Tuesday, January 29, 2008

…~NiCe tO sEe..nIcE tO wEaR..nIcE To bUy…bUt~….


Al-kisahnya..nak cerita kat sini untuk dikongsikan bersama..sebagai teladan..agar kita lebih berhati-hati semasa membeli belah dan jadilah pengguna yang bijak seperti saya..hehe..

Cita dia camni..tiga minggu yg lepas ada seorang sahabat saya..(natsukO)=) membeli kasut..dengan riyak wa takabburnya test-testla kasut baru dia..bak kata orang utara..tengah chewi lagi..tiba-tiba ada sorang kawan ni gelak & cakap kasut tu dalam dia dilapisi oleh kulit babi!!yg membe ni macam tanak caya sebab dia beli kasut tu mahal dan tak dapat terima hakikat kalo terpaksa tanggung kerugian..(sbb x dpt nak pakai kasut tuu=) )..dia pon masih cOnfuse lagi..betui ka kasut tu dari kulit babi..dia pon beniat nak Tanya pada yg lebih ariff..(kak zackla tuu)..tapi dia mcm tanak ty sbb takut rugi kalo tu betul2 dr kulit kerbau pendek tuu..last-last memikirkan ibadah pada Allah dia tyla jugak..dan jawapannya tetap sama..iaitu..KULIT BABI..

Membe saya ni dengan sedihnya terpaksa menyimpan kembali kasut tu ke dalam kOtak dan dijadikan kenangan abadi..hehe..padahal dia nak pakai kasut tu pada majlis khatam hafazan al-Quran..dia pon peningla nak cari tanah untuk samak setelah berpOsing sakan ngn kasut tu..saya sebagai penonton perilaku membe saya dari awal hanya ketawa sehingga nak pecah perut..ada gakla perasaan kesian..

Dipendekkan cerita..pagi tu saya dengan perasaan baik hatinya tolongla kak zack & natsuko mencari tanah yg lebih kurang tanah liat gitu-gitu kat tepi tasik dQ yang indah nan permai..depa dua pon memulakanla operasi menyamak anggota badan..=)

After that..kami kua t.malim nak cari barang-barang hadiah untuk ustazah sempena majlis khatam dan beli apa yang patut..kebetulan kami bertiga memang nak beli kasut..pakat-pakatla cari kasut..cari punya cari..kak zack dan natsuko dapatla kasut yang bekenan dihati..tapi malangnya saya masih tak jumpa kasut yang dapat menyenangkan hati..kalo jumpak tapi tak da size..

Pusing punya pusing kedai kasut kat t.malim yang tak brapa banyak tu..akhirnya amek jugakla kasut yang cantik dan cOmel di pakai ni..bestla rasa di hati waktu tu..dan memandangkan suma barang da beli..kami pon nak pulangla ked Q tecinta..=)
Tapi..kenala sOlat dulu..kami pon solatla kat surau kat stesen bus t.malim tu..sementara tunggu turn nak sOlat..saya yg memang suka chewi ni pun tryla kasut baru dengan perasaan besssttt…tapi….tiba-tiba..kak sri tgur..yang kasut tu dalam dia dari kulit babi..kulit ba..bi..khinzir..pig..kerbau pendek..mula-mula ingatkan dia gurau-girau nak pkena..tapi..diteliti betul-betu memang sah..kulit babi..tiga titik halus seperti tusukan jarum berbentuk pyramid..sahla memang kulit babi menurut pengetahuan kami cara mengecam kulit babi..

Dipendekkan cerita amek keputusan untuk ke kedai tu balik dan nak tuka kasut tu dengan kasut lain..tapi cina ni banyak tanya la pulak…tak larat nak berbasa basi lalu..saya dengan penuh keyakinan mengatakan kasut tu dari kulit babi..cina tu pun nak tengok..dan dia tanya macaman bley tau tu kulit babi..saya dengan semangat wajanya citala kat cina tu cara-cara mengecam kuli pig..tapi besala..dia tanak caya..dia cakap suma kasut pun ada titik-titik..adoooiii..poning pala denn..takpala cina ni pon baik ati dia cakap tukala kasut mana-mana pun..bila di cek kat suma kdai kasut tu..kasut yang saya beli tu jaa yang dipebuat dari kulit babi..didatangkan dalam tiga warna..hitam..putih..dan cream..hmm~dan saya pon pilihla kasut yang bukan dari kulit babi..tapi harga dia murah sket dari kasut yang babi tadi..dan cina tu pun telepon supplier dia & Tanya pasal kasut tuu..dan supplier dia cakap bukan dari kulit babi..sebab kalo kulit pig..mesti depa juai lagi mahal..tahla sejauh mana kesahihannya..sebabnya apa yang kami ketahui..cara nak mengenal kulit babi pada permukaan kulit dia ada 3 titi kecil macam tusukan jarum..dia ada dua jenis samada (.:) berbentuk pyramid ataupun melintang (…)..wallahu`alam..katanya titik halus ni takkan hilang walau macammana diproses skali pon..itula kebesaran Allah nak membezakan antara benda yang hala dan haram..subhanaAllah..Allahul`aliyyul`azimm..

Jadinya saya pulak yang menjadi bahan tertawa oleh membe membe seangkatan..dan pastu tepaksala menyamakkan diri dan buat pertama kalinya dalam hidup dapat buat praktikal samak kat diri sendiri..

Dan sesuatu yang penting untuk kita sama-sama amek ihtimam kat sini adalah berhati-hati dengan setiap benda yang haram yang ada disekeliling kita..bukan sahaja makanan…sebab kadang kala amal ibadah kita tak ternila dan terhijab dari Allah kerana benda-benda kecik yang sentiasa kita remehkan..awal-awal fiqh lagi kita dituntut untuk membersihkan diri dari segala najis..sebab toharah adalah kunci ibadah..anadi kita tidak berada dalam keadaan suci..masakan amal ibadah kita mampu di nilai oleh Allah..

Pesanan saya untuk seluruh muslimin dan muslimat..ambillah sedikit pengajaran dan iktibar dari kisah ini moga kita sama-sama sentiasa berwaspada dalam kehidupan kita..sebagai muslim kita harus memastikan segala yang ada dalam diri kita bukanlah dari benda-benda atau unsure-unsur yang haram keran a kita ingin amal ibadah kita mendapat tempat pada pandangan Allah s.w.t..

Buat mereka yang membaca artikel ni..selidikilah kasut,serta barangan kulit anda kerana kadang-kadang kita terlepas pandang benda benda seperti ini..jangan hanya mengukur sesuatu barang berdasarkan kecantikan luarannya sahaja..wallahu`alam..
 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Image by Kevin Dooley