Sunday, February 28, 2010

anak ummi+abi sayang


tido sambil bermimpi indah :)



tengok apa tu sayang


sekeja ja rasa masa berlalu..sedar tak sedar ulya semakin membesar..makin hampir menginjak 6bulan permata ummi n abi nih..tapi rasanya xdapat banyak saya kongsikan melalui penulisan segala kenangan perkembangan ulya..kerana tanggungjawab yg kian membukit menyebabkan saya meletakkan penulisan bukan aulawiyat saya..huhu..namun,saya tetap akan menulis jika ada kesempatan n bila ulya semakin membesar=mungkin kurang ragamnya..hehe..

sementara tunggu abi yg baru nak bersiap ummi habiskan masa berblog..semalam kami membawa ulya ke hospital tabarak kat sabiek..sebabnya sebelum nih pon ulya ada masalah yg sama..macam kahak tak henti2..da bagi ubat tapi tak berkesan..so,da pegi jumpa dr. 3februari lepas..tapi dr cakap kullu kuwais..hmm..rasa sakit dado la jugak sebab dr. xcheck pon betul2..tambah geram sebabnya siap boley isap rokok lagi ada patient..walhalnya diatu pediatric..jadinya saya pon gigihkan la diri menggogle tengok specialist kat cairo..alhamdulillah jumpakla tabarak hospital..rupa2nya dekat sangat dengan umah kami..cuma xpenah perasan ja..padahal tiap2 hari guna jalan tu nak g kuliah..

pastu dr. check si kecik nih..n memang kahak ulya banyak..pastu dr. pesan yg ulya ni ada problem pernafasan jugak..xley asap,perfume,bbq,habuk,debu n sewaktu dengannya..huhu..kesian anak ummi n abi ni..semalam jugak ulya kena cucuk n sedut gas utk cairkan kahak(kwn saya cakap fungsinya utk cairkan kahak)..sekarang nih tunggu nak kena bawak lagi jumpak dr. utk kali kedua..hmm..doakan ulya sihat,jauh dari sebarang kesulitan..kesian tengok anak ummi ni bila bernafas n nangis..huhuhu~(-.-)

sepanjang 5bulan lebih nih..si kecik tomey nih pon da semakin banyak habit2 baru..

* alhamdulillah dia dah pandai meniarap dengan sendirinya..walaupun lambat dr kawan2 dia yg lain :)

*da boley pegang benda yg kecik2 n ringan sambil masukkan benda tu dalam mulut dia..bila ummi masukkan puting,dia akan pegang sambil tarik balik puting keluar,pastu usaha sendiri masukkan dalam mulut..nak berdikarila kononnya..hehe

*terkepak-kepak tangan n kaki bila letak kat playgym dia..seronok sangat bila dengaq bunyi kawan2 dia tu..dan dia akan tolak kawan2 dia yg bergayut2 tu..hihi..

*segala macam benda dia nak pegang..bila kita nak amek dr genggaman dia menjerit sakan la si kecik nih..tambah2 bila nak salin ulya..jgnla harap nak duduk diam suma benda dia nak pegang n angkat..padahal bukan ada kudrat nak angkat pun..hihi..wet wipes,spray air,tissue suma nak pegang..bila ummi makan pinggan-pinggan pun suma nak masuk dalalm mulut..hehe~

*pandai wat aksi terliur mcm mengidam..hehe..bila ja ummi n abi makan,tekunyah-kunyah jugak mulut dia..sampai kua air liur(melalui pembacaan,ni tanda tunjukkan baby da besedia utk menerima makanan)..sian ulya ya..bukan ummi xnak bagi makan,xlama ja lagi ulya da boleh mamam ya(~_^)

*da tau org nak dukung dia..hehe..bila ummi baru ja nak dukung dia terus depang tangan menandakan mintak org amek..hehe..

*satu lagi tabiat si tecit nih..ulya sangat2 suka org ramai n bising2 serta sibuk2..huhu..duduk rumah ja mesti nak nangis..tapi bila ada orang datang,terus berubah perangai jadi diam n baik..tambah2 bila umi n abi bawak berjalan..smpai tak mau minum susu sebab sonok sgt bejalan..huhu..kalau xbawak jalan2 tepaksala abi bawak pusing2 satu umah..dan paling sadis skali..ulya sonok dok dalam stroller dia walaupun kat umah..huhu..nangis2 bila letak dalam stroller diam..sebab ingat nak bawak dia jalan..cian anak ummi nih..huhu

*paling ummi n abi xtahan..memang xkan tidoq selagi ummi or abi tak titon ngn dia..sentiasa kena peluk..huhu..bila letak ja ats katil confirm xsampai 2minit akn bgn..makanya memang ummi n abi kena tidoq n bgn bersama-sama ulya..

tak lama lagi ulya akan mencecah 6bulan..moga jadi anak yg solehah ya..doakan kesihatan ulya ya..ummi n abi sayang ulya sangat2..moga mampu membesar dengan baik dan menyambung perjuangan Rasullullah dan para sahabat..ameen..

Wednesday, February 24, 2010

saina` dan dahab

Salam buat semua..

Lama rasanya bercuti dari dunia blog..hehe..ba`da imtihan terus berjalan-jalan sampai da nak mula semula kuliah..kalau cuti sebegini pd tahun lepas di bumi mesir ni,saya n en.ezmir xdapat bejalan mana sangat..sebab saya alah teruk..huhu..sampai g ma`rad kutub pon saya rasa berapa kedai ja saya jalan sebab asyik pening n muntah..tapi Alhamdulillah pd tahun ni, diberi kesempatan berjalan melihat keagungan Allah swt serta sejarah tinggalan kaum2 terdahulu..Alhamdulilah jugak sepanjang perjalanan bersama si kecik ulya ni dimudahkan segalanya (~.^)

Sebagai kenangan n pengajaran disini saya nak ceritakan serba sedikit tentang kesan tinggalan sejarah kaum2 nabi Musa a.s yg berada di bumi mesir ini dan telah diabadikan di dalam al-Quran sebagai peringatan dan tauladan buat mereka yg ingkar terhadap kekuasaan Allah swt..

Maka dalam permusafiran ilmu ni,saya kira adalah peluang terbaik untuk menyoroti sirah anbiya` dan melihat sendiri kesan2 kaum2 terdahulu..sebagaimana yg telah kita ketahui,mesir merupakan bumi nabi Allah musa a.s,nabi harun dan nabi yusuf a.s..dan kesempatan cuti kali ini kami telah mengembara ke Sinai..selama 3hari..dari 16-18 februari..

Alkisahnya saya memang macam malas nak bejalan kemana2 pada cuti ni..sebab ulya tiba-tiba xnak direct feeding ngn saya..jadi amatla sukar perjalanan saya kalau nak kena mengepam 24 seven..huhu..tapi en hubby cakap bila lagi nak jalan2..tumpang ada 2 lagi geng mutazawwijin..jadinya saya dengan berat hati pon ikutla..tapi ni rombongan negeri perak..tapi kesemuanya lelaki..kecuali kami bertiga J

Tapi Alhamdulillah,pengembaraan yg amat best n memang rasa nak pegi lagi buat kali kedua ketiga n keempat..hehe..mana nak dapat kat Malaysia solat bertayamum n kat tengah padang pasir disertai dengan rebut pasir..kenangan terindah buat jaulah kali ni..

Dan Alhamdulillah si kecik ulya ni memang seronok tak ingat2..asyik gelak ja..hehe..besala dia dapat ammu 3bas..suma org bagi perhatian kat dia..seronok la si kecik ni..dan saya bersyukur jugak..dalam perjalanan ke wadi arbaien tu ulya tiba2 nak direct feeding setelah sebulan lebih meminggirkan saya..hehe..alhamdulillah..

Jom kita lihat sejarah tempat yg telah kami lawati:

TEROWONG AS-SYAHID AHMAD HAMDI

Terowong Ahmad Hamdi ni menghubungkan antara tanah besar Semenanjung Mesir di sebelah barat dan Sinai di sebelah timur. Ia mempunyai laluan pergi dan balik yang sentiasa di kawal rapi. Terowong Ahmad Hamdi ini terletak di bawah Terusan Suez.


KUBU ISRAEL


Kubu ni merupakan kubu pertahanan Israel ketika menyerang Mesir..Namun,Mesir kembali memenangi peperangan tersebut atas ilham yg Allah berikan kepada seorang ulama` ketika itu iaitu dengan menyerang menggunakan air..dan kemenangan berpihak ke atas tentera Islam..Allahukbar

UYUN MUSA



Disini merupakan tempat terpancarnya 12 mata air sebagaimana yg termaktub di dalam al-quran.

Tapi waktu kami pegi tu yg jelas dan boleh dilawati hanya 2 sahaja..yg dikawasan jauh sedikit dikhabarkan da tak boley g lawat..tapi mengikut musyrif kami bahawa mata air yg tak boley lawati tu masih ada air yg mengalir..wallahu`alam..


WADI ARBAIEN DAN MATA AIR NABI MUSA AS



abi ngn ulya yg tengah titon dalam sling :)

Perjalanan ke wadi 40 ni sangatlah mencabar terutama bagi ibu yg telah 5bulan bersalin..huhu..saya xdapat gambaran awal wadi 40 ni macamana..so,saya pon semangatla nak tengok..huhu..tapi perjalanan nak samapi ke tempat ni amatlah perit..4jam pergi dan balik..memang penat..lagi2 ada ulya..tapi saya bersyukur kerana dapat melihat sendiri kesan mukjizat Nabi Allah Musa a.s..di perjalanan ke wadi 40 ni jugak terdapat batu dimana Nabi Musa telah mengetuk dengan tongkatnya dan terpancar 12 mata air..kalau diperhatikan bahawa di atas batu ni terdapat cakuk dari besi..dan dikatakan cakuk tu di tanam oleh Israel untuk cubaan mengangkat batu tu menggunakan helicopter..tetapi Maha Agung Allah cubaan mereka tidak Berjaya..kesahihan qil ini tidak diketahui..

Wadi 40 ni juga merupakan tempat pertemuan dan musyawarah 40 orang nabi-nabi..dan antara perkara yg best ketika perjalanan ke wadi arbaien ni jugak ulya da mula nak direct feeding ngn saya..Alhamdulillah..berkat menyusuri jalan2 yg dilalui oleh rasulNya mungkin..

MAKAM NABI SOLEH A.S

Baginda menjadi rasul pada umur 58 tahun bermula tahun 2000 sebelum Masihi hingga 1990 sebelum Masihi.

MAKAM NABI HARUN A.S

Nabi Harun a.s adalah rasul yang ke-16 selepas Nabi Musa a.s Baginda merupakan saudara kepada Nabi Musa a.s sendiri dan sentiasa bersama-sama Nabi Musa a.s dalam menyebarkan dakwah. Dilantik menjadi rasul ketika berusia 122 tahun bermula dari tahun 1439 sebelum Masihi sehingga 1317 sebelum Masihi. Makam ini terletak di kaki Gunung Thursina bersebelahan dengan sebuah gereja.

PATUNG ANAK LEMBU SAMIRI



Patung Lembu Samiri ini diukir pada batu oleh Samiri (dikatakan namanya adalah Musa as-samiri..dan samiri merupakan gelaran seorang Bani Israel dari suku kaum Assamirah,) iaitu salah seorang dari penganut Nabi Musa a.s. Peristiwa ini berlaku ketika Nabi Musa a.s bermunajat kepada Allah Taala di puncak Jabal Musa selama 40 hari. Dalam pendapat yang lain dikatakan pancaran cahaya dari patung lembu emas itu yang membentuk Patung Lembu Samiri itu.Dan menurut musyrif ketika itu bahawa patung ini dicampurkan emas bersama cahaya dari kesan tapak kaki malaikat jibril..wallahu`alam.. Berhampiran dengan ukiran patung ini terdapat pokok yang dikatakan hidup sejak zaman Nabi Musa a.s lagi. Ia disebut dalam al-Quran pada Surah Toha ayat 85 dan Surah al-Araaf ayat 148.


BANJARAN TIH

Merupakan kawasan gunung ganang..dikisahkan juga bahawa Allah taala telah menyesatkan kaum Bani Israel disini selama 40 tahun setelah mereka enggan memasuki palestin sebagaimana yg diperintahkan oleh Allah..

Saya nukilkan sedikit ulasan oleh musyrif kami ketika itu (waktu ni saya memang xsempat nak salin or record sebab xsempat..hanya ingatan yg serba sedikit mungkin masih berbaki tika ini..huhu)

Dikisahkan bahawa Nabi Musa menghantar 12orang wakil untuk menjadi pengintip ke palestin melihat persiapan kaum jabbarin untuk pertempuran bersama mereka..dan khabar yg dibawa oleh 12orang wakil tersebut bahawa kaum-kaum tersebut telah bersiap siaga dengan hebatnya..maka Nabi Musa a.s mengarahkan agar 12 wakil tersebut merahsiakan perkara tersebut dari pengetahuan bani Israel yg lain..agar tidak timbul rasa gentar bagi mereka untuk masuk ke palestin..tetapi 9 dari 12 orang wakil tersebut telah khianat dan memberitahui perkara tersebut..maka,kebanyakan bani israel enggan untuk memasuki palestin yg sudah dijanjikan kemenanagan terhadap mereka..

Kalau dilihat keadaan di sekitar banjaran ini..memang mustahil untuk seorang manusia menemui jalan pulang keran sekelinlingnya adalah sama..dan disinilah kaum bani Israel disesatkan selama 40 tahun..

Dan digunung2 disini terdapat lubang2 yg terlalu banyak..dan menurut pendapat bahawa lubang-lubang tersebut merupakan tempat Allah swt memberikan rezeki kepada kaum bani Israel merupakan manna wa salwa..


KUBU SALAHUDDIN AL-AYUBI



Kubu Salahuddin al-Ayubi (Qal’ah Salahuddin al-Ayubi) yang dinamakan Jazirah Firaun terletak di sebuah pulau kecil kira-kira 8 km dari Toba. Ia adalah kubu yang dibina oleh tentera-tentera pimpinan Salahuddin al-Ayubi untuk menghadapi tentera Salib.


JABAL MUSA

Saya tak berpeluang mendakinya pada jaulah kali ini..huhu..mungkin akan kesana sekali atau dua tiga kali lagi bila ulya besaq sikit..hehe..merupakan tempat pengibadatan Nabi Musa a.s dan ada satu kawasan dimana Nabi Muhammad s.a.w berhenti solat ketika perjalanan isra` dan mi`raj..



Kalau diperhatikan di dalam batu tu..ada warna hitam yg sebijik menyerupai pokok2 kecil..wallahu`alam sejauh mana kesahihannya sebab masih belum sempat nak cari..tapi macam arab tu cakap bahawa ketika Nabi Musa nak berjumpa Allah..disebabkan kekuasaan n keagungan Allah maka tumbuh-tumbuhan yg kecil ni terlalu takut untuk bertemu Allah sehingga menyorok di dalam batu..dan ianya kekal hingga kini..bila saya tanya budak arab tu dia jumpa batu ni kat mana..n dia cakap kat jabal musa sahaja ada n yg kutip batu-batu ni baba dia..wallahua`lam..jika sahih..maha Agung Allah..sedangkan tumbuhan yg begitu kerdil takutkan khaliknya..maka siapa kita untuk bermegah-megah??

Setakat ni sahaja kisah ekspidisi ke Sinai..Kelas sudah bermula dan doakan saya Berjaya di permusafiran ilmu ini..

Sunday, February 7, 2010

berjalan ke fayoum

alhamdulillah da selesai imtihan..tapi xjugak berkesempatan nak update blog sebelum ni sebab asyik2 sibuk ja..hehe..lepas ja imtihan hari tu terus ummi n abi bawak ulya jalan2 fayoum..sebenarnya kwn2 abi dtg dari urdun,so sambil abi bawak depa jalan2 ummi,ulya n kholah2 dari mansoura pon ikut serta..perjalanan ke fayoum utk mengimbau kembali sejarah serta peninggalan kekayaan hamba yg dilaknati Allah iaitu Qarun..melihat tasik dimana dibawahnya tenggelamnya seluruh harta kekayaan qarun,serta melihat tinggalan istana qarun..

ok kita imbau serba sedikit sejarah qarun nih :

penyebutan kisah Qarun di dalam al-Quran :

Al-Qasas [78] Qarun menjawab: Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. Tidakkah ia mengetahui, bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya iaitu orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan? Dan orang yang berdosa apabila mereka diseksa tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka.


[79] Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan perhiasannya. Berkatalah orang yang inginkan kesenangan hidup dunia: Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik.


[80] Dan berkata orang yang diberi ilmu: Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima pahala yang demikian itu melainkan orang yang sabar.

Siapakah Qarun??

Qarun, lebih dikenali sebagai sepupu Nabi Musa a.s,namun ada juga pendapat ahli sejarah menyatakan dia adalah bapa saudara Nabi Musa a.s. Berketurunan Bani Israel walaupun tinggal di Mesir. Walau apa julukan yang difikirkan oleh kita kepadanya, namun Allah SWT telah memberikan laknatnya kepada Qarun – sikaya yang derhaka – hingga ditelan bumi akhirnya.Turut tenggelam bersama-samanya ialah segala harta bendanya dengan disaksikan oleh Bani Israel. Kini, bekas runtuhan tapak gedung Qarun dipercayai telah ditukarkan Allah SWT menjadi sebuah tasik dan ada yang mengatakan sisa-sisa istananya masih ada di Mesir. Walau apa pun yang terjadi, nama Qarun kekal hina di dalam al-Quran – simbol manusia bakhil yang dimurkai Allah sepanjang zaman!

Setelah saya sendiri menyaksikan keluasan tasik Qarun,terdetik bahawa memang tiada manusia yg sekaya Qarun pada zaman ini..kunci segala gudang-gudangnya sahaja dibawa oleh berpuluh-puluh ekor unta..maka tidak hairanlah jika dia merasa begitu takjub dan takabbur sekali..moga kita tidak diuji dengan keangkuhan jika diberikan nikmat rezeki yg menggunung..

Jaulah kali ni biasa2 ja..sebab mungkin penat dengan ulya n keadaan sedikit panas ditambah pula lebih banyak menunggu ramai org..huhu..hanya ke tasik qarun,istana Qarun dan syalalat..kincir air nabi yusuf waktu tu ditutup bagi proses baik pulih..jom tengok gambar2 kenangan fayoum..


berlatar belakangkan pemandangan tasik Qarun yg amat luas


syalalat aka air terjun di mesir :)

bergambar kenangan di hadapan istana Qarun


bersama ulya di tasik Qarun yg luas(berkabus n xbrapa nampak tasik)


nota kaki : ini adalah entri tertangguh yg dah duduk bezaman dalam draft..hehe(~.~)

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Image by Kevin Dooley