Saturday, August 29, 2009

Bahaya Deodorant

Assalamualaikum..

Sekadar ingin berkongsi sesuatu untuk kebaikan kita bersama terutamanya buat kaum hawa..zaman sekarang ni banyak produk deodorant yang ada kat pasaran..dari rexona,nivea,dove n macam2 lagi yg kalau nak sebutkan tak habis sampai esok..tapi,kita kadangkala tak amik endah akan keburukan ataupun bahaya yang akan menghampiri kita bila kita sering menggunakan deodorant..

Saya juga merupakan salah seorang pengguna deodorant..sejak dari sekolah menegah..dan hanya baru bersara dari menggunakan deodorant sekitar penghujung bulan june yang lalu..tujuan penggunaan deodorant tak lain dan tak bukan..kita xnak bau peluh kita melekat ke badan dan baju kita..kita nak kekal segar sepanjang hari..tanak pulak nanti suma orang tutup hidung bila kita lalu dekat dgn depa..sesuatu yang memlukan bila bau badan kita yg kurang enak dicium orang lain..

Dulu,saya pernah terbaca artikel mengenai kanser payudara yang banyak menyerang wanita kita..namu,apa yang terkandung dalam artikel tu hanyalah mengenai kenapa kaum hawa yg lebih terdedah kepada kanser payudara berbanding lelaki..dalam artikel tersebut ada menyatakan bahawa kaum hawa lebih kerap mencukur bulu ketiak..yup..memang tak dinafikan kita kaum hawa mmg selalu mencukur rambut2 di ketiak untuk kelihatan cantik dan menarik..MyEm0.Comberbanding dengan kaum adam..yang tak segan silu kalu rambut di ketiak mereka lebih tebal dari rambut di kepala mereka..oleh sebab kaum hawa lebih kerap mencukur rambut di bahagian tersebut..maka liang pori pada ketiak akan terbuka..dan bila kita semburkan deodorant,maka kandungan deodorant tersebut meresap terus ke dalam tubuh kita melalui liang pori yg sudah tersedia terbuka..berbanding kaum adam yg jarang mencukur rambut ketiak mereka..kandungan deodorant tida cukup kuat untuk meresap masuk ke tubuh mereka disebabkan liang pori yang ditutupi dengan rambut2 mereka..

Namun,2 hari yang lepas..mr.Ezmir suruh saya baca artikel mengenai deodorant..dan kandungan yang merbahaya di dalam deodorant..kandungn yang dimaksudkan itu ialah Aluminium Clorohydrate..ataupun AC..bukan AC Mizal..

Apa itu AC??

Aluminum chlorohydrate dihasilkan dalam industri melalui tindak balas antara aluminium hydroxide, Al(OH)3 dengan hydrochloric acid (HCl). Ia ditindak-balaskan menggunakan stim pada suhu 100 °C pada tangki terbuka.

Ia biasa digunakan sebagai salah satu bahan dalam deodorant (penyahbau) atau antiperspirants (antipeluh) yang selalu digunakan pada ketiak. Secara umumnya, aluminium chlorohydrate ini yang akan membentuk mendakan kuning pada ketiak atau baju yang dipakai.

Walaupun tiada bukti menunjukkan bahawa aluminium chlorohydrate menyebabkan penyakit alzheimer dan kanser payu dara, namun aluminium chlorohydrate sememangnya merupakan neurotoxin yang boleh mengubah fungsi perintang salur darah ke otak dan ia juga tidak memberi manfaat kepada sel-sel hidup.(sumber dari http://marul77.blogspot.com/2009/08/bahaya-deodorant.html)

Deodorant yang berfungsi sebagai anti peluh akan menyebabkan peluh2 beracun didalam badan kita tak dapat dikeluarkan secara natural..jadinya..ia akan tetap berkumpul di dalam badan dan bertakung dibahagian2 tertentu yang menyebabkan berlakunya kanser..

Oleh itu..buat semua..pastikan anda memilih deodorant yang bebas dari AC..agar keselamatan kita lebih terjamin..sayangilah pemberian Allah kepada anda..MyEm0.Com

Pertama Ramadhan

Assalamualaikum..Salam Ramadhan Mubarak buat semua..

Alhamdulillah..saya masih lagi diberi kesempatan oleh Allah yang Esa untuk terus bernafas dan melalui sekali lagi bulan yang cukup mulia iaitu Ramadhan..Hamdan Lillah..

Da lama sangat tak update blog..sejak dari sampai ke malaysia..xda lagi entry baru..masa dan peluang tak berapa mengizinkan..sejak balik dari mesir..kandungan saya da mencecah 7bulan..alhamdulillah waktu tu saya masih kuat untuk bejalan..menikmati keindahan dan kelazatan makanan mesia..makan segala yang didamlan dari mesir lagi..alhamdulillah..nikmat makan yang dikurniakan Allah swt..

Tapi..bila kandungan da mencecah 8bulan..saya makin semput untuk bejalan..cepat letih n mengah..kaki dan tangan semakin membengkak..kalau waktu kahwin size cincin saya adalah 7 tapi bila masuk 8bulan jari saya dah bertukar ke size 10..dan bila da 9 bulan size 10 pon dah x muat lagi..kasut size 4 da jadi 6..memang bengkak yang amat ketara..malam2 pon tidur xpenah nyenyak..semua kesusahan ni la yang ditanggung oleh kebanyakan para ibu mengandung..bila saya merasainya sendiri..maka tidak hairanlah syurga terletak di bawah tapak kaki ibu..pengorbanan membawa bayi dalam kandungan bukan satu perkara yang mudah..bukan perkara yang menyenangkan..penuh dengan ujian,dugaan..disitulah terletak kasih sayang seorang ibu..sanggup bersusah demi anak yg dikandungnya..moga lahir dari rahim saya mujahidah solehah yang mampu mengembalikan sinar Islam..ameen..

Bila da lama tak menulis..maka banyak la yang da di luar topik..MyEm0.ComSebenarnya dalam entry kali ni..lebih berkisarkan kepada bulan ramadhan..penghulu segala bulan..masih belum terlewat saya rasakan untuk mengucapkan salam ramdhan buat semua..moga dengan kehadiran ramadhan dapat menjadi madrasah terbaik untuk mendidik hawa nafsu kita..moga amalan yang kita tingkatkan pada bulan ni..tak terbehenti dan berakhir pada syawal yang akan tiba..kita masih dalam fatrah 10ramadhan pertama iaitu rahmat Allah mengiringi hari2 kita..moga kita tak pernah berputus asa dengan rahmatNya..

Alhamdulillah..
Ramadhan kali ni memberi pengalaman pertama kepada saya..Ramadhan pertama bergelar seorang isteri..Ramadhan pertama yang bakal menukar status saya kepada seorang ibu(ulya dijangka lahir pada 18 Ramadhan nanti..doakan yg terbaik ya)Ramadhan pertama bergelar menantu..Ramadhan pertama berpuasa di rumah mertua..Dan alhamdulillah..walaupun saya tengah sarat mengandung ketika ini..Allah masih beri kekuatan untuk meneruskan ibadah puasa..alhamdulillah..doakan agar saya terus diberi kekuatan..

Kalau diikutkan due..saya hanya tinggal 11 hari lagi untuk bergelar ibu..tapi pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam masa 11hari..doakan agar saya dan baby selamat..doakan baby sempurna dan sihat..keterujaan untuk bergelar ummi ni bercampur baur dengan ketakutan nak besalin..doakan segalanya dimudahkan oleh Allah..

Setakat ni dulu coretan saya..moga bertemu di lain entry..hehe..doakan segala urusan saya dimudahkan Allah..ameen..

Moga Ramadhan kali ini memberi lebih makna kepada kita..bersama2 kita berbuat kebaikan dan meningkatkan pahala..Salam Ramadhan Kareem..
 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Image by Kevin Dooley