumpe tu.Huhu" Adam ketawa.
"Ah, tak kisah la kat mane aku jumpe. Tapi...kat umah ko tu orangnya macam mana? Semestinya tak macam ko cakap tadi, kan. So dia kasar, gelak macam tapir masuk kandang ayam, pelahap selambe badak. Begitu ke?"
"Aih...sampai macam tu sekali? Kat umah aku tu ok je la. Relax, steady, cool. My cool wife, you know...hehehehe" Adam tergelak lagi.
"Wow...ni yg unik nih. Bole lunch kat umah ko tak?" Hamdi seakan berminat.
"Hah? tak bley, tak bley..." Adam menahan senyum nya.
"Ohhh...saving ye! Selame ni ko nak simpan duit, kat umah aku le yg ko bertandang. Air tangan bini aku tu jugak yg ko telan. Bila dah cukup duit, ko kawin. Pastu ko menganak tirikan aku yg nak merase lunch kat umah ko. Takpe la Adam, aku paham..." Hamdi menarik muka. Adam pula tergelak sakan mendengar bebelan kawan rapatnya itu. Ini betul punye kecik hati nih.
"Eleh, ape yg ko paham?" Adam ingin meneruskan usikannya.
"Tak paham pun takpe. Buat-buat paham je udah la" Hamdi masih bermasam muka.
"Esok" Adam masih lagi tersengih melihat Hamdi.
"Ha?" Hamdi terkejut.
"Tak nak?"
"Nak..." Laju Hamdi menjawab.
"Tau ke nak ape tu?" Adam menduga.
"Entah..." Hamdi menjungkit bahu.
"Lunch la...lunch" Adam menggeleng kepala.
"Itu ler. Jauh sangat mengelamun. Kalau iye pun nak bawak diri tu, agak-agak ler skit...huhuhu" Adam menumbuk bahu Hamdi.
"Janji aaa...janji..." sinar bahagia menyelubungi mata Hamdi.
"Iye, bawak Shima sekali tau. Boleh diorang jadik geng nanti" Adam tersenyum.
[kat rumah]
Adam mengintai Zai di dapur. Hampir keseluruhan dapur diselongkar oleh Zai. Apa yg dicarinya...entah? Tapi nampak kemas aje dapur tu. So, boleh ke dikatakan Zai yg selongkar dapur? Atau dia kemas dapur tu? Ah, lantak la, asalkan tak mengundang marah Zai sudah la.
"Hai..." Adam bersuara sejak mengintai dari balik pintu.
"Erm..." Zai menoleh memandang Adam sedang tersenyum, lalu kembali menyambung kerjanya.
"Awak, tak payah la kerja berat sangat. Nanti awak penat..." Adam sudahpun duduk di kerusi makan.
"mmm..." Zai selamba. Macam la dia tak pernah kerja berat sebelum ni? Hei, ini anak Mak Mah tau. Semua kerja boleh buat! Sibuk aje dia ni. Pegi la mandi...
"nak tolong?" Adam malas-malas bangun.
"Takpe.." Zai masih lagi dengan kerjanya.
"Nanti tangan awak luka..." Adam menggaru kepala. Apa yg dia cakap nih? Dah tak ada modal ke?
Perlahan-lahan Zai menoleh menampakkan mukanya yg tak puas hati. Dah tak ada benda lain ke yg orang tua ni nak merepek? Eiii...naye aje karang...
"Ehe he..saya rasa nak mandi dulu lar...karang kite sambung borak lagi ye...bye!" tersekat-sekat Adam mencari alasan. Lalu bergegas menaiki anak tangga.
Zai merengus. Ape la dia tu. Kalau nak tolong, buat cara nak tolong.
"Awak..." Adam berbisik.
Zai bangun perlahan-lahan dan bercekak pinggang. Sudah naik lenguh dari tadi asyik bangun duduk, bangun duduk. Yg dia ni kenapa? Nak dera orang ke?
"Awak, jangan la marah saya. Saya nak minta maaf, ye..." Adam senyum dan terus hilang di mata Zai. Zai tercengang. Mana ada dia marah? Cuma...dingin. Tapi, kesian Adam. Lelaki sebaik dia tak sepatutnya bertemu jodoh dengan orang macam dia ni. Hai...bila la dia ni nak serik.
"Alaa..hai. Camne nak bagitau dia ni? Kalau nak kensel plan ngan Hamdi esok camne,ek.
ha? Gile ko, mau nye dia mengamok.
Tapi, ape aku nak cakap?
Ala, cakap je la kawan ko nak datang, abis citer.
Mmmphh...cakap senang la brother. kalau aku kene ketok ngan sendok kat dapur sok camne?
Eishh..takkan la Zai sanggup buat camtu. Dia tu nampak je dingin, tapi baik tau. Dari kecik ko membesar dengan dia kan?
Ye tak ye...Ah, tak kisah la. Ape nak jadik, jadik le. At least aku try!" Adam berperang dengan dirinya sendiri, cakap sorang-sorang cam orang dah tak senter. Cepat-cepat Adam menutup pintu berandanya dan mencapai kunci kereta. "Aku nekad, aku nekad, aku nekad" Adam berkobar-kobar.
"Erm, awak?" Adam berdiri di sebelah Zai yang sedang mengelap meja makan.
"mmm..." sepatah kata dari Zai. Maksudnya 'Apa?'. Adam aje yg paham bahasa ini.
"Saya nak gi market ni. Esok kawan saya nak datang" bulat anak mata Adam menanti jawapan dari Zai. Agak-agak dia nak capai periuk ke kuali tu ha? Alahai...
"Sekejap..." Zai membasuh tangannya dan berlalu menaiki tangga.
"Eh? Eh?" Zai meninggalkan Adam di dapur dengan seribu tanda tanya.
"Awak..." Adam terkedu.
"Eh? Entah-entah dia nak kemas kain baju dia tak? pastu suruh aku hantar kat umah dia malam ni jugak...mak, ape along nak jawab ni? alaaa..." Adam mundar-mandir di dapur mencari jalan untuk memujuk isterinya tak lari balik rumah mak mertua.
"Buat ape tu?" berkerut dahi Zai melihat Adam yang cemas tak memasal.
"Erk! Tak...Tak ada apa-apa" Adam memerhatikan sekeliling Zai. Takde beg pun. Tak nangis-nangis pun. eh, dia ni betul ke nak balik rumah mak ni?
"Okay, okay, kita bincang elok-elok..." Adam menarik nafas dalam² lalu duduk di kerusi makan.
"Bincang?" bertambah berkerut dahi Zai.
"Ha lar..." Adam mengangguk.
"tadi kata nak pergi market?"
"Aaa..kite nak pergi market la ni" Adam menggangguk kepalanya. Baru Adam tersedar.
"Hei..." Zai menggeleng kepala.
Adam bingkas bangun dan dengan selambanya meninggalkan Zai dibelakangnya.
"Ei...awak jangan dera saya lar..." terus hinggap satu cubitan di lengan Adam.
"Adeh! Maaf la. Kadang-kadang saya ni melalut skit" Adam tersenyum sambil mengusap-ngusap lengannya. Sakit...
Sejak masuk kereta tadi, tak pernah lekang senyuman Adam. Happy giler! Sebab tadi Zai cubit sampai sakit. Pastu Zai duduk kat sebelahnya dalam kereta. Yak yak yey...
"Awak nak masak ape esok?" Adam mula abersuara.
"Tak tau" jawab Zai perlahan.
"Takpe. Biar saya yg masak. Awak rehat la dulu, saya tau awak tak rasi lagi dengan tempat ni kan?" akhirnya Adam berkata-kata seperti orang dewasa. Kalau tidak, asyik nak berteka-teki dengan diri sendiri aje kerjanya.
"Maaf..." Zai terdiam mencari ayat untuk menyambung perbualan. Zai sedar yg dia sudah banyak menyusahkan Adam.
"Ala, takpe. Saya faham. Ambil masa sebanyak mana yg awak perlukan"
"Apenye?"
"Saya faham apa yg awak maksudkan tu" Adam memandang anak mata Zai dalam-dalam. Zai tunduk.
"Eh, ape kata kita pergi tengok wayang nak?" Adam berbisik.
"Malam-malam ni?" Zai mencari kepastian. Dah pukul 9:30 malam ni.
"Ha lar...nak tengok citer katun. Nak? Ala, nak la..." Adam memujuk Zai yg ragu-ragu. Ni dah melencong hala tuju ni. Tadi kata nak pergi market.
"Tak kisah la" Zai mengikut. Sejuk hati Adam. Memang baik asuhan Mak Mah. Adam menerima Zai menjadi isterinya dulu pun mengenangkan Mak Mah yg baik budi pekertinya. Kini, tak salah pilihannya.
"Dik, cerita Finding Nemo 2. Tiket belakang sekali tau" Adam melirik pandangan pada Zai yg asyik memandang sekelilingnya. Tak biasa dengan orang ramai agaknya. Di TGV KLCC ni mana pernah lengang?
"Eh, awak tengok couple tu. Macam suami isteri jek. Hehe" Adam memandang tajam pada sepasang kekasih yg berkepit rapat tanpa peduli orang disekelilingnya.
"Jangan nak ngada kacau bebudak tu..." Zai menarik lengan Adam dan cepat-cepat melepaskannya.
"Ye la. Ye la" Adam mengekori Zai yg sudah berjalan di hadapan.
"Awak nak makan dulu tak?" Adam memintas Zai.
"Makan ape?" Zai memandang sekelilingnya. Tak nampak satu gerai pun. Yg ada cuma kedai yg menjual pakaian berjenama. Wujud ke tempat makan dalam bangunan seperti ini?
"Jom la. Makan Burger King nak? Kat situ refill air free tau. Saya belanja.Hehe" adam tergelak kecil. Memang la dia belanja. Itu kan isterinya...
"Nak" Zai menggangguk.
Adam tersenyum lebar. Zai kata nak? Hahaha dia kata nak. First time la...
"Awak nak makan ape?" Adam menarik Zai ke sisinya.
"Awak tengok gambar ni puas-puas, pastu awak cakap nombor berapa tau."
"Semua boleh makan ke?" Zai curiga. Ini kan makanan orang putih?
"Ha'aa...ni kan tanda halal ni" Adam tersenyum.
"Ah, tak kisah la. Ape-ape aje la" Zai buntu. Dia mana pernah memesan makanan sebegitu? Nak bayangkan rasanya pun tak tahu.
"Okay. Dik, bagi apa-apa je dik. 2 set tau" Adam membuat pesanan.
"Eh? Jangan la macam tu bang. Cakap la nak set yg mana satu?" cashier muda itu tersenyum memerhatikan Adam.
"Tak kisah la dik. Adik suka makan set yg mana satu?" Adam merumitkan lagi keadaan.
"Hei, mana ada orang pesan macam tu?" Zai mula bersuara. Tak sangka yg Adam ni suka menyakat. Sampaikan adik yg tak bersalah tu pun disakatnya.
"Hehehe...saya pun tak tau nak makan ape la" Adam tersengih.
"mmmph..." Zai menarik muka. Bermaksud 'sukati awak la'.
Dalam panggung...
Sejak tadi anak mata Adam tidak lepas dari memandang Zai mengekorinya dari belakang. Risau kalau-kalau tersesat dalam panggung tu. Dah la besar, ramai orang pulak tu. Kang kene ngorat pulak sape susah? hehe...
Zai jalan tunduk ke bawah. Mata-mata yg galak memandang susuk tubuhnya itu terlalu liar. Banyak pulak tu. Perasaannya ketika ini sama saja ketika berjalan pulang seorang diri dari mengaji dan melalui jalan kampung yg tidak berlampu tu. Ei, seram...patut la mak kata wayang ni masjid setan.
"Hai" tiba-tiba Zai ditegur oleh seorang lelaki yg datang dari arah hadapannya. Cepat-cepat Zai berlari mendapatkan Adam dan berjalan berdampingan dengannya. Adam tersenyum. Takut juga dia ni ye. Eh, silap. Sayang jugak dia ni kat aku ye. Hehehe...perasan la aku! Ceh!
"Sejuk tak?" Adam memandang Zai yg memeluk tubuh disebelahnya.
"Tak" mata Zai masih tidak berganjak dari memandang tayangan di hadapan.
"Nah..." Adam membuka baju sejuknya.
Zai menggeleng. Adam menggangguk. Zai menggeleng lagi.
"Eii...ambik je la. Sejuk ni..." Adam memandang serius wajah Zai.
"erm..." Zai mengangguk. Bermaksud 'terima kasih'.
"ermmm.." Adam tersenyum. Bermaksud 'sama-sama'.
Leka juga Zai menonton cerita kartun ni. Sampai tak sedar yg dari tadi Adam asyik memerhatikannya. Bila agaknya Zai nak gelak ye? Macam mana rupanya kalau Zai tersenyum? Ketawa? Lambat lagi ke. Adam masih menunggu. Niatnya membawa Zai menonton kartun ni bukannya sebab apa. Trick aje ni. Sebenarnya dia nak lihat Zai senyum ketawa. Tapi nape tak gelak jugak ni? Tak kelakar ke?
Adam memandang Zai yg terlena disebelahnya. Sebaik saja memasuki kereta Zai terus lentok. Penat la tu. Hmmm...tak pegi market. Ala Hamdi, sorry le bebanyak. Ko makan aje la ape yg ade dalam peti ais aku esok.
Zai masih lagi terlena ketika kereta memasuki anjung rumah. Mungkin Zai ni mudah terlena bila kena air cond tak? Okay, esok gak aku pasang air cond dalam bilik. Huhuhu...
"Eh..." Zai tersedar. Jam menunjukkan tepat pukul 12:30 malam. Zai mengesat-ngesat matanya.
"Nak saya papah tak?" Adam mula menggatal mencari nahas.
Tajam anak mata Zai memandang Adam.
"Err...saya gi kunci pintu pagar" pantas Adam keluar dari kereta dan mendapatkan pagar-pagarnya. Nasib baik ko ade pagar. Kau la penyelamat aku malam ni. Aku bukan takut bini la, encik pagar. Aku cuma tak nak bagi dia marah je. Tu je. Lagipun, dia sepatutnya hidup aman damai sekarang tau.
"ehem..." Zai berdehem dari pintu rumah. Maksudnya 'dah tak nak masuk rumah ke?'
"Eh, kejap...kejap" Adam bergegas memasuki rumah.
[esoknye]
Adam balik cepat dari office hari ni, nak masak skit. Masak kuey tiaw goreng aje. Teringat pulak masa kecik-kecik dulu meniaga dengan mak. Pagi-pagi lagi dah bukak gerai kat tepi pekan. So, kalau setakat nak rush masak kuew tiaw goreng, nasik lemak, mee hoon goreng, tak ada masalah punye.
"Assalamualaikum..." Adam memberi salam perlahan semasa memasuki ruang tamu. Lalu terus menuju ke dapur.
"Hai..." Adam menyapa Zai yg sedang memotong bawang. Eh, bawang putih, bawang merah, halia, kunyit, dan sawi pun ade kat atas meja.
Zai memandang tajam pada Adam yg tercegat di tepi pintu.
"Eh, saya dah bagi salam la tadi" Adam seakan-akan faham apa yg difikirkan isterinya itu."Tapi perlahan la..." Adam tersenyum.
"mmmph..." Zai meneruskan kerjanya. Adam faham-faham aje ape yg patut dia buat.
Tak lama selepas itu...
"Assalamualaikum..." Hamdi mengetuk pagar rumah Adam.
"Abang jangan main-main. Betul ke Adam dah kahwin?" Shima masih ragu-ragu.
"Abang jangan pakat dengan Adam lagi nak kenekan Ema ye?" Ema memberi amaran. Sudah tak larat lagi nak melayan mereka berdua nih. Suka mengenakan orang aje kejenye.
"Ishh..tak la. Mane ade nak kenekan Ema. Sebenarnya, abang pun tak tau betui ke idak si Adam tu dah kawin ke belum. Kalau iye, iye la. Kalau tak, terkene la kite berdua hari ni. Hehe..." Hamdi menggenggam tangan Shima. Ema jangan risau, abang di pihak Ema hari ni. =)
"Ha, dah sampai?" Adam muncul berseluar jeans, dan berkemeja-T.
"Ala, dia ni lagi. Aku bukan nak jumpe ko. Datang ni pun nak tengok bini ko tau. Mane? Mane?" Hamdi menjengahkan kepalanya.
"Abang..." Shima menggeleng kepala melihat dua sahabat tu yg henti-henti bergurau.
"Ade kat dalam..." Adam berbisik pada Shima. Hamdi perhatikan aje Adam dan Shima. Ni yg tak puas hati ni.
"Dia cakap ape Yang?" Hamdi mencuit bahu Shima.
"Hehehe...ade kat dalam, la..." Shima berbisik pada Hamdi.
"Ooo..." Hamdi mengekori mereka berdua melangkah masuk ruang tamu.
"Duduk ler. Jangan pegi mana-mana tau." Adam berlalu menuju ke dapur.
"Ala, dia suruh kita duduk pulak la,Yang. Nape tak terus tunjuk? Hehe" hamdi menahan ketawanya.
"Hei abang ni. Ni nak datang melawat ke nak gatai tengok bini orang?" Shima merangkul tangan Hamdi.
"Bukan pe,Yang. Abang cam tak percaya je ngan Adam tu. Dia tu kan selalu buat lawak yg orang lain tak pernah fikir. Kan?" Hamdi menyuarakan pendapatnya. Ada bernasnya pendapat tu, Shima pun sedia maklum dengan perangai Adam tu.
"Weh, meh jemput makan" kelihatan Adam menghidangkan sesuatu atas meja makan. Disebelahnya kelihatan seorang wanita yg kemas berbaju kurung dan bertudung.
"ha, tu dia lawak Adam hari ni" Shima menarik lengan Hamdi menghampiri meja makan. "Cantik nye lawak dia kan?" Shima mengusik Hamdi yg terdiam sejak melihat Zai tadi.
"Betul ke awak ni isteri Adam?" tanpa disedari Hamdi bertanya soalan yg sering bermain dalam fikirannya.
Zai memandang Hamdi dengan satu pandangan kosong. Tidak berkata apa, terus menuju ke dapur.
"Abang..." Shima mengetap bibir pada Hamdi. Dan mengekori Zai ke dapur.
"Eh, Adam. Dia nangis ke? Weh, sorry la. Aku tak maksudkan apa-apa pun..." Hamdi mula rasa bersalah.
"Entah la, Di. Aku rasa dia OK. Cuma malas nak layan ko. Hehe" Adam menyusun cawan di atas meja.
Di dapur...
"Maaf ye. Suami saya tu memang macam tu. Kadang-kadang saya ni pun disakatnya. Awak tak ambil hati, kan?" Shima menolong Zai mengelap pinggan.
"Saya tak ambil hati pun." Zai menggeleng kepala.
"Alhamdulillah. Nama saya Shima. Diorang panggil saya Ema. Awak?" Shima menghulurkan tangan.
"Zulaikha. Mak panggil Zai." Zai bersalaman.
"Ema rasa, kan. Zai pun mesti kene sakat dengan Adam tu kan?" Shima berbisik.
"Mmm...ade la jugak. Dia memang macam tu ke?"
"Ha'aa. Same macam lagi sorang kat luar tu. Tapi, Adam lagi nakal. Hehe"
"Ema macam dah lama kenal Adam aje"
"Ade la dalam tiga empat tahun ni. Masa kat university dulu satu course"
"Owh..suami Ema?"
"Hamdi? Adam yg kenalkan. Macam-macam Adam buat supaya kitorang jumpa. Eii...taknak ingat, nakal tau dia tu" Shima tergelak kecil.
"Ema..." Zai memandang Shima.
"Adam ada perempuan lain tak?" Zai menguatkan dirinya untuk bertanya. Sejak berkahwin dulu dia tertanya-tanya tentang diri Adam. Yang Zai tahu, mak adam Makcik Salwa, ayah Adam Pakcik Said. Adik nya Amir dan Sarah. Itu aje. Masa kecil dulu selalu la jugak main tepi bendang sama-sama. Tapi sejak Adam masuk sekolah asrama, tak pernah jumpa lagi.
"Tak. Saya berani kata dia tak ada perempuan lain..." jawab Shima dengan tenang. Macam mana Adam boleh ada girlfriend? Selama ini pun keluar berjalan dengannya dan Hamdi. Mereka bertiga aje.
"Dulu?" Zai bertanya lagi.
"Ha, dulu ade. tapi tu dua tiga tahun lepas" Shima senyum.
"Nama dia Lela." Shima menambah.
"Nape tak tanya Adam sendiri?" Shima pula bertanya.
Zai menggeleng. "Saya...saya..." Zai terkedu.
"Tak apa la. Tak salah kalau Zai nak tahu. Kan?" Shima memegang bahu Zai dan menghadiahkan senyuman.
Zai menggangguk.
"Jom..." Shima sudahpun mengangkat pinggan dan beriringan menuju ke meja makan.
"Maaf ye" Hamdi menghadiahkan senyuman.
"Tak apa" Zai mengangguk.
"Ema kerja apa?" Zai berbisik pada Shima yg duduk ditepinya.
"Cikgu" laju aje Adam menjawab soalan yg tak ditujukan padanya itu. Sibuk aje.
"Kaunselor..." Hamdi memotong cakap Adam.
"Cikgu kaunseling la" Ema tersenyum melihat gelagat Hamdi dan Adam setiap kali bertengkar tentang profesion nya itu.
"Tapi itu kan cikgu namanya" Adam tak berpuas hati dengan Hamdi.
"Aii...sudah la tu. tak kisah la Ema keje ape. Zai keje ape?" Shima tersenyum lagi.
"Tak tahu" zai menggeleng.
"Sebelum ni ajar mengaji kat surau" pintas Adam. Zai menjeling pada Adam.
"Ha, bagus la tu" Shima mengangguk.
"Hei, mana ada orang kata AJAR MENGAJI? Orang kata ajar baca Quran la" Hamdi sengaja mencari salah Adam. Memang macam ni la selalunya. Loyaq buruk.
"Zai jangan layan diorang tu. Ha, nak jadi ustazah tak?" Shima berbual dengan Zai perlahan, membiarkan Adam dan Hamdi.
"Ha? Boleh ke? Saya ni lulus SRP je " Zai mencari kepastian.
"Boleh ape. Tapi kene ambik kursus mengajar dulu la. tak lama, dalam 3 bulan aje. Nak tak? Nanti Ema tanyakan pada pengetua, ye?" Shima memberikan harapan.
Zai sekadar mengangguk.
"Terima kasih sudi datang. bila-bila jemput la datang lagi" Adam menghantar Shima dan Hamdi hingga ke kereta mereka.
"Nah. kalau nak borak-borak boleh call Ema" Hamdi menghulurkan kad Ema pada Zai.
"Terima kasih" Zai memandang Shima. Satu-satunya kawan disini.
Trit trit(konon² bunyi hendset)...
"Hantar sekarang boleh tak? Saya tengah free ni" terdengar perbualan Adam.
"Ok. Kami balik dulu. Senang-senang nanti Zai kena datang rumah Ema pulak tau" Shima melambai Zai.
Tak lama selepas itu...
Sebuah lori sederhana besar berhenti betul-betul di hadapan rumah mereka.
"Ha, dah sampai" Adam tersenyum memandang Zai.
"Ha?" Zai tak mengerti.
"Air cond. Yg macam dalam kereta tu..." Adam menuding keretanya.
"ha??" Zai bertambah bingung. Apa ni? Tak faham betul la dengan orang tua nih.
"Hehe..tak ada apa-apa la. jom masuk" Adam tersengih.
[seminggu kemudian]
"Hello. Assalamualaikum" Zai teragak-agak mengangkat telefon.
"Wa'alaikumsalam. Ini Ema la. Ingat lagi tak?" ceria Shima.
"Ema..." Zai lega. Selalunya Adam yg telefon rumah ni. Itupun waktu tengah hari aje. Tapi tak ada la awal pagi macam ni.
"Ni nak bagitau Zai. Tadi Ema ada tanya pengetua pasal kursus mengajar. Minggu depan tau. Petang karang Ema datang rumah hantar borang, ye"
"Terima kasih Ema. Datang la awal sikit, bole borak-borak"
"OK. Tak ada masalah. Jumpe nanti ye."
"mmm..." Zai mengangguk. Ada juga teman berborak petang ni. Sejak berkenalan minggu lepas jika ada kelapangan, Shima akan datang melawat Zai di rumah. Temankan berbual. Di sekitar rumah itu bukannya ada sesiapa pun. Nak harapkan jiran cina yg sombong tu? Bila berselisih senyum pun tak mahu.

malam itu...
Zai sengaja letak borang di atas meja di ruang tamu. Mudah-mudahan Adam akan bertanya padanya nanti.
"Assalamualaikum?" seperti biasa Adam muncul tiba-tiba di pintu dapur.
"wa'alaikumsalam" jawab Zai perlahan.
"Nak saya temankan balik kampung ke? Ambil sijil awak" Adam melabuhkan punggungnya di kerusi makan.
Zai angguk.
"Esok gak saya ambik cuti. Boleh jenguk mak. Dah lama tak balik, kan?" Ada mencapai segelas air yg duhulurkan Zai.
"erm..." Macam la lame sangat tak balik kampung tu. Tau la dia tu anak mak.
[esok]
"Assalamualaikum..." Adam memberikan salam. Keadaan semakin gelap ketika mereka sampai.
"Wa'alaikumsalam" Siti membuka pintu rumah.
"Mak! Kaklong ngan Along dah balik!" Siti separuh menjerit memanggil emaknya di belakang rumah.
"Ha, masuk la. Takkan nak bagi salam aje kat luar tu" Siti berlari mendapatkan kakaknya.
"Akak dah makan?" Siti berpimpin tangan dengan Zai menaiki anak tangga.
"Dah, singgah kat gerai tadi" Zai mencubit pipi adiknya itu.
"Siti dah habis SPM kan?" Adam cuba masuk kedalam perbualan adik-beradik tu.
"Belum la. Esok, petang esok baru habis. nape? Nak bagi soalan bocor ke?" Siti berseloroh. Tak macam kakaknya, nak senyum pun tak mahu.
"hehe..tak la. Along nak ajak kamu tinggal kat KL sekejap. Temankan kaklong kamu tu. Nanti kita boleh gi jalan-jalan. Nak?" Adam tersenyum.
Siti memandang Zai yg mengangguk perlahan disebelahnya.
"Ajak Sarah sekali boleh tak?" Siti tersenyum.
"Dah bercadang pun" Adam mengangguk.
"Yes! Nak gi nak train!" Siti separuh melompat.
"Jemput minum air ni Adam" Mak Mah muncul dengan sedulang air teh.
"Eh, susah susah aje mak ni. Patutnya saya yg buatkan air untuk mak" Adam membantu Mak Mah menghidangkan air.
"Patutnya ini kerja anak dara ni" lalu mencubit peha Siti.
"Yang terjerit-jerit ni kenapa?" Mak Mah mencubit lagi, geram dengan telatah Siti yg hyper aktif tu.
"Adei...adeh...mak. Peritnye..." siti mengaduh meminta simpati Adam dan Zai menyebelahinya.
"Ha, jangan tengok along. Along tak campur" Adam menahan ketawa.
"Mak, Siti nak gi umah Along la camni.." Siti pura-pura merajuk. Padahal dia ni tak boleh tinggalkan mak lama-lama. Mula la tak tentu hala.
"Merajuk ke?" Zai membelai rambut Siti.
"Tak la. Kan Along yg ajak tadi. La, jangan kata tak jadik pulak, ha. Nanti Siti merajuk betul-betul..." Siti memberi amaran.
"Ai..mesti la jadi. Siti nak naik train sampai lebam pun takpe" Adam kenyit mata.
"Adam, Zai ni macam mana? Baik ke perangainya?" Halimah mula bertanya hal yg meresahkannya sejak Zai menetap di KL.
"Jangan selindung dengan mak. Kalau ada yg tak puas hati beritahu, ya" Halimah memandang Zai yg sedang tunduk.
"Mak, Zai baik la. Makan minum saya terjaga. Pandai ambil hati, senangkan hati saya. Mak jangan la risau" Adam duduk merapati Zai.
"Zai ada melawan tak?" Halimah curiga dengan anaknya itu. Rasanya macam ada sesuatu yg terlindung.
"Tak, tak pernah. Kalau ada apa-apa kami bincang. Kan Iqa?" Adam senyum.
"Kaklong, Along panggil nama manja kaklong kat rumah ke? Hehe...best nye" Siti berbisik.
"Siti, apa yg disibukkan hal along kamu tu, ha? Dah gatal sangat?" satu cubitan hinggap di peha Siti. Kali ni kedua belah pehanya perit.
"Aduh, mak. Ampun...tak, tak mau..." mata Siti sudah berkaca. Perit la tu.
"Mak, saya nak minta diri dulu. Nak jumpa mak" Adam meghabiskan airnya.
"ha, elok la tu. Dia pun risaukan kamu berdua" Halimah senyum puas.
"Minta diri, ya" Adam salam dan cium tangan Halimah.
"Zai, apa yg kamu tunggu lagi tu? Cepat..." Halimah memandang tajam.
Cepat-cepat Zai mencapai beg tangannya dan bersalaman dengan Halimah.
Adam memerhatikan sekeliling rumahnya. Kereta berhenti di depan rumah.
"Awak, apa kata kita berpecah? Awak cari lalu ikut pintu depan, saya ikut pintu belakang? Ok, gerak sekarang..." Adam tersenyum menyakat dan cepat-cepat menuju ke belakang rumah.
Zai tersenyum melihat telatah anak mak yg dah dua tiga minggu tak jumpa mak dia. Eh, nasib baik Adam tak nampak. Zai melangkah menuju ke pintu depan. Dalam fikirannya masih terbayang lagi ketika Adam memujinya di depan ibunya sendiri. Tapi setakat ini apa lah sangat yg dibuatnya utk Adam?
"Assalamualaikum, cik Salwa..." Adam berbisik di pintu dapur belakang rumahnya.
Dengan pantas Salwa menoleh dan ketawa. Mana ada orang lain lagi yg memanggilnya cik Salwa?
"Wa'alaikumsalam" Salwa menggeleng kepala. Anak bertuah ni dah balik lagi. Tak pernah yg lama kat bandar tu.
"Mak..." Adam memeluk ibunya.
"Iye, anak mak? Ni nampak dek bini kamu mau jeles ni" Salwa ketawa kecil.
"Ala, dia tak kisah.." Adam senyum. Gembira rasanya dapat pulang ke pangkuan mak.
Ketika lahir aku menangis
dan orang disekelilingku tersenyum gembira.
Mak sahaja yg turut meratap menangis,
merangkul aku sambil menatap wajah pucat ini.
Aku terasa selamat, sungguh...
Dan kini aku kembali ke pangkuannya.
Peluklah daku...
"Along, nape tinggalkan Kaklong kat luar?" Amir muncul sambil tersenyum.
"Adam? Kenapa buat macam tu? Dah, pergi panggil menantu mak. Nak ajak dia minum sama-sama" lembut tutur kata Salwa.
"Ala, baru nak..."
"Pergi la" Salwa pujuk lagi.
"Mak tau yg anak mak ni sayangkan mak. Tapi dari dulu lagi mak dah pesan. Satu hari, kalau Adam beristeri, dialah bakal ibu satu hari nanti. Dia akan pegang gelaran 'emak' pula. Ingat, kan?" Salwa mengusap lembut pipi Adam.
"Tapi Adam sayangkan mak" Adam sudahpun sebak.
"Kalau macam tu, sayangkan emak itu juga. Boleh? Bab sayang ni jangan dibuat main" perlahan-lahan Salwa meleraikan genggaman Adam.
"Ya, mak. Adam ingat pesan mak" Adam cuba untuk senyum.
"Assalamualaikum, mak" Zai sudah muncul di dapur.
"Wa'alaikum salam" Salwa bersalaman dengan Zai lalu mencium dahinya.
"Mak, mak masak pe?" Adam menjengahkan kepalanya ke kuali.
"Cekodok. Meh duduk sini" Salwa menarik lengan Zai dengan lembut untuk duduk disisinya.
"Mak sihat ke?" Zai menuangkan air untuk mak mertuanya.
"Alhamdulillah..." Salwa tersenyum melihat Adam dan Zai balik melawatnya. Terubat rindu di hati. Emak mana yg tak gembira melihat kehidupan anaknya dalam bahagia? Itu kan yg diperjuangkan untuk anak-anaknya selama ini?
"Ada tak Adam buat apa-apa pada kamu? Cakap je, tau la mak ajar dia tu" Salwa menjeling pada Adam. Bukan dia tak percayakan Adam, tapi hendakkan kepastian.
"Tak. Dia baik. Mak jangan la marah dia" Zai meminta simpati.
"Bukan mak bermaksud nak campur urusan kamu berdua, tapi mak ambil berat aje. Maaf ya, Zai" Salwa mencapai tangan Zai.
"Tak. Tak. Tak. Zai tak kisah" cepat-cepat Zai menggeleng.
"Mak, orang angkat cekodok ni ye. Dah kuning lar.." Adam yg sedang sibuk menggoreng itu buat-buat tak dengar perbualan Zai dan emaknya.
"Ha, sudah la tu Adam. Meh duduk sini. Biar Sarah yg sambung karang" Salwa menuangkan air kosong untuk Adam.
"Adam tak minum teh, tau" Salwa sempat berpesan pada Zai.
"Dah nak balik ke? Kenapa tak tidur semalam dua kat sini?" Halimah memandang Zai dan Adam dengan sayu. Baru dapat jumpa sekejap, dah nak balik.
"Esok kerja, mak. Lagipun saya nak daftarkan Zai esok. Kalau ada rezeki, boleh jadi ustazah nanti" Adam senyum, memujuk Halimah.
"Iyelah. Jaga diri baik-baik" Halimah yg masih rindu itu seakan tidak mahu melepaskan anak-anaknya itu.
"Minta diri dulu ya, mak" Zai melambai sayu.
"Siti jangan lupa telefon Along bila sampai KL nanti tau" Adam sempat berpesan pada Siti yg senyap sejak tadi. Sedih nak berpisah dengan kakaknya la tu. Esok nak berpisah dengan maknya macam mana la pulak.
"Sarah kan tau rumah Along" Siti mendekati Adam yg sudahpun berada dalam kereta.
"Ah, tak mau la naik teksi. Esok Along jemput, boleh naik train. Amacam, OK tak?" Adam menghulurkan sekeping not 50 pada Siti sorok-sorok. Masa bersalaman dengan Halimah tadi sempat juga dia hulurkan 100. Puas berperang, baru la diterimanya.
"Eh, tak nak la" Siti menggeleng sambil berbisik. Tak mahu menerima not sebanyak itu.
"Ambik la Siti. Tak yah la sopan-santun sangat. Ni Along la. Balun je. Hehe.." Adam kenyit mata.
"Ha, ajar la adik saya tu balun-balun.." Zai menjeling, tapi cover-cover.
"Awak jangan sakat saya, nanti saya jerit. Mak ada tu" Adam sempat buat lawak bodo semasa riverse kereta.
"Sape yg selalu sakat sape?" Zai mengetap bibir.
"Baik awak senyum, kalau tak, mak nampak. Kantoi la awak. Huhu.." Adam senyum menyakat.
"Mmmphh..." Zai berpaling. Maksudnya 'malas layan awak'. Adam je yg paham.
"Hehe.." Adam tak habis gelak lagi. Adam gembira bersyukur. Zai dah boleh bercakap lebih dari 5 perkataan dengannya sekarang. Berbanding dulu satu perkataan jek.
[esok]
Adam memerhatikan Siti dan Sarah yg duduk di belakang kereta. Seronok benar diorang perhatikan persekitaran KL ni. Waktu malam begini memang la nampak cantik.
"Nak singgah mana-mana tak" Adam berpaling dan senyum.
"Ha? Singgah mana? Mana la orang tau, Along. Ni bukan tempat orang la" Siti mencebik. Sarah sekadar senyum.
"Yela. Nak makan-makan ke, nak jalan-jalan ke" Adam memberi cadangan.
"Entah la Along. Sarah nak terus gi umah along jek. Makan kat rumah je la, kan Siti?" Sarah mencuit Siti supaya mengangguk sama.
"Ha'aa. Mak pesan tak baik la perempuan merayau malam-malam. Ni kan pulak kat KL. Takut la" sokong Siti.
"OK. Kalau macam tu kita pergi market jap, beli barang nak masak. Pastu balik rumah. Puas hati tak ni?" Adam senyum.
"Ha, Along. Orang nak coklat besar" Siti sudahpun tidak tentu hala setelah terdengar Adam menyebut market.
"Sarah nak aiskrim..." Sarah pun turut eksaited.
"Eii..perempuan.." Adam mengomel.
Adam memerhatikan Zai yg sejak tadi membisu. Mukanya agak pucat.
"Awak? OK tak?" Adam berbisik pada Zai.
Zai menggeleng. Ahh...sudah. Apa yg dah jadik ni.
Sebaik saja sampai di rumah, Zai bergegas masuk ke bilik. Mujur la Siti dan Sarah tak perasan sangat keadaan dirinya itu. Mana tak nya, dah di rasuah dek Adam dengan coklat dan aiskrim.
"Siti, Sarah. Jangan lupa telefon mak karang tau. Risau pulak diorang kang" pesan Adam sebelum menaiki tangga.
"Awak?" Adam mengetuk pintu bilik. Tidak berjawab. Adam menguak pintu dan terlihat Zai sedang menekan perutnya, seperti menahan sesuatu.
"Awak period ke? Jap saya ambilkan tisu" Adam berpaling dan tiba-tiba Siti terpaku memandang mereka.
"Kaklong period?" Siti seakan terkejut mendengar perbualan yg tak sengaja didengarinya itu.
"Ala, biasa le tu Siti. Perempuan, kan?" Adam mengalihkan pandangannya pada Zai. Muka Zai pucat.
"Saya gi ambik menda tu jap ye" Adam berlalu.
Siti memasuki bilik dan menutup pintu rapat-rapat.
"Along tak sentuh Kaklong lagi ye?" Siti duduk disebelah Zai.
Zai diam.
"Nasib baik Kaklong. Kalau Kaklong kat kampung, nak jawab apa kat mak?" Siti menggeleng. Walaupun ini bukan urusannya, tetapi Siti seakan tidak percaya yg Zai masih keras hati. Ingatkan dah semakin OK.
"akak...akak..." Zai tak terkata sambil menahan kesakitan.
"Dah la tu kaklong. Sampai bila nak simpan dendam macam ni? Tak rasa sakit ke, ha? Apa, Along tu tak baik ke?" Siti menggenggam tangan Zai.
"Kaklong tau tak, dalam bas tadi, ada orang mengurat Siti dengan Sarah. Tapi kami tak layan, sebab kami ni kecik lagi. Tapi kami berharap satu je. Harap-harap bila besar nanti dapat orang macam Along" Siti memandang Zai yg tunduk sepi itu.
"Apa salah Along pada Kaklong? Sebab dia anak mak? Memang dia nampak sayangkan makcik Salwa lebih dari Kaklong, tapi dia juga sayangkan Along tau tak? Itu mak dia, ini isterinya.." Siti sudah tidak dapat menahan air matanya.
"Siti betul-betul berharap, satu hari nanti. Allah akan uji Kaklong. Biar Kaklong sedar, yg tempat Kaklong adalah disisi Along.." perlahan-lahan Siti bangun meninggalkan Zai yg masih duduk diam.
"Awak, ni tisu" Adam muncul dengan senyuman.
"Terima kasih" Zai mencuri pandang wajah Adam.
"Ye?" Adam perasan.
"Tak..tak de pape" Zai bangun dan menuju ke bilik air.
"Nak saya papah ke?" Adam menghulurkan tangannya.
Zai menggeleng.
"Jalan elok-elok, nanti jatuh nak tanak saya terpaksa papahkan. Take care, OK" Adam masih lagi memerhatikan Zai.
Sebelum Zai menutup rapat pintu bilik air, sempat Zai mencuri pandang pada Adam. Adam tersenyum setelah menyedari Zai memandangnya.
Zai bersandar pada dinding dan melepaskan keluhan panjang.
"Hei, korang. Bawang dah potong ke belum? ni dah nak tumis ni. Cepat la, cepat la" suasana agak bising di dapur dengan hilaian tawa Sarah, Siti dan Adam. Kelihatan Sarah sedang memegang sudip manakala Siti dan Adam sedang tergesa-gesa memotong bawang, cili, daging dan sayur di atas meja.
"Ala, Sara ni nape awal sangat panaskan minyak tu.." Siti berlari anak membawa bawang.
"Hei, korang jangan lupa halia ni.." Adam berlari mendapatkan Sarah.
Bergamit bunyi bawang ditumis. Mereka pula tergelak-gelak bila percikan minyak mengenai mereka.
"Adeh, adeh.." Sarah mengaduh sambil ketawa melihat Siti mengusap-ngusap tangannya.
"Ei, jangan gelak je tau. Ni, masuk daging pulak" Adam menghulurkan daging pada Siti. Sebaik saja daging dimasukkan, bau harum menyelubungi dapur.
"Wahh..." mereka bertiga terpaku seketika dengan bau itu.
"Eh, cepat masuk telur pulak..." Sarah mematikan lamunan.
Dari tadi Zai memerhatikan gelagat mereka bertiga dari pintu dapur. Walaupun hanya memasak mee goreng, tetapi keadaannya seperti mahu berperang.
"Udang ada tak Along?" Sarah menyerahkan sudip pada Siti dan menyelongkar peti ais.
"Ada kat belah atas tu. Meh sini Along basuhkan dulu" Adam mendapatkan Sarah.
"Along, along. Carrot ade tak?" Siti menjerit meminta carrot.
"ha, ade ni. Jap Along potongkan" Adam bergegas ke sinki mendapatkan pisau.
"haha..banyak nye rencah mee ni. Along nak letak pe lak ha?" Adam memerhatikan Siti menggaul mee.
"Along nak letak pe plak ni?" Sarah turut memerhatikan mee digaul.
"Along nak letak cendawan masin bole? jap Along ambilkan"
"Ha? Cendawan masin?. Tanak..tanak" Sarah dan Siti menggeleng membantah.
"Ala, korang boleh.." Adam tergelak kecil melihatkan wajah protes mereka.
"Ala, Along saje ngade nak sabotaj mee kitorang. Tak boleh, tak boleh" Sarah bergegas mendapatkan Adam dan menyimpan kembali cendawan masin.
"Siti, cepat angkat mee.." Sarah tergelak.
Adam tergelak melihat Sarah dan Siti berusaha menyelamatkan mee goreng yg penuh dengan rencah tu.
Selesai memasak, Zai membantu mereka mengemas dapur. Zai menggeleng melihatkan dapur berselerak. Kalau kat rumah, tau la apa jadi kat diorang ni.
"Along baca doa makan" Sarah sudahpun menadah tangan.
"Ala, Sarah la yg baca. Kat rumah asyik Along aje" Adam mengada-ngada tak mau baca doa makan. Ape hanginnye malam ni tah.
"Along sorang je lelaki kat sini. Ketua keluarga pulak tu. eii tak malu tanak baca doa makan" Siti menyampuk.
"Hehe..memang Along tak malu malam ni. Siti la baca." Adam menahan ketawa.
"Tengok la Along kite tu Siti. Malu la orang jadi adik dia..." Sarah mengadu pada Siti yg sedang tergelak.
"Tahpe hape betul Along ni. Tengok, adik orang dah kecik hati. Along kene denda basuh pinggan karang. hehe" Siti mengusap-ngusap rambut Sarah. Sarah memang manja dengan Siti yg setahun lebih tua darinya tu.
"Jangan main-main masa makan" Zai bersuara.
Terus jadi senyap sunyi rumah tu. Tetapi Sarah, Siti dan Adam masih menahan ketawa.
"Jangan takut Sarah, kita ada Along" Siti berbisik pada Sarah. Diorang tak tau ke yg Along diorang ni pun turut kecut perut melihat Kaklong ni marah?
Sudah seminggu Siti dan Sarah berada di KL. Perasaan rindukan mak semakin menebal di hati mereka. Dan esok Adam sudah berjanji untuk menghantar mereka pulang ke kampung.
"Siti, nape ngan along-along kita tu?" Sarah bertanya semasa melipat baju.
"tah, diorang tu perlukan masa kot" Siti menyedapkan hati Sarah. Seminggu mereka disini, sudah dapat rasakan yg Zai dan Adam menyembunyikan sesuatu. Walaupun tak ketara, sudah dapat agak. Zai yg bercakap bila perlu tu nampak janggal bersama dengan Adam yg suka mengusik.
"Sarah sendiri tahu,kan. Dulu Kaklong tak macam tu" Siti menepuk-nepuk bantal.
"Tapi Sarah tak sedap hati la nak tinggalkan rumah ni" Sarah termenung.
"Tak ada apa yg boleh kita buat, Sarah. Kita kena balik rumah jugak. Tempat kita bukan kat sini" Siti memujuk.
"Ha, tu la...tak apa la Siti. Eh, apa kata kita buat sembahyang hajat?" mata Sarah bulat.
"ha'aa kan?" Siti bergegas mengambil wuduk.
[2 bulan kemudian]
"Assalamualaikum...assalamualaikum" terdengar suara perempuan sedang memberi salam dari luar. Zai dan Shima yg sedang minum kopi mengintai dari jendela.
"Wa'alaikumsalam. Cik cari siapa?" Zai mendekati pagar yg tertutup.
"Maaf mengganggu ya. Saya nak cari encik Adam" perempuan itu senyum. Manis wajahnya.
"Ya, ini rumah encik Adam. Tapi dia belum balik lagi" Zai merenung perempuan itu. Nyata zai tidak pernah mengenalinya.
"Oh, ye ke. Saya ni kawan lama dia. Tak apa kalau macam tu" perempuan itu menghulurkan tangan untuk bersalaman.
"Lela!" Shima separuh menjerit dari pintu rumah.
"Ema?" perempuan itu tersenyum lebar.
Zai terkejut mendengar nama 'Lela' disebut. Tersentap hatinya.
"Zai, ini Zalela. Kawan satu universiti dulu" Shima memperkenalkan.
"Bila sampai?" Shima pula bersalaman.
"Dah sebulan la" Zalela tersenyum.
"Jemput masuk..." Zai membuka pagar.
"Ini Zulaikha" Shima sudah mula serba salah.
"hai..." Zalela salam sekali lagi dengan Zai penuh ceria.
"Isteri Adam" sambung Shima.
Ketika itu Zai dapat rasakan Zalela tersentap. Cepat-cepat Zalela melepaskan tangannya. Zalela merenung Zai dalam-dalam. Macam tak percaya, Adam yg cukup dikenalinya selama ini sudah kahwin? Nak ada girlfriend pun punya payah!
"Lawa orangnya.." sepatah perkataan yg keluar dari mulut Zalela.
"Jemput la masuk. Boleh minum sama-sama" Zai cuba untuk bertenang.
Malam itu Zai termenung di beranda. Zai sedang berperang dengan perasaannya sendiri. Perlukah dia mengalah demi kebahagiaan Adam dan Lela? Setahunya Lela baru pulang dari Edinburg setelah menamatkan pengajiannya. Lepas tu terus cari Adam, sebulan lepas tu baru jumpa. Agaknya cinta Zalela begitu mendalam, tidak sepertinya. Zai membayangkan wajah Adam dan Zalela. Sesuai, secocok. Agaknya, sudah tiba masanya untuk Zai berundur.
Lagipun, dia dan Adam tidak melakukan apa-apa pun. Jika Zai berterus-terang dengan Zalela sudah tentu Zalela akan faham. Akhirnya, Adam akan hidup bahagia jua. dan Zai, dia akan kembali ke pangkuan ibu dan adiknya di kampung. Masa depannya akan difikirkan kemudian. Biarlah Zai korbankan Adam, korbankan kursus mengajarnya.
"Awak, nape duduk sorang-sorang kat luar? Sejuk la" Adam selimutkan badan Zai dengan tuala kecil. Zai tunduk, tidak berkata sepatah pun.
"Saya masuk dulu, ek. Takmau kacau awak" Adam sudahpun menghilang.
"Semoga awak berbahagia nanti" Zai menekup mukanya. Air mata deras mengalir, tetapi tiada esakan.
"Eh,awak. Senario dah mula, la. Jom la kita.." Adam terhenti ketika melihat Zai tunduk tidak bergerak.
"Awak?" Adam sudahpun melutut didepan Zai. Perlahan-lahan Adam membuka tangan yg menekup muka isterinya itu.
"nape? Saya ada buat salah ke? maaf,ek" lembut tutur Adam.
"Tadi..." Zai membuka mata.
"Ya?" Adam menumpukan perhatiannya.
"Zalela dah balik" Zai merenung anak mata Adam.
"Biar la dia balik" Adam senyum dan menggenggam erat tapak tangan Zai.
Zai menggeleng. "Saya nak balik esok" Zai bangun meninggalkan Adam yg masih melutut disitu.
Tersirat darah Adam. Dunia seakan kosong dan kegelapan mula menyelubungi persekitarannya."Kenapa?" satu perkataan terpacul dari mulut Adam itu sudah cukup untuk menggambarkan kekecewaannya. Apalah dosanya selama ini?
esoknya..
"Saya tak mahu paksa awak. Saya serahkan 100% keputusan pada awak. tapi awak fikir la elok-elok. Nanti saya sunyi tinggal sorang-sorang" Adam mencuri pandang pada Zai yg duduk disebelahnya. Kereta meluncur laju menuju ke Kuala Kangsar malam itu. Setelah Zai berkemas dan meminta Adam menghantarnya balik malam itu, Adam akur. Adam tidak mahu bergaduh.
Zai diam tak berkata apa.
"Awak, tolong cakap sesuatu. Saya tak tahu apa yg awak fikirkan ni" Adam masih cuba memujuk Zai.
"Saya akan ceritakan semuanya pada Lela esok" Zai tunduk.
"ha?" Adam terkejut.
"Saya masih tak percaya yg awak buat semua ni kerana Lela, ye" Adam sudah tidak dapat berkata apa. Terserahlah..
"Saya tolong angkat kan beg" Adam membuka bonet kereta dan mencapai ber Zai. Cepat-cepat Zai menahan begnya.
"Saya angkat sendiri" Zai berlalu meninggalkan Adam di hadapan rumahnya itu.
Lama Adam memerhatikan Zai, sehinggalah Zai menutup rapat pintu rumahnya.
"Eh,mana Adam?" Halimah terkejut dengan kepulangan Zai.
"Ada kat rumah mak agaknya" Zai mengeluarkan kain bajunya.
"Kenapa tak ikut sekali?" Halimah mengambil tempat disisi anaknya.
"Sebelum apa-apa mak anggap, biar la saya ceritakan semuanya" Zai memandang Halimah dengan penuh harapan agar memahaminya.
Sementara itu di rumah Adam..
"Sabar la Adam. Zai tengah keliru tu" tenang saja air muka Salwa.
"Entah la, mak. Mak rasa la kan, apa yg jadi kat saya lepas ni? Saya betul-betul sunyi tanpa Zai" Adam baring disisi Salwa yg duduk bersimpuh.
"Cakap la elok-elok dengan dia. Ha, tu la kamu. Mak selalu pesan, bercakap tu penting. Kamu dengan Zai tu bukannya banyak bercakap pun. Mengusiknya ada la.." Salwa memandang Adam yg terbaring kaku itu.
"Kenapa kebanyakan perempuan tak faham ketulusan hati lelaki. Diorang anggap benda ni main-main ke mak?" suara Adam mendatar menahan sebak.
"Tak lah. Kebanyakannya tersalah tafsir yg zahir. Tersalah anggap yg batin" Salwa senyum.
"Zai tau tak yg saya tak pernah buat main dengan kasih sayang?" Adam membelek cincin perkahwinannya.
"Kenapa cakap macam tu?" Salwa membelai lembut rambut Adam.
"Entah la mak. Mungkin dia anggap saya ni meletakkan cinta pada orang. Jika hilang orang tu, hilanglah cinta saya. Dan sampai mati pun saya akan tetap cintakan orang tu" Adam mengiring memandang ibunya meminta dibelai.
Sudah cukup hatinya kehilangan kasih, tak tahu mana lagi tempatnya melainkan emaknya. Kerana Adam tahu, emaknyalah antara perempuan yg betul-betul menyintainya dalam dunia ini.
"Entah la Adam. Kadang kala perempuan akan bertindak dengan perasaannya ketika itu" Salwa tak terjawab persoalan yg ditimbulkan. Ketika ini Salwa seakan-akan dapat merasakan pilunya hati Adam.
"Saya berserah pada Allah saja, mak.." Adam menitiskan air mata, lalu diseka oleh Salwa.
"Sabarlah, sayang" Salwa menghela nafas pendek.

Di dalam jiwaku disirami salju kasihmu
kususuri jalanmu walau ranjau berliku
cintamu abadi untukku
Tengah saat merindu tafakurku dihadapanMu
deraian air mata gugur dalam sujudku
betapa agungnya cintamu

Gelora, silap tak bisa terpadam
namun harapan menggunung di hati
gelora, kasih tak mungkin terluput
kerana hatiku merantau jauh
ingin bertemu denganmu oh kasih

Rindu mencengkam jiwa
sebak dada tiada tertahan
hanya padaMu tuhan ku serah diri ini
pohon cintaMu yg suci hakiki
(Salju Kasihmu - Siti Nurhaliza)

Halimah diam tidak beerkata apa. Itu keputusan anaknya. Moga-moga Zai diberi hidayah dari Allah.



[subuh]
"Assalamualaikum.." Adam sudahpun terpacak di hadapan rumah Zai.
"Wa'alaikumsalam" Siti membuka pintu. matanya lebam, air mata masih lagi bergenang.
"Siti, nape ni. Along datang ni, kan?" Adam memegang erat bahu Siti.
"Kaklong ada kat dalam bilik" Siti duduk di birai tingkap.
"He'ee, comelnya adik along ni menangis.." sempat lagi Adam menyakat Siti.
"Tak mau la kacau orang. Gi jumpa Kaklong, lah" Siti mengorak sedikit senyuman.
"Jumpe lagi, ek. Bye.." Adam melambai Siti.
"Awak, boleh saya masuk?" Adam mengetuk pintu bilik Zai. Lalu menolaknya perlahan.
"Hei, assalamualaikum.." suara Zai agak keras. Sedikit marah kerana Adam tak reti nak bagi salam sebelum masuk bilik orang.
"eh, tadi saya dah bagi salam,la." Adam tunduk. Teringat tujuannya kesini. Bukannya nak menyakat, tapi nak berbincang.
"Saya nak tanya awak. Awak dah buat keputusan?" Adam menghampiri Zai yg masih bertelekung.
"Saya tetap dengan keputusan saya" Zai cuba untuk bertegas.
"Baiklah. saya hormati keputusan awak. tapi sebelum tu saya nak beritahu awak banyak benda. Sebab kita tak banyak bercakap, tu yg saya pendamkan. Sekarang saya nak beritahu jugak, walaupun awak tak mahu mendengarnya." Adam menghampiri Zai.
"Awak tahu tak apa yg saya suka tengok awak menjeling kat saya? Saya dapat rasakan ada mata yg akan memerhati pergerakan saya. Saya rasa selamat disisi awak. Awak berdikari, dan boleh hidup tanpa saya. Saya rasa selamat tinggalkan awak sekejap kat rumah, masa saya pergi kerja. hehe..Tapi saya selalu rindukan awak. Saya suka kena cubit bila awak geram. Masa kena cubit tu saya rasa macam saya tidak keseorangan, ada peneman disisi yg akan membetulkan langkah saya yg copek ni...Tapi awak tau tak apa yg saya tak suka tentang awak?" Zai tersentak.
"Saya tak suka bila mengenangkan awak akan biarkan saya sorang-sorang kat rumah tu. Nanti saya sunyi, tau?" Adam terdiam.
"Kalau awak tetap dengan pendirian awak, saya terima. Kalau boleh saya takmau lafazkan perkataan keramat ni. Tapi jika itu kehendak awak, saya turutkan. Macam mana nak sebut ni ha? Saya tak reti la..." Adam menggaru kepalanya. Bingung!
Zai menoleh dan melihat Adam terketar-ketar untuk melafazkan sesuatu.
"Ah, saya tak boleh cakap. macam ni la. Bila cincin kahwin saya ni keluar dari Kampung Manong ni, jatuh talak satu untuk awak. Tapi..." Adam diam seketika untuk menelan air liur yg terasa pahit setelah melafazkan kata keramat yg bisa menggoncangkan tiang luh mahfuz itu.
"Nampaknya saya terpaksa mengaku pada satu perkara. Saya rasa...saya.." Adam menutup matanya supaya air mata tidak mengalir keluar.
"Saya cintakan awak..." Adam tersenyum ketika pejam.
Zai terkedu. Sebak melihat Adam terpaksa melalui detik-detik yg pahit itu seorang diri sedangkan dirinya diam mambatu sejak tadi.
"Saya minta diri dulu, maafkan segala kekasaran abang" Adam berlalu setelah tidak mampu menahan air matanya.
Zai tidak berganjak dari tempatnya sejak tadi. Tiba-tiba zai merasakan kehilangan. Bergemersik telinga Zai mendengar Adam melafazkan perkataan 'abang' padanya tadi. Baru Zai sedar yg dirinya telah mengabaikan seorang lelaki yg begitu agung untuk dijadikan seorang pencinta. Tiba-tiba tangannya menggeletar. Sunyi merewang di udara.
Siti menguak pinti bilik sambil menangis.
"Siti, ape kaklong patut buat?" Zai mendapatkan Siti.
"Siti, jawab la.." Zai merayu.
"Dah lega dendam akak terhadap Budin tu? Akak ingat mak kawinkan akak dengan Along ikut suka-suka? Mak fikirkan kebahagiaan kaklong tau tak? Kenapa akak ni terlalu ikutkan perasaan? Degil !" Siti melepaskan genggaman Zai. Kecewa dengan sikap kakaknya itu.
"Siti..." Zai menangis teresak-esak.
"Akak ingat senang ke nak dapatkan cinta yg ikhlas? Cinta yg kaklong abaikan ini hanya datang sekali saja dalam hidup. Sekali dia hilang, tak perlu la kaklong carik lagi" Siti memapah Zai yg terjelepok di lantai ke katil.
"Jangan la seksa kaklong lagi, Siti..." Zai merintih.
"Siapa dera siapa?!" Siti menggenggam erat bahu Zai.
"Maafkan kaklong, Siti.." Zai memeluk erat Siti.
"Maafkanlah diri kaklong tu sendiri. Tolong la buat sesuatu sebelum terlambat, kaklong" Siti merayu. Air mata sudahpun membasahi telekung Zai.
"Nak buat apa ni, Siti!!" Zai seakan hilang arah nya.
"Kaklong dah dapat rasakan sunyi tu, kan? ha? Lebih pedih dari dendam kaklong, kan? Cepat la pergi la kejar Along!!" Siti menggoncang bahu Zai. Moga-moga kakaknya itu kan tersedar.
Zai mengangguk. Disekanya air mata lalu berlari sekuat hatinya. Bagai dirasuk, Zai berlari meredah kabus pagi yg masih menebal. Dalam hatinya hanya memanggil satu nama. Adam...Adam...
"Mak, semoga kaklong dapat kejar kebahagiaan yg dia abaikan selama ni" Siti memeluk Halimah dan menangis tersedu-sedu.
"Sabar la sayang. Selalu mak doakan kebahagiaan kamu semua" Halimah turut menangis melihat Zai berlari meredah kabus dan menghilang di balik kesamaran.
"Mak.." Zai termengah-mengah setibanya di rumah Adam.
"Zai?..Kenapa ni, nak?" Salwa bergegas mendapatkan Zai.
"Abang Adam mana mak? Abang Adam??.." Zai menahan nafasnya. Zai melihat sekeliling, kereta Adam sudah tiada. Tiada!
"Abang..." Zai menangis teresak-esak dan terjelepuk jatuh ke tanah.
"Ya Allah..Zai. Kenapa ni?" Salwa kaget.
"Kenapa ni mak?" Sarah menjengah ke luar rumah.
"Awak?" cepat-cepat Adam memapah Zai untuk masuk ke dalam rumah.
"Abang..abangg.." cepat-cepat Zai memeluk Adam.
"Jangan tinggalkan Saya, abang" Zai menangis teresak-esak dalam dakapannya.
"Syukur, abang tak pergi lagi.." Zai merintih.
"Maafkan Zai, abang" Zai merenung dalam anak mata Adam.
"Awak, cincin, awak..dalam kereta" cepat-cepat Adam meleraikan pelukan Zai dan berlari entah kemana. Meninggalkan Zai terpinga-pinga.
"Kenapa ni Zai?" Salwa yg tidak faham sudahpun risau.
"Kereta Abang Adam mana mak?" Zai menyeka air matanya.
"Amir bawak ke pekan. Ke pasar katanya. Apa halnya ni?" salwa menibas-ngibas Zai.
"Kalau cincin kawin kami keluar dari kampung ni, saya jatuh talak satu, mak" air mata Zai mula bergenang kembali.
"Ya Allah.." Salwa terkesima.

Adam berlari merentas jalan yg tidak berlampu. Samar-samar.
"Ya Allah, semoga restuMu bersamaku" Adam terus berlari tanpa memikirkan dirinya kepenatan.
Ketika itu...
Amir masih lagi menunggu sekumpulan lembu dihadapannya melintasi jalan yg sempit itu. Sudah berapa lama dia menunggu disitu.
"Amirr.." terdengar suara memanggilnya.
"Aik? Biar benar."Amir melihat sekelilingnya. Tak ada orang, lembu ade la.
"Amirrr.." suara itu makin dekat menghampirinya. Cepat-cepat Amir masuk gear satu.
Tok Tok Tok !! Cerminnya diketuk.
"Tidakkk...jangan ganggu akuuu..." Amir menjerit sekuay hatinya.
"Hoi! Ni Along, la" Adam bersandar pada keretanya.
"La, Along ke yg jerit tadi?" panik Amir sudah hilang.
"Iye la.." Adam mengambil nafas sebanyak mungkin.
"Lar..nape tak jerit name Along je tadi. Baru la saya tau Along yg panggil. Hehe" Amir keluar dari kereta dan bersandar ditepi Adam.
"Loyar buruk" Adam tersenyum. Mengah tak hilang lagi ni.
"Ha, along muncul kat sini nape lak? Dah tak sabar nak balik KL?" Amir menepuk bahu Adam.
"Tak. Along stay. Sebelum tu..." Adam bingkas bangun dan mengambil sesuatu dari dashboard nya.
"Okay, along gerak dulu, ha" Adam mula berlari lagi merentas kabus yg dingin.
"Aii...nape la ngan Along aku ni. Dah seronok lari-lari pepagi buta pulak" Amir memasuki kereta dan terus ke pasar.
"Hmm...dah lama tak makan ayam ni. Elok gak aku beli daging, bole la masak daging masak kicap" Amir sempat mengomel.
Zai mundar-mandir di ruang tamu. Resahnya hati.
"Bawak berehat dulu, Zai. Jemput minum air ni ha" Salwa menghidangkan teh.
"Assalamualaikum.." Adam muncul di muka pintu.
Zai terpaku. Cepat-cepat Zai menarik lengan Adam lalu menuju ke bilik Adam.
"Eh, hei..nape main kunci-kunci pintu ni. Saya..saya tak biasa lar.." Adam bersandar di dinding.
"Awak ni..ngada la" terus Zai memeluk Adam. Adam terdiam, terkedu habis diperlakukan begini.
"Jangan tinggalkan saya lagi, ya. Saya nak jadi ustazah. Nak makan burger ngan awak lagi..Tolong jangan tinggalkan saya" Zai menangis.
"Tak lar. Saya takkan buat macam tu lagi" Adam memujuk.
"Awak buat ape?" Zai mendongak.
"Arr..entah..Saya nak senangkan hati awak je. Tu yg cakap macam tu" Adam melalut ape tah.
"Eii..awak memang nak dera saya tau.." Zai mencubit pinggang Adam.
"Adeh. Sakit.." Adam tersenyum melihat Zai.
"Takpe..banyak lagi masanya awak akan kene cubit, tau" Zai menguatkan pelukannya.
"Awak, saya cintakan awak" Adam berbisik.
"Saya cintakan awak juga" Zai mengucup bibir suaminya itu. Merah pipi Zai.
Di rumah Zai..
Siti berlari mendapatkan Zai yg beriringan dengan Adam kembali ke rumah itu.
"Tahniah, akak" Siti tersenyum gembira.
"Siti, kaklong nak tanya ni. Mana Siti belajar cakap macam tadi tu?" Zai berbisik.
"Owh. Orang baca novel, la" Siti tersenyum malu mengenangkan dirinya tadi.
"Terima kasih, Siti" Zai mengucup dahi Siti.
"Nak.." Adam bermuka manja meminta dipeluk sama.
"Eii..gatai.." Zai cubit sekuat hatinya.
"Adeh, awak...awak..tercabut buah pinggang saya lar.." bergema jeritan Adam mematikan kesunyian kampung.
..........
Jika isterinya terteguk racun, suaminya carikanlah penawar,
Jika isterinya rusuk yang rapuh, suaminya perlu luruskan dengan berhati-hati,
Suami adalah orang yang mengetahui semua tentang diri isterinya,
Kelebihan, kekurangan...tetapi tetap menyayanginya.
..........
Note:
mmmph --> sukati awak la
mmm --> apa?
mmmphh --> malas layan awak

Saturday, April 28, 2007

..warkah buat bakal suamiku..

Bingkisan Hati buat Bakal Suamiku..

Entah apa yang membuai hatiku ini..membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah ku kenali..namun keyakinanku kau tetap dekat bersamaku..Aku tidak pernah berniat memperkenalkan diriku kepada sesiapa..Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya ku khususkan buatmu..

Kehadiran lelaki disekelilingku menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu..itulah hati dan cintaku..membuatkanku lebih berhati-hati di dalam pergaulanku..Aku telah dididik ibu sejak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti..Kata ibu “ Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari kami”..jadi kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi..

Sepanjang aku melalui denai-denai kehidupan ini,aku menutup pntu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangi dirimu..Aku sedaya upaya menghalang diriku daripada mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu menganali lelaki lain selainmu..apatah lagi memahami mereka..kerana itulah dengan kudrat yang lemah ini..kugagahi jua untuk membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku..

Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki..bukanlah aku bersangka buruk terhadap mereka..namun lebuh baik bagiku berjaga-jaga kerana terlalu banyak contoh yang yang dapat dijadikan iktibar..Apabila berurusan dengan mereka,akanku pastikan aku menepati batas-batas pergaulan yang dibenarkan Islam..tidak melunakkan suaraku,menjaga aurat,serta menjaga pandanganku..kerana pesan Saidatina Aisyah r.a “Sebaik-baik qwanita ialah yang tidak memandang dan tidak suka dipandang..”

Aku tidak ingin sesekali dipandang cantik oleh lelaki..Biarlah aku hanya cantik di matamu..Apalah ertinya menjadi idaman kebanyakan lelaki andai aku hanya boleh menjadi milikmu seorang..Aku tidak merasa bangga andai menjadi rebutan lelaki..bahkan rasa terhina diperlakukan begitu..seolah-olah aku tiada harga diri yang boleh diibaratkan seperti barang dagangan yang boleh dimiliki sesuka hati..

Aku juga tidak sesekali mahu menjadi pinca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan..Bagaimana harus ku jawab di hadapan Allah kelak andai ditanya adakah itu sumbanganku selam ahidup didunia ini?

Andai aku tidak ingin kau memandang wanita lain..maka aku dahululah yang perlu menjaga serta menundukkan pandanganku..Aku harus memperbaiki kelemahanku serta menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah..Jika aku inginkan lelaki yang terbaik menjadi pendampingku..maka aku harus menjadi wanita yang baik..kerana itulah janji Allah yang tidak sesekali dimungkiriNya..

Tidak ku nafikan apabila bergelar remaja aku jua turut memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi..namun setiap kali perasaan itu datang..setiap kali itulah aku mengingatkan diriku dengan janji Allah bahawa lelaki yang menjaga kehormatannya dan perempuan yang menjaga kehormatannya..aku turut mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu..Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci..bukan hati yang menjadai lebihan lelaki lain..lelaki itu berhak mendapat kasih sayang yang tulen,bukan yang telah dibahagi-bahagikan..

Setiap kali datangnya ujian yang menguji perasaanku ini..aku tertanya-tanya adkah aku ditebing kebinasaan?Aku menangis memohon keampunanNya..Bibirku juga tidak putus-putus berdoa agar dihijabkan dari mana-mana ajnabi sehinggalah tiba waktu yang dijanjikan oleh Allah untukmu dan untukku..

Aku jua punya keinginan seperti gadis lain dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga..mampinku kea rah matlamat yang satu..mardhatillah..tidak perlu kau mempunyai wajah sekacak Nabi Yusuf a.s..memiliki kerajaan dan kekayaan sehebat Nabi Sulaiman a.s yang mampu menggetarkan hati jutaan gadis untuk membuat hatiku tertarik padamu..Andainya jodoh kita telah tertulis di luh mahfuz,Allah pasti mencampakkan rasa kasih didalam hati kita kali pertama kita berpandangan..Itulah janji Allah Maha Agung yang pasti..

Selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah..selama itulah jangan sesekali engkau zahirkan perasaan itu kepadaku..kerana kau masih belum berhak berbuat sebegitu..Aku amat bimbang andai perlakuan itu memberi kesan yang negative dalam kehidupan kita kelak..Permintaanku..cukuplah dirimu diinfaqkan sepenuhnya ke jalan Allah..mencari keradhaanNya..

Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri dan sandaran perjuanganmu..Aku amat bersyukur pada Illahi andai akulah yang ditakdirkan meniup semangat perjuanganmu,menghulurkan tangan untukmu berpaut sewaktu rebah dan tersungkur di medan Allah..Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri..itu impianku..

Aku pasti kecewa andai engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku..Bukan itu yang ku impikan..Cukuplah kau menyintai Allah dengan sepenuh hatimu..pasti kau akan menyintaiku keranaNya..Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa..Moga dengan cinta itulah akan mempertemukan kita kembali disyurga..InsyaAllah..

MUJAHIDAH SEJATI

MUJAHIDAH SEJATI

Mujahidah Sejati,
Intan permata mutiara mahkota,
Seindah pelangi di cakerawala,
Menghiasi taman indah nan permai..

Mujahidah Sejati,
Engkaulah serikandi pembela agama,
Peribadi solehah hiasan diri,
Subur dengan iman dan ketaqwaan..

Mujahidah Sejati,
Akhirat utama,
Kerana dunia bukan pilihannya,
Mujahidah Sejati,
Hatinya berbeza kerana diasuh iman dan taqwa..

Mujahidah Sejati,
Berbekal Al-Quran dan As-Sunnah,
Bersulam pengorbanan bisa menggegarkan isi dunia..

Mujahidah Sejati,
Terus subur mekar mewangi,
Seindah suria menerangi bumi,
Harapan ummah yang abadi..

Mujahidah Sejati,
Akhirat utama,
Kerana dunia bukan pilihannya,
Mujahidah Sejati,
Hatinya berbeza kerana diasuh iman dan taqwa..



Mujahidah Sejati,
Menyoroti langkah Khadijah,Aisyah,Fatimah,
Menjadi muqarrabin bermujahadah,
Menuju cinta dan kasih Allah..

Mujahidah Sejati,
Akhirat utama,
Kerana dunia bukan pilihannya,
Mujahidah Sejati,
Hatinya berbeza kerana diasuh iman dan taqwa..

Paras rupa bukannya ukuran,
Nilainya sama disisi Tuhan,
Cuma ibadah yang membezakan,
Wanita solehah disisi Tuhan..

Berhati-hatilah hasutan dunia,
Kerana ia merbahaya,
Jangan dibiarkan ia bertakhta,
Dalam diri dengan dosa-dosa..

Mujahidah Sejati,
Akhirat utama,
Kerana dunia bukan pilihannya,
Mujahidah Sejati,
Hatinya berbeza kerana diasuh iman dan taqwa..
 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Image by Kevin Dooley