Saturday, April 28, 2007

..warkah buat bakal suamiku..

Bingkisan Hati buat Bakal Suamiku..

Entah apa yang membuai hatiku ini..membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah ku kenali..namun keyakinanku kau tetap dekat bersamaku..Aku tidak pernah berniat memperkenalkan diriku kepada sesiapa..Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya ku khususkan buatmu..

Kehadiran lelaki disekelilingku menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu..itulah hati dan cintaku..membuatkanku lebih berhati-hati di dalam pergaulanku..Aku telah dididik ibu sejak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untukmu suatu hari nanti..Kata ibu “ Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari kami”..jadi kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi..

Sepanjang aku melalui denai-denai kehidupan ini,aku menutup pntu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangi dirimu..Aku sedaya upaya menghalang diriku daripada mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu menganali lelaki lain selainmu..apatah lagi memahami mereka..kerana itulah dengan kudrat yang lemah ini..kugagahi jua untuk membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku..

Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki..bukanlah aku bersangka buruk terhadap mereka..namun lebuh baik bagiku berjaga-jaga kerana terlalu banyak contoh yang yang dapat dijadikan iktibar..Apabila berurusan dengan mereka,akanku pastikan aku menepati batas-batas pergaulan yang dibenarkan Islam..tidak melunakkan suaraku,menjaga aurat,serta menjaga pandanganku..kerana pesan Saidatina Aisyah r.a “Sebaik-baik qwanita ialah yang tidak memandang dan tidak suka dipandang..”

Aku tidak ingin sesekali dipandang cantik oleh lelaki..Biarlah aku hanya cantik di matamu..Apalah ertinya menjadi idaman kebanyakan lelaki andai aku hanya boleh menjadi milikmu seorang..Aku tidak merasa bangga andai menjadi rebutan lelaki..bahkan rasa terhina diperlakukan begitu..seolah-olah aku tiada harga diri yang boleh diibaratkan seperti barang dagangan yang boleh dimiliki sesuka hati..

Aku juga tidak sesekali mahu menjadi pinca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan..Bagaimana harus ku jawab di hadapan Allah kelak andai ditanya adakah itu sumbanganku selam ahidup didunia ini?

Andai aku tidak ingin kau memandang wanita lain..maka aku dahululah yang perlu menjaga serta menundukkan pandanganku..Aku harus memperbaiki kelemahanku serta menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut oleh Allah..Jika aku inginkan lelaki yang terbaik menjadi pendampingku..maka aku harus menjadi wanita yang baik..kerana itulah janji Allah yang tidak sesekali dimungkiriNya..

Tidak ku nafikan apabila bergelar remaja aku jua turut memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi..namun setiap kali perasaan itu datang..setiap kali itulah aku mengingatkan diriku dengan janji Allah bahawa lelaki yang menjaga kehormatannya dan perempuan yang menjaga kehormatannya..aku turut mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu..Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci..bukan hati yang menjadai lebihan lelaki lain..lelaki itu berhak mendapat kasih sayang yang tulen,bukan yang telah dibahagi-bahagikan..

Setiap kali datangnya ujian yang menguji perasaanku ini..aku tertanya-tanya adkah aku ditebing kebinasaan?Aku menangis memohon keampunanNya..Bibirku juga tidak putus-putus berdoa agar dihijabkan dari mana-mana ajnabi sehinggalah tiba waktu yang dijanjikan oleh Allah untukmu dan untukku..

Aku jua punya keinginan seperti gadis lain dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga..mampinku kea rah matlamat yang satu..mardhatillah..tidak perlu kau mempunyai wajah sekacak Nabi Yusuf a.s..memiliki kerajaan dan kekayaan sehebat Nabi Sulaiman a.s yang mampu menggetarkan hati jutaan gadis untuk membuat hatiku tertarik padamu..Andainya jodoh kita telah tertulis di luh mahfuz,Allah pasti mencampakkan rasa kasih didalam hati kita kali pertama kita berpandangan..Itulah janji Allah Maha Agung yang pasti..

Selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah..selama itulah jangan sesekali engkau zahirkan perasaan itu kepadaku..kerana kau masih belum berhak berbuat sebegitu..Aku amat bimbang andai perlakuan itu memberi kesan yang negative dalam kehidupan kita kelak..Permintaanku..cukuplah dirimu diinfaqkan sepenuhnya ke jalan Allah..mencari keradhaanNya..

Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri dan sandaran perjuanganmu..Aku amat bersyukur pada Illahi andai akulah yang ditakdirkan meniup semangat perjuanganmu,menghulurkan tangan untukmu berpaut sewaktu rebah dan tersungkur di medan Allah..Akan ku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri..itu impianku..

Aku pasti kecewa andai engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku..Bukan itu yang ku impikan..Cukuplah kau menyintai Allah dengan sepenuh hatimu..pasti kau akan menyintaiku keranaNya..Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa..Moga dengan cinta itulah akan mempertemukan kita kembali disyurga..InsyaAllah..

MUJAHIDAH SEJATI

MUJAHIDAH SEJATI

Mujahidah Sejati,
Intan permata mutiara mahkota,
Seindah pelangi di cakerawala,
Menghiasi taman indah nan permai..

Mujahidah Sejati,
Engkaulah serikandi pembela agama,
Peribadi solehah hiasan diri,
Subur dengan iman dan ketaqwaan..

Mujahidah Sejati,
Akhirat utama,
Kerana dunia bukan pilihannya,
Mujahidah Sejati,
Hatinya berbeza kerana diasuh iman dan taqwa..

Mujahidah Sejati,
Berbekal Al-Quran dan As-Sunnah,
Bersulam pengorbanan bisa menggegarkan isi dunia..

Mujahidah Sejati,
Terus subur mekar mewangi,
Seindah suria menerangi bumi,
Harapan ummah yang abadi..

Mujahidah Sejati,
Akhirat utama,
Kerana dunia bukan pilihannya,
Mujahidah Sejati,
Hatinya berbeza kerana diasuh iman dan taqwa..



Mujahidah Sejati,
Menyoroti langkah Khadijah,Aisyah,Fatimah,
Menjadi muqarrabin bermujahadah,
Menuju cinta dan kasih Allah..

Mujahidah Sejati,
Akhirat utama,
Kerana dunia bukan pilihannya,
Mujahidah Sejati,
Hatinya berbeza kerana diasuh iman dan taqwa..

Paras rupa bukannya ukuran,
Nilainya sama disisi Tuhan,
Cuma ibadah yang membezakan,
Wanita solehah disisi Tuhan..

Berhati-hatilah hasutan dunia,
Kerana ia merbahaya,
Jangan dibiarkan ia bertakhta,
Dalam diri dengan dosa-dosa..

Mujahidah Sejati,
Akhirat utama,
Kerana dunia bukan pilihannya,
Mujahidah Sejati,
Hatinya berbeza kerana diasuh iman dan taqwa..
 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Image by Kevin Dooley