Saturday, December 25, 2010

tsunami di alexandaria,egypt


bot nelayan berada di Sungai Nil semasa ribut pasir melanda Kaherah, Mesir



salam buat semua :)

ni adalah entry cerita basi..tapi nak jugak tulis..hehe..memang tak boleh jd wartawan sebab berita lambat sampai..haha..

ni cerita yg berlaku 11 and 12 disember lalu..sampai masuk berita kat malaysia la kan..family suma siap msg tanya risau..hehe..bukan risau kat ummi n abi sangat pun..risaukan ulya..takut tak tahan dengan keadaan yg sejuk :)

tahun-tahun sebelum ni rasanya tak teruk sangat muqaddimah shita` ni..selalunya hujan sehari dua n bermulalah musim sejuk..tapi tahun ni punya intro lain sikit..mungkin salah satu teguran dari Allah buat hambaNya..bermula sabtu n ahad memang angin+ribut pasir yg amat dahsyat..memang mengigil2 la..

tu baru keadaan dekat kaherah..selepas beberapa hari baru tengok dekat fb seorang kawan keadaan `tsunami alex`..

gambar-gambar kesan dari angin yg melanda iskandariah


musnah segala sampan dan pondok

benteng pun turut diterbangkan angin

pondok polis yang nak ikut minum teh dalam kedai :D

hancuss semuanya



benteng terbang

asalnya adalah restoran
hancur lebur..kekuasaan Allah dalam sekelip mata

pasir-pasir yg turut nak main :P


Sejarah pertama melihat kerosakan seperti ini di bumi kinanah ini..segalanya adalah peringatan dari Allah buat kita yg berada di bumi ini..agar kita menjauhkan diri dari segala laranganNya..
dan bersiap sedia menempuh hari kebangkitan..moga kita sentiasa tergolong dalam golongan hambaNya yg diredhai..ameen


Monday, December 20, 2010

my breastfeeding heaven contest :)

Salam buat semua :)

baru lepas blogwalking..and terbaca entry kat blog cikgi aniemz pasal my breastfeeding heaven contest nih..hehe..memang selama wujud blog ni rasa memng tak penah pun join apa2 contest..faktor utama macam alasan selalula..hehe..MASA..walhal org lain sempat ja kan..hikhik..so tambah lagi satu faktor..MALAS..tapi tiba2 tergerak hati nak join contest ni..tapi rasa malas sebab tengok ulya nyenyak tido n nak join dia tido tapi terngiang-ngiang pulak panggilan contest ni sampai tak-boleh-pejam-mata..haha~

maka bermulalah kisah seorang ibu yang bertungkus lumus mensasarkan target utk fully breastfeed kan anak daranya sehingga genap 2tahun..

cerita tanpa intro dari mula tak best..so kita mula dari ulya di alam rahim..hehe..waktu mula2 tau pregnant..macam2 perasaan dalam hati..dan yg paling penting dalam pemikran budak sebesar saya ialah jaga kandungan dengan baik..banyak la bahan2 ilmiah termasuk menggunakan khidmat en.google utk memastikan ulya sihat n membesar dengan jayanya..so segala ilmu ttg kehamilan saya khatamkan..tapi satu kesilapan saya yg amat saya sesalkan..saya terlewat utk memikirkan tentang exsclusive bf..tahla kenapa waktu tu dalam kepala tak pernah terlintas langsung n nak terpikir pasal nih..mungkin sebab waktu tu jarang baca2 blog2 orang lain..n terutama singgah blog2 pasal penyususan nih..di pluskan my sis n sil mmg tak fully bf kan anak masing2..dan saya mengandungkan ulya ketika berada di mesir..memangla tak dapat bahan-bahan ilmiah yg berbahasa melayu melainkan internet..makanya memang j-a-h-i-l tentang penyusuan nih..huhu

banyak preparation lebih kepada pakaian..kelahiran dan sewaktu dengannya..tapi yg saya tau mmg after ulya lahir nak terus bf sebab tahu berharganya kolostrum waktu tu..tapi tak terpikir pulak halangan-halangan yg begitu mencabar utk bf ni..dari mula ulya dekat hospital mmg saya dah bf kan..alhamdulillah sumanya berjalan dengan lancar..sehinggalah hari kesepuluh kelahiran ulya..bersamaan dengan hari raya pertama..dalam waktu zohor tu tiba-tiba b****t rasa sakit ya amat..sampai tak tahan n tiba-tiba panas badan sampai 39^c and terus ke klinik..memang dr cakap demam..dan dr dah pesan boleh bf kan anak..tapi jangan pegang or peluk lama2..lepas bf biar org lain pegang or dodoikan tido..oleh sebab family risau sgt..n keadaan b yg sgt membengkak saya pun mulakan pump b****t..tapi cuma guna pump pureen manual tu..sebab mmg jahil sangat-sangat pasal pump2 nih..dalam pantang jgn cakap la hasilnya..penuh botol walau guna pump manual tu :) so my mum n sis yg jaga ulya n susukan melalui botol..



mcm nila rupa my 1st breastpump :)

dan inilah kesilapan kepada dugaan-dugaan yg datang seterusnya..kesilapan tanpa pengetahuan tentang bf yg membuatkan saya harus melalui liku-liku yg berduri selama 4bulan..hukhukhuk..
mengikut lactation counselor puting @ botol hanya harus diperkenalkan setelah baby berusia 30 hari!dan ulya ketika minum ebm melalui botol baru berusia 10 hari..hukhuk..

selang sehari selepas kejadian..ulya still direct bf dengan saya dan cuma kadang-kadang tak nak direct bf..mungkin salah satu faktornya ulya selalu tersedak bila minum susu..dan disini jugala bermulanya sejarah saya mengenali dunia susu ibu :)
saya pun semangat search cara-cara elakkan anak tersedak ketika direct bf..dan dari sini terjumpak macam-macam blog susu ibu..sehinggalah tau pelbagai masalah penyusuan dan kepelbagaian jenama2 breastpump dan kelebihan masing-masing -_^

tapi..ilmu ttg nipple preference saya masih belum tau waktu ni..selama saya di malaysia..seingat saya hanya 3kali ulya tak nak direct bf..dan saya masih belum tahu apa sebabnya..sesampai di mesir waktu ulya berusia 1bulan 28 hari..seminggu pertama di mesir masih direct bf..n mungkin sebab ulya rasa lebih mudah bila guna botol susu maka dia menolak direct bf..bayangkan kehidupan saya dengan keadaan baru pindah rumah..peti ais rosak..baru nak kumpul stok..ulya yg semakin banyak minum susu..kembali menyesuaikan diri dengan keadaan mesir..urusan kuliah..visa..zakat..yg betimpa-timpa dalam hidup saya..waktu tu dalam fikiran saya hanya dua..terus berusaha hingga ke akhirnya..walau apa jua cabaran yg datang..atau berhenti di tengah jalan..dan berikan ulya formula milk..


breastpump ke2 yg banyak berjasa :)

makanya..saya memilih jalan pertama..kerana inilah pengorbanan saya sebagai seorang ummi buat ulya..saya mahu memberikan yg terbaik buat ulya..dan itu hak ulya yg akan saya tunaikan selagi saya mampu..

dalam keadaan susu yg di pump semuanya utk ulya minum..dan saya memang tak mampu nak buat stock ebm lansgung..cuma ada 4botol paling banyak saya kira di dalam freezer..tu pun utk diguna saat-saat genting..dan bermula usia ulya dua bulan sehingga empat bulan..saya mengaharungi detik bangun malam setiap 2jam utk panaskan susu ulya..pump semula utk stok sepanjang saya ke kelas esoknya..sepanjang tempoh ini..pelbagai perasaan yg saya rasai...letih..penat..tak cukup tidur..dan macam-macam lagi..tapi saya tetap tidak akan berserah..abilah yg menjadi saksi betapa banyak air mata yg gugur kerana niat yg satu ini..mudah-mudahan Allah mengganjari saya dengan sebaik-baik ganjaran..

dan keadaan berterusan sehingga bulan keempat..ketika selesai imtihan sem satu saya..kami bercadang jaulah ke sinai dan dahab..tapi yg menjadi masalah saya adalah ulya..sebab ebm memang tak cukup sepanjang perjalanan tu..dan ulya memang tak nak direct bf..so saya memang kena sentiasa pump dalam perjalanan..tapi akhirnya saya turut ke sinai dan dahab..dan saya sentiasa pump semasa dalam perjalanan dan dalam surau setiap perhentian..sbb mmg ice pack pun xdapat nak tahan..ditambah saya tak ada 2 in 1 warmer..yg ada warmer elektrik..maknanya saya pump n ulya minum sepanjang perjalanan..penat dan tersiksa jangan cakapla..tapi saya kuatkan azam demi ulya..maka segala perasaan yg tak elok saya buangkan..

sebelum perjalanan saya sempat solat hajat agar Allah beri kemudahan kepada saya sepanjang perjalanan dan berdoa ulya nak direct bf semula seperti doa saya setiap kali selepas solat..
sehinggalah sampai dekat wadi arbaien...tempat di mana nabi-nabi dahulu berkumpul utk musyawarah..saya dah dapat rasa memang time ulya nak menyusu..dan saya pohon agar ulya nak direct bf..dan saya cuba utk direct bf kan ulya..dan ketika itu ulya tak menangis dan menolak seperti sebelum dan terus direct bf..Alhamdulillah..hanya kesyukuran yg tidak terhingga saya panjatkan kepada Allah kerana memakbulkan permintaan saya..dan Allah memakbulkan permintaan saya di tempat yg bersejarah..tempat berkumpulnya para anbiaya`..


antara petua membanyakkan susu badan agar membaca ayat ini :) dan antara maksud ayat ini Allah perintahkan kpd Nabi Musa agar mengetuk pada batu dengan tongkatnya..dan terpancarlah 12 mata air dari batu tersebut

dan disinilah mata air nabi musa..saya melaluinya dalam perjalanan ke wadi 40




pemandangan perjalanan ke wadi 40..dan disinilah Allah memakbulkan doa saya :)


bermula dari situ sehinggalah sekarang..Alhamdulillah..ulya direct bf tanpa lagi botol-susu dan dia pun buat muka pelik dan menolak bila saya bg ebm dalam botol..sehingga sekarang..ulya dah berusia 1tahun 3 bulan..dan hanya menyusu dari ladang tenusu umminya sahaja..Alhamdulillah!!kebahagiaan..kepuasan yg tiada tolok bandingnya..bila saya mengingati kembali detik-detik hitam perjalanan penyususan saya..saya hanya mampu bersyukur kerana Allah memberikan kekuatan kepada saya utk terus menyusukan ulya tanpa futur di tengah jalan! haza min fadhli rabbi!!

breastpump terakhir hadiah dr my beloved mom :)(sumber google sbb tak sempat nak snap pic :)

Yakinlah bahawa setiap kesusahan yg kita hadapi bersama-samanya adalah kesenangan yg berpanjangan..moga mommies di luar sana terus tabah dan sabar dalam menghadapi onak dan duri dalam breastfeeding..dan doakan agar saya dapat meneruskan niat suci ini sehingga ulya genap 2tahun..ameen..

Dan yang terpenting adalah ilmu+sabar+semangat+tabah..moga kita dapat memberikan yg terbaik utk anak-anak kita..dan yakinlah bahawa setiap niat yg suci tu akan dimudahkan jalannya oleh Allah swt :)

yeay..caya minum cucu ummi yg cedap dan berkhasiat :)


Berakhirlah kisah saya sepanjang pengalaman penyusuan si kecik ulya..maka entry yg tah hapa hapa ni dipertaruhkan utk my breastfeeding heaven contest :) ini pengalaman penyusuan saya..anda pula bagaimana??jom ramai2 sharekan pengalaman bf kan anak masing2..ada rezeki boleh menang hadiah yg best :)


Sunday, December 5, 2010

Promosi dari Celcom: BB Bold 9780 and BB Torch 9800!

Dah join churp churp n sekarang ni nak ads sikit pasal promosi #CelcomExec for the Celcom BB Bold 9780 and BB Torch 9800..dan kini anda boleh memilik BB serendah rm 1188..Menarik kan??Jom tengok promosi BB ni :


clik gambar utk ke pautan :) (ayat skema)


psss : sapa2 yg belum regist churp-churp..jom buat duit melalui online :D


Saturday, December 4, 2010

ahlan muharram 1432H







Assalamualaikum..

Sedar tak sedar..tahun 1431H hampir melabuhkan tirainya..dan muharam 1432H bakal menjengah tidak lama lagi..tapi..banyak tak amal-kebaikan..pahala2 yg dapat kita kutip sepanjang 1431H??Ya Allah..terasa sikitnya amal-ibadah yg saya lakukan pd tahun ni..-___-

Moga sama-sama kita berazam utk melakukan yg terbaik buat tahun baru yg bakal menjelma..Moga sedikit perkongsian ini dapat mengganjari saya dengan pahala kebaikan..

Antara amalan yang boleh kita lakukan di bulan ini :

*Digalakkan pada hari terakhir bulan Zulhijjah dan pada 1 Muhharam dibacakan doa
akhir (akhir Zulhijjah) dan awal tahun (awal Muharram).

*Berpuasa Sunat

Bulan Muharram merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram. Berpuasa pada bulan ini pada dasarnya dijanjikan dengan pahala yang besar. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :

“Puasa yang paling utama selepas Ramadan ialah bulan Allah,Muharram dan solat yang paling utama selepas fardu ialah ialah solat malam”.(Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad)

Hadis ini dengan jelas menyatakan keutamaan berpuasa pada bulan Muharram berbanding bulan-bulan lain selain Ramadan. Hadis ini juga menjadi hujah bahawa kita digalakkan berpuasa sunat pada bulan Muharram lebih banyak berbanding bulan-bulan lain.

Puasa bulan Muharram digalakkan berpuasa pada hari ’Asyura iaitu pada 10 Muharram. Puasa ‘Asyura ini pada asalnya adalah wajib. Kemudian menjadi sunat setelah puasa Ramadan difardukan sebagaimana sabda rasulullah saw hadis riwayat Muawiyah ra berkata :

"Aku mendengar Nabi bersabda : Hari ini adalah hari ‘Asyura tidaklah wajib kamu berpuasa tetapi saya berpuasa. Maka sesiapa yang mahu ia boleh berpuasa dan sesiapa yang tidak mahu ia boleh berbuka." (Imam al-Bukhari dan Muslim).

Galakan berpuasa pada hari ‘Asyura ini berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Ibn Abbas berkata :

“Aku tidak melihat Rasulullah saw mengutamakan hari puasa yang dilebihkan atas hari lain kecuali hari ini, iaitu hari ‘Asyura dan bulan Ramadan”.


Terdapat sebahagian ulama yang berpendapat puasa pada hari ‘Asyura ini hendaklah dilakukan bersama sehari sebelumnya iaitu dinamakan juga dengan hari Tasu’a (hari kesembilan). Ini berdasarkan hadis hadis Ibn Abbas ra :

“Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa, mereka berkata:Wahai Rasulullah saw Sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi. Maka Nabi saw bersabda :”sekiranya aku masih hidup tahun hadapan, tentu aku akan berpuasa pada hari kesembilan”. (Riwayat Imam Muslim)

Ada sebahagian golongan menyunatkan berpuasa pada hari 9,10,11 Muharram berdasarkan hadis Ibn Abbas :

"Hendaklah kamu perpuasa pada hari ‘Asyura dan hendaklah kamu menyalahi orang Yahudi padanya, berpuasalah sehari sebelum dan sehari selepasnya."


Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Bayhaqi. Namun begitu hadis ini tidak boleh dijadikan hujjah untuk mensyariatkan sesuatu amalan kerana hadis itu adalah da’if lagi mungkar seperti yang dikatakan oleh Imam al-syaukaniy dalam Nayl al-Awtar. Al-Albaniy juga menghukum hadis itu da’if.

Oleh itu kita boleh memilih sama ada hendak berpuasa hanya pada hari ‘Asyura atau hendak berpuasa dua hari berturutan iaitu pada hari Tasu’a dan ‘Asyura. Kedua-dua cara ini mempunyai sandaran dalil masing-masing daripada hadis yang sahih. Seseorang itu juga boleh berpuasa pada hari-hari dalam bulan ini tanpa ditetapkan hari tertentu berdasarkan umum hadis keutamaan bulan Muharram berbanding bulan-bulan yang lain.

Marilah sama-sama kita meningkatkan amal ibadah kita..fastabiqul khairat!

selamat menyambut awal muharam 1432H dari kami sekeluarga :)

pss :exam semakin menghampiri..doakan saya dalam doa kalian agar Allah memberi kejayaan yg tidak disangka2 buat imtihan kali ini :)

Wednesday, December 1, 2010

gejala murtad di negara kita..





assalamualaikum..

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW
berpesan “Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang
kepada umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya
seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak”. Sahabat
bertanya “Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? “

“Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu, pada
masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.”

Sahabat bertanya lagi. “Mengapa begitu ya Rasullullah? ” Rasullullah SAW
menjawab, “Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia”. Imam Ghazali pernah
berkata dalam perkara ini, “Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan
seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.”

Dan benarlah apa yg diucapkan oleh baginda s.a.w..entry kali ni saya nak share kan beberapa link mengenai gejala murtad yg semakin berleluasa..memang selama ni kita dengar tapi mungkin kita tak mengetahuinya dengan mendalam..bila tgk video..baca kisah2 murtad..dan pengakuan si murtad..meremang bulu roma..nak menangis n macam macam perasaan bercampur baur..hanya doa yg mampu saya panjatkan agar iman saya..keluarga..zuriat dan keturunan saya senantiasa dipelihara Allah..dan matikan kami dalam keadaan iman dan islam..

dan lebih merisaukan..memikirkan bagaimana zaman yg harus ditempuh oleh ulya..oleh anak2 masa akan datang..moga Allah sentiasa melindungi kita dan menjaga keimanan kita..


kisah murtad di malaysia


sumber dari amenoworld

apa reaksi anda melihat gambar ini??

si murtad tersenyum gembira..dan peguam yg mewakilinya turut tersenyum atas kemenangan kes tersebut sedangkan sudah tentu dia juga mempunyai asas-asas agama yg kukuh!


Nama pelajar : hasnah
Asal : Malaysia
Keluarga : 12 adik beradik, ayah seorang kaki botol
Melanjutkan pelajaran : Kansas State Universiti, USA
Mengapa keluar Islam : Kesusahan dan keperitan hidup masa lampau yang dilalui.. adakah ini satu alasan yang rasional??



pengakuan murtad oleh hasnah laknatullah









Rakaman ini adalah pengakuan murtad seorang wanita Islam malaysia bernama Hasnah di USA. Petikan audio ni kawan saya email kepada saya dan saya ingin berkongsi dengan saudara islam yg lain. I believe you can find out more who this Hasnah is from the recording. Saya terasa untuk berkongsi pandangan saya tentang perkara ini setelah berulang kali mendengar rakaman ini. Mungkin boleh kita jadikan pedoman dan iktibar.

Sebelum ni, saya pernah dengar atau baca tentang org Islam Malaysia murtad, saya rasa dah beberapa kali berlaku. Tapi tidak pernah saya mendengar pengakuan sebegini. Bukan setakat satu pengakuan bahawa dia sudah masuk Christian, malah memperleceh dan mempersoalkan kebenaran Allah dan Islam, dan sebaliknya mengagung2kan kristian. Sebagai seorang Muslim, saya rasa amat marah, kecewa dan sedih, dan saya pasti anda juga akan rasa begitu. Terfikir saya bagaimana dia sanggup berbuat demikian. Hasnah memberi alasannya didalam rakaman ini. Bagaimana kesempitan hidup, kesusahan , kesedihan dan kesengsaraan membuat dia hilang kepercayaan terhadap tuhan dan agamanya. Salah siapa? Dirinya sendiri, keluarganya yg porak peranda atau masyarakat? Mungkin sudah tidak perlu lagi di jawab kerana mungkin sudah terlambat bagi Hasnah. Bagaimanapun, saya ambil kisah ini sebagi satu iktibar. Hasnah menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yg dia alami. Baginya, Allah tidak menyayanginya. Tidak menolongnya. Walau apapun,alasan yg diberikannya tidak boleh saya terima. Sebagai org islam, saya percaya, apa yg berlaku dlm hidup ini adalah ketentuan tuhan, qada dan qadar. Jika hidup kita diberikan kesenangan, kita patutlah bersyukur. Dan sekiranya bala dan kesusahan kita alami, kita haruslah redha, bersabar, tabah berusaha mengatasi dan bertawakkal. Itu adalah dugaan allah terhadap hambanya. Kadangkala, disebalik setiap kesusahan itu ada hikmahnya. Sesungguhnya Allah sayang terhadap hambanya. Sayang sekali, bukan itu yg Hasnah nampak.


Membuat saya terfikir, mungkin ada org disekeliling kita, mungkin org yg kita kenali melalui apa yg Hasnah telah lalui. Dan saya rasa kita boleh melalukan sesuatu utk mengelakkan ini berlaku lagi. Janganlah dibiarkan mereka bersendirian sehingga mereka mula mempersoalkan takdir tuhan. Kenapa tuhan tidak berlaku adil? Kenapa Tuhan memberikan kesusahan dan kesengsaraan? Kenapa tuhan tidak menolongnya? Mungkin kita boleh menolong mereka sedaya yang mampu. Dan saya rasa yang penting ialah mengingatkan mereka supaya redha, tabah menghadapi dan bertawakkal. Jika tidak, pasti musuh Islam akan mengambil kesempatan untuk memesongkan fikiran dan jiwa mereka, sebagaimana yg telah berlaku terhadap Hasnah. Saya harap kisah ini dapat di kongsi bersama saudara Islam kita yg lain utk dijadikan iktibar. Semoga kita berwaspada terhadap kesempatan yg di ambil oleh musuh islam untuk memesongkan kita. Tulisan saya ini adalah pandangan saya, seorang yang masih banyak kelemahan. Sekiranya ada salah dan silap, sudilah kiranya ada yg menegur. Dan buat Hasnah, semoga Allah memberi petunjuk untuknya bertaubat dan kembali kepangkuan Islam. InsyaAllah.



Itu baru dua kisah basi yg saya pertontonkan kembali..dan bagaimana dengan ini ??Pengakuan secara terang-terangan oleh mereka yg murtad dari seluruh negara..termasuk malaysia dan egypt!!dan kalau anda baca pengakuan adam di sini..dia turut meminta agar mendoakan org yg murtad di malaysia mendapat perlindungan dan dibantu!

Andai gejala murtad ini dibiarkan sepi tanpa tindakan yg sewajarnya..maka tidak hairan jikalau pada masa hadapan semakin ramai remaja di negara kita yg menukar agamanya dengan pelbagai alasan yg dibuat-buat!!

Untuk mengetahui kisah-kisah murtad sejak zaman kanak-kanak kita..boleh tengok disini..Moga Allah kembalikan mereka ke pangkal jalan..moga mereka diberi hidayah olehNya kembali..dan moga kita serta zuriat keturunan kita thabat dalam agama ini..amiin ya Rabb..

Thursday, November 25, 2010

ulya @ hospital tabarak

Assalamualaikum..

memang dah lama tak update blog..kat malaysia dulu jangan cakap la malas yg tersangat nak update..hehe..sebab asyik jalan-jalan ja..n bila dah sampai mesir dah memang tak sempat langsung nak update..huuhu..

pengalaman pertama buat ulya n buat ummi n abinya..1st time ulya masuk ward..huhu..walaupun agak lambat update cerita ni..tapi sbg kenangan yg perlu diingati..maka saya coretkannya disini ^________^


16 november 2010

hari raya aidil adha n ulya tak berapa nak panas lg..still beraya n pakai baju kurung..tapi dgn muka yg monyok n bad mood..hehe..so mmg tak snap pic langsung..bawak ulya tgk unta , kambing lembu n haiwan2 korban kat hayyu asyir..dia takda respon..

balik umah dalam tghari terus dia tidur till malam..tgk suhu dia makin meningkat so bg ubat demam n jelum sikit-sikit ja..sebab musim sejuk..takut effect lain pulak..tak berani nak jelum macam kat malaysia..huhu

17 november 2010

ulya bangun tengah hari dengan wajah yg ceria n riang ria..badan pun ok..so kami ingatkan dah sihat n ok..tapi bila malam..badan makin panas..makan suma dia tanak..n hanya tidur..saya mmg dah cuak sgt sbb tinggal kat umah sorang2..baca selawat syifa` n jelum guna air asam jawa..tapi xda effect jugak..still 39 lbh2 suhu dia..n bila abi balik dalam 1.15am terus bawak pegi klinik..susah nak jumpak klinik yg bukak sbb tradisi sini lebih meriah bila sambut aidil adha..jadi banyak klinik tutup..pegi hospital taisir..hanya ada seorang doc..n dia bising n marah2 sbb lambat bawak..pegi farmasi beli ubat yg doc tulis..n bagi ubat bontot kat ulya..terus dia tido..

18 november 2010

bangun pagi ulya mcm dah ok sikit..tapi panas balik bila tengahari..still guna ubat montot tu..n berkesan kejap ja..selalu dengaq pengalaman org lain..kalau ubat bontot tu 2 kali guna dah ok..tapi ulya dah masuk kali ke tiga pon suhu 39 n 38 ja..

19 november 2010

sepakat bawak ulya ke tabarak hospital hayyu sabiek (hospital yg biasa kami pegi) n sampai ja kat situ bila cakap ulya dah lbh 3 hari demam terus dia tanak terima n suruh rujuk ke tabarak abas el-aqad..so pergila sana n ramai ya amat kanak2 yg sakit..arab tu ckp kalau nak check cepat bayar 70le...so kami pon tanak tggu lama2 baya jela 70le..tapi bila check doc tu cakap kena tahan ward sbb nk check lbh lanjut..

and..ni la 1st time tgk ulya kena amek darah..cucuk sana sini..huhu..memang tak tahan..sayu hati..huhu..abi yg konon macho pon cakap: " tu suma nak masuk kat ulya ka??ayg pegangla ulya..abg nak dok lua..tak sanggup tgk ulya kena camtu"hehe..memang tak sanggup tgk budak kecik kena cucuk n macam2..huhu..

lepas masuk ubat bagai nurse check still tak turun panas..n dia suruh basuh ulya dari bawah kat toilet n basahkan pampers..ilmu baru jugak..sebenarnya mmg takut nak basuh ulya lebih2..sebab dah masuk musim sejuk..kalau kita yg tua pun mengelat nak kena air..inikan budak kecik..huhu..siap basuh tanpa water heater pulak..tapi bila nurse suruh camtu baru rasa yakin..huhu..

20 november 2010

sebenarnya harini anniversary umi n abi yg ke 2..mmg dah rancang macam2..n ramai kawan2 yg dah jemput dtg umah before eid lagi..n kawan2 pon tak amek tarikh ni buat open house sbb dah maklum umah kami punya tarikh..tapi tula..kita merancang,tapi perancangan Allah lebih hebat..makanya kami bermalam kat hospital..n inform yg open house cancel..huhu..maaf sangat2 buat suma sahabat..

doc mmg dah inform insyaAllah kalau panas dah turun dah boleh balik hari ni..tapi ulya punya suhu masih tak menentu..jadinya kenala bermalam lagi kat hospital..n hari ni jugak ulya cirit birit..memang risau sgt..huhu..n berapa kali masuk ubat dah tak ingt..n last check malam tu dalam 12 am doc cakap suhu dah turun..n kalau esok..tak ada panas n ishal(cirit) dah boleh keluar..

21 november 2010

alhamdulillah 2 kali check pagi tu dalam zohor ulya dah boleh keluar tapi 22 n 23 still kena g hospital utk huqnah (injection) antibiotik..


sebenarnya banyak tarbiyah yg kami dapat dari apa yg berlaku..setiap apa jugak perkara yg buruk menimpa kita..kalau kita lihat dari sudut hikmah..maka akan banyakla buah2 ibrah yg kita dapat..begitu juga kami..

pertamanya memang bertepatan dgn hari raya haji pun..tadhiyah(pengorbanan) ibu ayah terhadap kita..macam mana pengorbanan kita terhadap anak kita..n pengorbanan serta nilai ukhuwwah yg tiada tolok bandingnya..selama saya bermalam di hospital 3 org sahabat bergilir2 menjaga ulya..huhu..betapa mereka juga bersengkang mata n berkorban demi saya n ulya..moga Allah mengganjari mereka dengan sebaik-baik ganjaran..ameen :)


kami juga belajar menghargai anugerah Allah..tanpa berkeluh kesah..hehe..yg part ni..memang sebagai ibu bapa muda + masih belajar..memang terlalu mencabar menghadapi kerenah anak yg sedang membesar..misalnya..ulya memang suka sangat kemas rumah..tolong umi n abi kemas rumah..tak payah suruh pun memang tu hobi dia..umi baru kemas2..lipat selimut..susun bantal..tarik cadar..cepat-cepat dia yg tengah asyik main datang n tarik selimut..bagi selerak bantal..landing atas tilam..hehe..baru umi lipat baju tak sempat susun dalam almari cepat-cepat dia tarik bajuk tu n selerakkan balik..macam-macam la ulya suka buat..paling suka usik laptop sampai hang..suka off suka hati n macam2 lagi..kadang-kadang mulut ni membebel jugak..ulya.. kan ummi baru kemas tadi..ulya kan ummi baru tu..baru ni..hehe..

tapi bila Allah tarik nikmat kesihatan dari ulya..2 hari hanya tidur..tidak seceria dan seaktif selalu..sungguh..kami merindukan keletah ulya!rindu ulya sepahkan rak buku..rindu ulya selerakkan baju dalam almari..rindu ulya kacau kami dengan laptop..rindu segala-galanya tentang ulya..waktu tu baru saya terasa..sungguh..apa sahaja dari ulya semuanya adalah hiburan buat kami..namun kerana kelelahan belajar n urusan rumah tangga membuatkan kami secara tidak sedar mengeluh n melarang ulya dari tindak tanduknya.. maka kami belajar utk menghargai..menerima kesepahan itu adalah sebahagian dari proses tumbesaran ulya..-___-

dan amat penting..ilmu tentang pengurusan wang..hehe..wang saat emergency amat penting..utk kos ulya demam dalam beberapa hari sahaja hampir2 600le..hampir sama dengan sewa rumah kami sebulan..dari sudut wang tu memang tak kisah..asalkan ulya cepat sembuh..tapi peringatan buat kami agar bila-ada-duit-lebih-simpan..hehe..jangan asyik nak berbelanja..sebab bila kita dah berkeluarga..makin banyak wang saat-saat kecemasan yg perlu kita ada..

dan ilmu yg kami dapat jugak..skill menyedut hingus ulya..hikhikhik..kalau dulu rasa geli..tapi bila dah ada anak ni..sumanya ok..sumanya kena buat..lebih baik geli dari tgk anak menangis tak selesa kan..:)

oke panjang suda ummi membebel..jom tengok gambaq kenangan ulya kat hospital tabarak :)



















Sunday, November 21, 2010

happy 2nd anniversary

Assalamualaikum..

20 november 2008 ~ 20 november 2010..maka genaplah usia pernikahan kami mengemudi rumah tangga berasama-sama selama 2tahun..heh..baru 2tahun :)


doakan agar sakeenah,mawaddah wa rahmah senantiasa mengiringi bait muslim yg kami bina ini..doakan agar saya mampu menjadi setabah hajar..sehabat khadeejah..dalam menempuhi liku-liku kehidupan ini..

dan anniversary tahun ni..
`lebih special` sebab kami sambut kat hospital tabarak di abas el-aqad sebab ulya masuk ward sejak 19 nov hari tu.maka segala haflah yg dirancang sejak awal terpaksa dibatalkan..doakan kesihatan yg baik buat buah cinta kami `ulya nur qaisara..moga membesar menjadi mujaheedah yg mengembalikan kegemilangan islam..ameen






khas buat suamiku tersayang..

suamiku..

maaf andai aku tidak seperti yg kau duga
sering berkeluh kesah dan meluah rasa..
kerna aku wanita biasa..
yg belajar menjadi seorang mujahidah..


suamiku..

maaf andai aku isteri yg kau nikah..
tidak sempurna seperti Khadeejah..
tidak juga setaqwa Aisyah..
tidak pula sehebat Fateemah..
kerna aku hanya wanita biasa..
yang punya cita-cita menjadi solehah..

suamiku..

pernikahan ini..
mengajar kita tanggungjawab bersama..
aku menjadi tanah..dan engkau adalah langit penaungnya..
aku menjadi ladang tanaman dan engkau adalah pemagarnya..
aku adalah murid dan engkau adalah mursyidnya..
aku ibarat anak kecil..dan engkaulah tempatku bermanja..
saat aku menjadi madu..maka teguklah ia sepuasnya..
dan tika aku menjadi racun..maka engkaulah penawar bisanya..
dan aku..ibarat rusuk yg bengkok..
maka berhati-hatilah engaku meluruskannya..

suamiku..

ku pohon sabar darimu..
dalam mendidikku dan mentaatimu..
agar aku redup dibawah payungmu..
agar aku terang dibawah sinarmu..
agar aku mekar dalam cintamu..
agar kita bisa bersama-sama
berteman hingga ke syurga

salam sayang..

isteri yg kau nikahi keranaNya..


moga bahagia mengiringi kami hingga ke syurga!


Tuesday, August 31, 2010

21 ramadhan 1431H



assalamualaikum dan salam ramadhan :)


alhamdulillah..syukur yg tak terhingga kpd Allah swt..hari ni 21 ramadhan 1431H,genapla usia ulya setahun mengikut bulan islam..hehe..alhamdulillah..sekejap ja masa berlalu..dah setahun ulya bersama kami..terkenang ramdhan yg lepas..pengalaman pertama bergelar ummi..

alhamdulillah dgn izinNya juga..dapat fully bf ulya walaupun macam2 dugaan yg dihadapi..moga Allah mudahkan jalan utk terus bf kan ulya genap 2tahun n lebih..ameen ya Rabb..

buat ulya anak ummi n abi sayaang...

moga membesar menjadi anak yg solehah..yang taat pada perintah Allah dan RasulNya..menjadi anak yg indah akhlaknya mencontohi akhlak RasulNya..moga menjadi anak yg sentiasa taat terhadap ummi dan abi pd jalan yg haq..moga membesar menjadi serikandi yg menegakkan syiar Islam..moga berjaya di dunia dan akhirat..ameen ya Rabb..


ummi n abi syg ulya sangat2 :)












Sunday, August 29, 2010

ulya+birthmark

assalamualikum..

sebenarnya ttg tajuk ni..dah lama nk sharekan..tapi asyik tak sempat ja..huhu..dengan ulya yg makin lasak..pukul 2 or 3 pagi baru nak tido..mmg sangat sukar nak update blog ni..hihi..

sebenarnya dapat ilham nak tulis ttg birthmark ni sbb mula mencari2 penyebab n puncanya birthmark..sbb selalu sgt org tanya apa yg kat tangan ulya nih..n yg paling tergerak hati tulis bila ada yg kaitkan birthmark ni dgn benda2 yg xelok..huhu

alkisahnya..
masa mula2 saya sampai mesia hari tu..singgah rumah kakak sy di subang..tido sana utk semalam..so ank akk saya merangkap sepupu ulya nih..punya la teruja tgk adik ulya..asyik nak berkepit ja ngn ulya..so dah malam sgt n ulya dh nak tido waktu tu..kebetulan saya tgh makan n my mum yg tgkkan ulya.so mak saya pun cakap dkt ammar: "ammar,meh tido ngn adik ulya sekali.." dan jawapan yg keluar dr mulut ammar : "eeeee..tokk..tangan adik kotorr!dia conteng tangan dia..kale biru.." memang tegelak2 la mak saya dgr ammar cakap mcm tu..pandai ja dia cakap ulya conteng tangan..hihi(akk sy kata sbb dia selalu conteng tgn dia,dia ingat adik ulya pon prangai conteng tgn mcm dia..hihi)

n satu kisah lagi waktu kat mesir..waktu tu tgk sibuk berjalan di hussein beli buah tangan nak bawak balik mesia..n kebiasaan arab mmg suka pegang nunu ni..so ada sorang arab ni dia main2 dgn ulya..n dia tanya husband saya apa ni?n husband saya jawabla birthmark..n dgn selamba ja arab tu cakap ni sbb waktu ngandukan ulya dulu saya makan benda yg syubhah n ehem2 waktu pregnant..huhu..saya dlm hati hangin la jugak..haha..yela kalau xmenagandung pon mmg saya org yg titik beratkan soal makanan halal..mmg sgt2 detail bab2 makan nih..senang ja dia cakap camtu..huhu..n sy tanya husband saya..eh abg..waktu pregnant xbole ehem2 ke??konpius sy ngn mamat arab tu..huhu

pastu antara kisah lainnya ada jugak kawan2 yg jenis mulut kurang insuran..huhu..cakap ulya jadi mcmtu sbb kenan..huhu..mungkin niat dia bergurau tapi bg saya setiap ibu yg hamil,pasti dan pasti akan jaga sebaik mungkin kandungan dia..n elakkan dr buat benda2 yg tak elok..hatta cerita2 ngeri pon kawan2 xbagi tengok waktu ngandungkan ulya dulu..xkan saya bg lebam org kot..huhu

okes..dahla cerita pasal kisah2 saya,ulya n birthmark ni..hihi..saya nak sharekan antara fakta yg saya jumpa setelah penat menggoogle..trimas buat en.google ya :)

linknya disini

SECARA umum, tanda lahir pada bayi yang baru dilahirkan bukan masalah besar. Ia jarang berlaku tetapi mungkin mengejutkan ibu bapa yang selama ini tidak pernah terfikir, bayi mereka lahir dengan tanda di leher, muka atau belakang tengkuk.

Tanda lahir boleh terjadi sebelum dia dilahirkan atau selepas kelahiran. Sebenarnya tidak ada cara menghalang tanda lahir. Ia juga bukan disebabkan genetik tetapi bagaimana ia terjadi tidak dapat dipastikan secara khusus.

Kebanyakan tanda lahir akan hilang apabila kanak-kanak berusia lima atau sembilan tahun tetapi ada juga tanda lahir yang bersifat dramatik dan menyebabkan masalah kosmetik dan kemungkinan ia adalah tanda barah.

Jenis tanda lahir

1) Tanda lahir merah.

Ia disebabkan salur darah yang berada dekat dengan permukaan kulit. Ia juga dikenali sebagai ‘vascular birthmarks’ (tanda lahir vaskular). Tanda lahir jenis ini boleh dibahagikan kepada dua jenis; macular dan hemangioma.

Macular – Ia juga dikenali sebagai ‘stork bite kisses’. Ia biasanya muncul di belakang tengkuk dan sangat biasa bagi bayi baru lahir. Tanda lahir begini tidak memerlukan rawatan khusus kerana pada kebiasaannya ia akan hilang dengan sendirinya.

Hemangiomas – boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Satu daripadanya ‘strawberry hemangioma’. Tanda lahir ini selalunya berwarna merah cerah dan kelihatan menonjol pada permukaan kulit. Ada sesetengah ‘strawberry hemangiomas’ akan hilang dengan sendirinya apabila kanak-kanak itu mencecah usia lima tahun. Tetapi kebanyakan strawberry hemangiomas akan hilang pada usia sembilan tahun.

Satu lagi jenis hemangioma yang kelihatan di bawah kulit. Ia dikenali sebagai ‘cavernous hemangioma’. Warnanya agak berlainan dan ia tidak boleh hilang dengan sendirinya.

Port-Wine Stains – satu lagi jenis hemangiomas. Ia tidak tertonjol atau tidak berada di bahagian dalam kulit. Port-wine stain biasanya berwarna seakan-akan ungu bercampur merah atau merah gelap. Ia biasanya kelihatan di bahagian tengkuk atau muka.

2) Tanda lahir pigmen

Ia merujuk kepada sebahagian kecil kulit yang warnanya berbeza dengan warna kulit dominan. Tanda lahir ini juga selalu dirujuk sebagai ‘cafe-au-lait’ kerana selalunya ia lebih gelap dari kulit dominan.

Tanda lahir begini kadang kala boleh dikaitkan dengan penyakit keturunan yang menyebabkan pertumbuhan tisu saraf. Jika tanda begini kelihatan pada anak anda, pertimbangkan untuk membawanya berjumpa pakar.

Satu lagi tanda lahir yang lebih dikenali sebagai tahi lalat. Tahi lalat muncul selepas bayi dilahirkan dan selalunya ia tidak mengundang masalah. Tetapi jika ia membesar, kemungkinan ia adalah tanda barah.

Kaedah Rawatan

Jika tidak mendatangkan sebarang masalah, tanda lahir sebenarnya tidak perlu dibuang. Tetapi jika ibu bapa berpendapat sebaliknya, kebanyakan pengamal perubatan mengakui program rawatan biasanya lebih berkesan ketika masih kanak-kanak. Bagaimana pun ia bergantung kepada usia pesakit, saiz tanda lahir dan kedudukannya.

Amalan biasanya yang dilakukan adalah dengan rawatan laser. Bagi kebanyakan tanda lahir seperti hemangiomas dan port wine stain misalnya boleh dirawat menggunakan rawatan laser, Intense Pulsed Light (IPL) yang menawarkan kesan lebih baik dan kekal.

Kaedah rawatan ini biasanya akan mengenal pasti saluran darah yang mengembang di bawah permukaan kulit bagi menghapuskan akar tanda lahir. Ia tidak menyakitkan dan hanya mengambil masa sekitar 30 minit dan kadang kala rawatan susulan diperlukan.


tanda lahir ulya di tangan kiri..nampak taakk??:)

hmm..bagi saya..birthmark ni pemberian Allah..ada atau tak,tak mengurangkan kasih sayang saya terhadap ulya..ummi tetap sayang ulya banyak2 :)

nota kaki :

nunu: baby in arabic
ehem2 : fikirlah sendiri.hehe :P



Saturday, August 28, 2010

used medela swing breast pump for sale

update : salam..maaf sgt2 pd yg email tanyakan bpump ni and tak reply..sangat2 sibuk and baru tengok inbox..bpump ni already sold..asif ya :)

salam ramadhan buat semua :)

straight kpd tajuk..hehe..sebenarnya breast pump ni pakai dlm 4-5 bulan ja..sbb lepas tu ada rezeki sikit tuka kpd freestyle..mula2 sayang nak let go..tapi bila difikir-fikirkan..simpan buat pekasam nak buat apa jugak..huhu

medela swing breast pump :

manual instruction+Breastfeeding Information Guide


still in a good condition

ac adapter+carry bag
bottle+bottle stand+softfield breastshield
connector+valve+membrane
tubing

extra spare parts yg turut disertakan :)


new connector
3 new valves + 11 new membranes

free gift medela bag :)

all in medela bag :)

kesemua ni saya nak let go pada harga rm450..huhu..

so,kepada sesiapa yg berminat boleh pm saya di wardah_azkiya@yahoo.com atau sms 013-2129360..


 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Image by Kevin Dooley