Friday, February 11, 2011

africa safari park, alexandaria

Salam alaik..

entry kali ni still macam selalu..update cerita basi..hehe..niat nak update awal tapi bila internet da tak boleh guna 5hari jugakla waktu kat mesir hari tu..terus tergendala aktiviti menghapdet blog..

winter break hari tu sepat jugak bejalan satu tempat walaupun ada lagi plan ke tempat lain..disebabkan curfew duduk rumah jela kami sekeluarga waktu cuti hari tu..ok nak share sikit tempat yg kami sempat pegi hari rabu sehari selepas bermulanya rusuhan kat tahrir..tapi masih peringkat permulaan and tak seteruk rusuhan pada hari jumaat yg menyebabkan perintah berkurung,terputusnya hubungan komunikasi dari internet,telefon hinggalah sms..

tempat yg kami lawati ialah africa safari park alexandaria..berhadapan dengan qaryah asad dekat alex..tempat dia ala-ala africa safari tapi tak la sehebat africa safari..entrance fee adalah 250le untuk sebuah kereta..kami pegi 2buah kereta matrix dan avanza..

africa safari ni antara tempat bagi saya tak rugi untuk ziarah bagi penggemar haiwan terutamanya yg ada anak kecik..hehe..budak-budak sukala kalau dapat tengok bintang live nih..(^___~)

ok jom layan antara gambar kami kat africa safari park,alex :)



ulya takut bila burung bertenggek kat tangan dia :)

hyena yg bertenggek kat depan kereta

baboon yg nak ikut dan melekat ja kat belakang kereta :)

babun-babun menyerang kereta pria malaysia :P

geli sangat tengok badak makan..siap bukak mulut tunggu makanan sambil mata pejam :P



geli llama nak makan tangan :P

ulya takmau naik llama la ammu :)

nama saya asyraf :) asyraf yg sangat mendengar kata penjaganya

bersama asyraf :)




ok tu ja gambaq yg larat nak upload kat blog..hehe..member2 yg nak datang mesir nnti bolehla ziarah tempat nih :)

inshaAllah kalau sempat nak post entry pasal muzaharat di mesir..tunggu masa terluang sikit..doakan jugak hosni mubarak cepat2 sikit letak jawatan..huhu..kuliah dah nak mula..tapi masih di malaysia..huhu..doakan segalanya kheir :)




Monday, February 7, 2011

Alhamdulillah ~cairo-jeddah-malaysia







Assalamualaikum wbt..

Sedikit update setelah sekian lama tak berkesempatan utk update setelah internet terputus di mesir dan seterusnya tak sempat nak berinternet di madinatul hujjaj jeddah..

Alhamdulillah selamat tiba dengan di Malaysia jam 9.50am semalam dengan sambutan ala-ala vvip oleh kerajaan Malaysia..haha..bukan senang nak dapat landing kat kompleks bunga raya dengan media yg berpusu-pusu amik gambar and interview..hehe..pengalaman berharga dan sekali seumur hidup kot :)

3 februari 2011

bertolak ke cairo airport pada jam 8am..dan hanya dapat naik flight pada jam 4.30pm atas sebab-sebab protokol yg harus malaysia airlines patuhi..Alhamdulillah kami ke Jeddah dengan MAS..selesa + servis superb dan siap ada satey lagi..hehe..dalam hati waktu naik MAS tu dok ingat kawan-kawan yg naik charlie..kesian sebab suma kena bersila ataupun berdiri..tapi tula rezeki ulya kan..yg bujang-bujang still kuat so kena bertahanla naik charlie..hehe..pengalaman kawan-kawan yg naik charlie suma cakap `cukupla naik sekali seumoq hidup..pasni tak mau naik dah`..dengar cita kawan-kawan yg naik charlie memang nak tergelak..tapi sekurang-kurangnya tu pengalaman yg berharga dan pastinya akan diingat hingga hari tua :)



Pesawat Charlie C-130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia



7pm waktu Jeddah..selamat sampai ke Jeddah Airport..tapi terpaksa stay di sana atas masalah visa..berkampung di airport dari pukul 7pm hinggalah ke 1.30am(lebih kurang) tapi terpaksa berdiri lama jugak kat kaunter visa sebab masih ada masalah..sebab visa kami special kes..hubungan diplomatik 2 negara..Saudi dan Malaysia..yg berhubung orang atasan..tapi org bawahan tak tau nak bagi kami ni visa apa..urusan selama hampir setengah jam selesai setelah cek 10 jari tangan dan setelah amik gambar lebih dari 3 kali..memang memenatkan!


penginapan semasa di jeddah


bertolak dengan manaiki bus ke madinatul hujjaj penempatan jemaah haji Malaysia oleh Tabung Haji Malaysia..dibahagikan ke bilik-bilik..dan yg pasti terpaksa berasingan suami dan isteri..pengalaman pahit kat sini..dapat tengok ramai manusia yg sellfish dalam keadaan darurat..tak langsung tolong menolang orang lain yg ada anak kecik..siap merungut cakap tak boleh tidur dengar ramai baby menangis..masalah yg merungut ni orang tua yg dah tentu-tentu ada pengalaman jaga anak..huhu..Alhamdulillah ulya tak banyak buat hal sebab dia asyik seronok dapat ramai kawan..cuma kesiankan tengok kawan-kawan lain yg tak cukup rehat,tidur jaga anak yg masih kecik dan terpaksa berhadapan dengan manusia-manusia yg pentingkan diri..huhu..

4 dan 5 februari 2011

masih berkampung di madinatul hujjaj..terima kasih yg tak terhingga kami pelajar-pelajar mesir ucapkan atas layanan yg terbaik dari tabung haji dan juga keluarga-keluarga warga Malaysia di saudi..memang dari sekecik-kecik keperluan hingga ke besar-besar keperluan dan permintaan keperluan yg tak berapa penting pun mereka tunaikan..bab makanan pulak Alhamdulillah memang tiap-tiap hari makan ayam..hehe..kalau duduk sebulan kat sana..mau semua student badan jadi bagai di pam-pam..

6 februari 2011

Bertolak ke Jeddah airpot untuk pulang ke malaysia pada jam 1pm dan flight pada jam 8pm..Alhamdulillah akhirnya selamat sampai ke malaysia tanah air tercinta pada jam 9.50am 7februari 2011 :)

Jutaan terima kasih kepada semua yg terlibat bagi menaja penerbangan kami yg hampir 11ribu orang..usaha-usaha yg dilakukan untuk memastikan kami mendapat penginapan seselesa yg mungkin..moga Allah membalas jasa kalian dengan sebaik-baik balasan..

Tak lupa jugak buat kawan-kawan yg masih transit di Jeddah..harap sentiasa bersabar dan moga Allah memudahkan segala urusan kalian untuk sampai ke tanah air terchenta :)


MAS boeing 747 yg terlibat dalam proses evakuasi pelajar malaysia di mesir

Pesawat AirAsia A340 yang turut terlibat dalam ops piramid


kapal bunga mas lima milik tldm yang bersiap sedia untuk membantu jika diperlukan



nota kaki : ini adalah pandangan peribadi saya dan juga sebagai orang terawal tiba di jeddah dan pulang ke malaysia..mungkin ada yg tak berpuas hati bagi mereka yg lewat tiba dan tiada bekalan makanan yg mencukupi bagi bangunan yg lain..dan terpaksa tidur di kaki lima bangunan madinatul hujjaj sementara mengosongkan bilik-bilik yg lain..ala kulli hal kita patut bersyukur kerana akhirnya dapat juga tiba di tanah air tercinta :)



Tuesday, January 4, 2011

mengaharap doa kalian buat saya :)




update ringkas untuk imtihan kali ini..mohon doa semua agar Allah memberi kejayaan buat saya..dimudahkan segala urusan peperiksaan saya dan najah dunia akhirat :)

kesempatan ni jugak..saya nak mohon maaf buat sesiapa yg pernah terluka dengan saya samada secara sengaja ataupun tidak..mohon halakan segalanya ya..doakan kejayaan buat saya :)

jadual imtihan fasa satu

1 jan ~ qaah bahas adabi (alhamdulillah dah selamat..doa2 moga jawapannya semua selamat n tepat :D )

10 jan ~ tarikh adab islami & umawi ( 2 kitab yg perlu difaham n ingat )

13 jan ~ fiqh muammalat (masih banyak yg tak khatam..huhu..doakan saya)

17 jan ~ maajim

20 jan ~ english and merdeka :D


Oh..sem ni punya subject pun tak dapat handle..sem depan semuanya subject killer..doakan agar Allah memudahkan urusan saya and ulya tak buat perangai sepanjang musim peperiksaan :P

buat mereka yg sedang mengahdapi peperiksaan bittaufiq wannajah!!


pengeboman di gereja iskandariah mesir


bom yg dipercayai diletupkan didalam kereta ini




sAlam buat semua :)

update buat tahun baru n rasanya masih belum terlambat utk ucapakan happy new year!moga tahun ini lebih barakah dan amal ibadah kita makin bertambah seiring dengan pertambahan usia kita..ameen :)

sekaring musim pepriksaan..so memang tengok ramai blogger yg tak update sebab masing-masing busy study..update ringkas sahaja pasal berita yg berlaku malam ra`su sanah tempoh hari..saya memang busy sebab ada paper 1hb tu..and memang tak sempat nak amik tahu pasal dunia..ditamabah malam esoknya tu ada aqad nikah sahabat saya memangla sibuk and tak sempat amek tau cerita mesir..huhu..

keadaan persekitaran gereja di alex

esoknya en.hubby inform yg gereja koptik di iskandariah dibom..n 21 org maut..8 daripadanya muslim tak silap..kes ni kahabarnya rentetan dari 2 wanita kristian yg masih dalam tawanan pihak gereja disebabkan mereka bertukar agama kepada Islam..




banyak tengok status fb sahabat-sahabat en.hubby yg cakap depan rumah masing-masing penuh orang n bising sibuk demonstrasi oleh kristian..tambahan pula shoubra memang port kristian..

dan baca paper hari ni..menteri-menteri mesir n sheikul azhar pun turut terkena balingan batu oleh puak-puak kristian yg berdemonstrasi..

so buat student-student kat sini..sentiasa berwaspada..menjaga keselamatan masing-masing dan didoakan moga sentiasa dalam lindungan Allah..









gambar and sumber ihsan dari sini n sini :)




 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Image by Kevin Dooley