Friday, May 7, 2010

makanan haram sebab doa tidak diterima

Assalamualaikum..

Sempena hari jumaat yang barakah ni..saya ingin kongsikan sesuatu untuk santapan rohani kita..bagi saya sesuatu yang kita sudah ketahui tapi kadang-kadang kita alpa dan lalai untuk mengambil ihtimam terhadap hal-hal kecil yang menyebabkan doa kita ditolak Allah swt..

bila berkenaan mustajbnya doa ini..semuanya bergantung kepada kehendak Allah swt..kita sebagai hambaNya hanya mampu memohon..maka perlu kita ketahui syarat-syarat yang perlu ada agar doa kita diterimaNya..banyak syarat yang digariskan kepada hamba-hambaNya namun ingin saya tekankan disini sesuatu yang selalu kita terlepas pandang..iaitu dari sudut makanan..

"syarat awal untuk diterima doa seseorang hamba itu adalah makanan yang halal"

Satu hari Nabi berkata kepada Sa’ad:

“Carilah sumber rezeki yang halal, nescaya Allah akan menerima permintaan kamu”

Diriwayatkan daripada Ikrimah bin Ammar dari al-Asfar, beliau bertanya kepada Sa’ad bin Abi Waqqas: “Apakah faktor menyebabkan doamu diterima oleh Allah dikalangan para sahabat Rasulullah? Kata Sa’ad: aku tidak menyuap kedalam mulutku melainkan setelah aku pasti dari mana sumbernya”

Daripada Sahl bin Abdullah:

“Barangsiapa yang memakan dari sumber yang halal selama 40 hari nescaya doanya akan dimakbukkan oleh Allah Ta’ala”

Lihat betapa pentingnya para sahabat menjaga pemakanan mereka agar tidak mengalir ditubuh mereka sesuatu yang haram..tetapi dalam kehidupan kita hari ini..sikap prihatin terhadap bahan-bahan yang terdapat didalam makanan yang kita makan semakin berkurang..bak kata sahabat saya.."hmm kalau semua nak kena cek,alamat tak payah makan la semua benda.."

tapi perlu kita ingat..apa yang kita makan akan menjadi darah daging dan seterusnya membentuk sikap dan keperibadian kita sebagai seorang muslim..tidak hairan jika kita lihat akhlak masyarakat hari ini semakin runtuh..remaja-remaja makin hilang rasa malu..degil,merompak,membunuh,bahkan sudah berani merogol rakan sekelas walaupun baru berumur 12 tahun..

bagi saya faktor persekitaran memang turut menyumbang terhadap perilaku seseorang..tetapi faktor dalaman juga turut memainkan peranan yang penting dalam pembentukan shaksiah seorang muslim..

teringat kata-kata ibu saya.."budak-budak dulu nakal jugak..tapi taklah senakal dan jahat macam budak-budak sekarang ni..sebab budak-budak sekarang ni makan makanan yang macam-macam..tah halal tak suma dia makan..tengok anak2 murid mama sudahla..makanan membe sekelas yg cina pon sanggup makan sebab xnak puasa"

berapa ramai antara kita yang memang betul-betul ambil kisah pada soal makanan??ramai di kalangan melayu sanggup makan di restoran2 cina,di kopitiam..tu belum termasuk perasa makanan yang diletakkan di dalam makanan ringan yang kita makan..

Suka saya kongsikan disini kata-kata Saidina Ali bin Abi Thalib k.w:

"انظروا من ترضع أولادكم فإن الولد يشبّ عليه"

Ertinya: "Hati-hatilah kalian dalam memilih ibu susu untuk anak kalian kerana air susu yang diminumnya akan mempengaruhi jalan kehidupannya"

dapat kita perhatikan dengan jelas bagaimana air susu(makanan) yang diberikan mempengaruhi jalan kehidupan kita yang akan datang..masuk kempen susu ibu sekali nih..(:

maka berwaspadalah kita terhadap apa yang masuk didalam kerongkong kita..mudah-mudahan kita mampu membina keperibadian muslim yang unggul dan jitu..

turt saya kongsikan kod-kod makanan yang tidak halal..moga ianya membantu dalam usaha kita untuk memelihara diri kita dari sumber yang tidak halal



kod makanan yang mengandungi lemak babi




Thursday, May 6, 2010

imtihan oh imtihan (:



Salam buat semua :)

sekejap ja masa berlalu dah nak imtihan semula..buat sahabat-sahabat yang akan menduduki imtihan..bittaufiq wannajah..tak lupa jugak buat sahabat-sahabat tahun satu qiraat mansoura yang tak dapat menduduki imtihan daur awal moga kesabaran sentiasa bersama anda:)

bila sebut ja pasal pelajar2 qiraat ni..dah heboh n menjadi berita sensasi dah kat bumi kinanah ni mengenai masalah kenaikan nama pelajar2 qiraat seterusnya menyebabkan mereka dihalang dari menduduki peperiksaan..sunnah berjuang..tak lari dari pelbagai rintangan dan cabaran..

saya tak ingin hurai lebih panjang hal ni..sebab banyak sumber2 ilmiah yang kita sendiri boleh baca dan dapatkan maklumat terperinci mengenai hal ini..seperti disini dan disini..

namun..apa yang saya nak huraikan disini berkaitan sikap mahasiswa-mahasiswi dalam mendepani masalah ini..

mungkin ada segelintir yang tak ambil tahu dan tak ingin ambil tahu hal ni dengan alasan aku bukan budak qiraat..ada jugak yang bermati-matian memperjuangkan hak pelajar qiraat..(terima kasih kepada mereka)dan ada jugak pelajar yang redha dengan apa jua ketentuanNya..

bagi golongan yang memperjuangkan hak mahsiswa dan mahasiswi qiraat..bagi pendapat peribadi saya..saya bersetuju dengan langkah mereka yang mendesak pihak jpmk untuk serius mendepani masalah ini..jika tiada desakan demi desakan kepada pihak yang bertanggungjawab,tidak mustahil kesulitan ini akan berulang kembali..namun perlu diingat..bersedehanalah didalam semua perkara..tak perlu ada cacian,makian,menghina mengeji individu2 lain..kita ingin menegakkan keadilan..tetapi kita sendiri membawa qudwah sayyiah..tidak perlu membabitkan perbezaan ideologi dengan mengecam tarbiyyah yang diterima individu didalam jemaah lain..jangan jadikan masalh ini asbab untuk kita berpecah..bahkan lihatlah dari sudut positif agar musykilah ini mampu membuatkan kita bersatu..jangan jadikan isu ini untuk menyemarakkan api permusuhan..

sifat redha dengan segala yang telah Allah taqdirkan pada kita memang perlu..namun,malang sekali andai redha kita tidak disertai dengan usaha untuk memperbaiki keadaan yang sedia ada..ya anda boleh redha dengan mengambil imtihan pada daur thani..tetapi hak anda untuk mengambil imtihan pada daur awal dinafikan hanya kerana kecuaian pihak tertentu..maka perlu ada usaha untuk memastikan apa yang berlaku ke atas anda tidak akan berlaku untuk generasi akan datang..

akhir kalam..peringatan untuk diriku yang hina dan buat semua..bersederhanalah didalam setiap perbuatan dan tingkah laku agar kita dapat menjadi muslim sejati..seperti sabda Rasulullah s.a.w hadisnya yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi: ertinya :

“Sebaik-baik perkara ialah yang paling sederhana”





nota kaki:imtihan syafawi nahu pada 22mei ini..doakan dipermudahkan segala urusan saya (:



peliharalah dirimu wahai wanita


Assalamualaikum..

Lama tak sempat nak mencoretkan pahit manis kehidupan di bumi kinanah ni..dan kesempatan ni saya nak kongsikan sesuatu buat pembaca sekalian terutamanya yang bergelar wanita..

Rasanya ramai yg dah mengetahui mengenai kes seorang pekerja wanita Indonesia yg dirogol bergilir-gilir oleh 6 lelaki arab..sedih saya mendengar berita ini..sebelum ni waktu mula-mula samapi ke sini..memang banyak dengar khabar2 begini..akhawat disitu dicabul akhawat disana dirogol..namun rata2 kawan-kawan saya yg tinggal lebih lama disini yang sudah memasuki tahun keempat kebanyakannya menafikan perkara tersebut..

Namun untuk kes kali ini saya kira ianya adalah sohih sebab siap masuk paper mesir dan perogol mangsa sudah diberkas..boleh baca artikel disini dan disini

Tahniah diucapkan kepada kbri(kedutaan besar republik indonesia) atas tindakan segera memaksa pihak berwajib mesir untuk menghadapkan pesalah terbabit ke muka pengadilan..moga hukuman selayaknya diberikan terhadap mereka yg bernafsu binatang..

Sebagai wanita..walaupun sudah memiliki cahaya mata..saya tetap risau dan prihatin akan keselamatan diri..maruah kita sebgai wanita tiada tolok bandingnya..jangan sampai sesutu yg buruk berlaku baru kita menyesali tindakan kurang prihatin kita terhadap isu sekeliling kita..

Buat para wanita disisni :

  • ambillah langkah berjaga-jaga ketika keluar dari rumah..sebaiknya berteman ketika keluar

  • sentiasa sediakan alatan pelindung diri di dalam beg seperti spray lada,pisau lipat yg kecil

  • speed dial phone number orang tertentu yg dapat membantu ketika kesusahan

  • jangan lupa untuk sentiasa memohon perlindungan dari Allah swt

  • elakkan melalui jalan yang sunyi walaupun pada waktu siang


buat para ikhwah yang ditugaskan menjadi musyrif

laksanakan amanah yg ditaklifkan kepada anda dengan sebaik mungkin..kerap juga sahabat-sahabat saya merungut dan lebih senang tidak menggunakan khidmat musyrif kerana ikhwah tidak akan menjawab panggilan telefon dan interkom pada waktu malam..sebab dah tau memang akan ada akhawat mintak jadi musyrif..langak paling bijak,lebih baik tak jawab telefon..hmm..moga golongan ini dibukakan hati untuk sama-sama membantu menjaga keselamatan muslimah di bumi kinanah ini..

tak lupa juga buat akhawat yg meminta pertolongan musyrif agar tepati masa anda..amat tidak sopan dan kurang bererikemanusiaan pada saya pada akhawat yg meminta tolong musyrif tetpi membiarkan musyrif tercegat berjam-jam menantikan akhawat untuk bersolek..belajarlah untuk tepati masa anda..andai orang lain sudah meluangkan masa,sanggup ketepikan keletihan untuk menemani anda,mengapa perlu menyusahkan mereka..

moga kita sama2 selamat dari sebarang kecelakaan..moga permusafiran ilmu ini sentiasa dimudahkan oleh Rabbul Izzati..ameen


nota kaki : sila abaikan penggunaan bahasa yang semakin hari semakin merosot..huhu




 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Image by Kevin Dooley