Monday, February 7, 2011

Alhamdulillah ~cairo-jeddah-malaysia







Assalamualaikum wbt..

Sedikit update setelah sekian lama tak berkesempatan utk update setelah internet terputus di mesir dan seterusnya tak sempat nak berinternet di madinatul hujjaj jeddah..

Alhamdulillah selamat tiba dengan di Malaysia jam 9.50am semalam dengan sambutan ala-ala vvip oleh kerajaan Malaysia..haha..bukan senang nak dapat landing kat kompleks bunga raya dengan media yg berpusu-pusu amik gambar and interview..hehe..pengalaman berharga dan sekali seumur hidup kot :)

3 februari 2011

bertolak ke cairo airport pada jam 8am..dan hanya dapat naik flight pada jam 4.30pm atas sebab-sebab protokol yg harus malaysia airlines patuhi..Alhamdulillah kami ke Jeddah dengan MAS..selesa + servis superb dan siap ada satey lagi..hehe..dalam hati waktu naik MAS tu dok ingat kawan-kawan yg naik charlie..kesian sebab suma kena bersila ataupun berdiri..tapi tula rezeki ulya kan..yg bujang-bujang still kuat so kena bertahanla naik charlie..hehe..pengalaman kawan-kawan yg naik charlie suma cakap `cukupla naik sekali seumoq hidup..pasni tak mau naik dah`..dengar cita kawan-kawan yg naik charlie memang nak tergelak..tapi sekurang-kurangnya tu pengalaman yg berharga dan pastinya akan diingat hingga hari tua :)



Pesawat Charlie C-130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia



7pm waktu Jeddah..selamat sampai ke Jeddah Airport..tapi terpaksa stay di sana atas masalah visa..berkampung di airport dari pukul 7pm hinggalah ke 1.30am(lebih kurang) tapi terpaksa berdiri lama jugak kat kaunter visa sebab masih ada masalah..sebab visa kami special kes..hubungan diplomatik 2 negara..Saudi dan Malaysia..yg berhubung orang atasan..tapi org bawahan tak tau nak bagi kami ni visa apa..urusan selama hampir setengah jam selesai setelah cek 10 jari tangan dan setelah amik gambar lebih dari 3 kali..memang memenatkan!


penginapan semasa di jeddah


bertolak dengan manaiki bus ke madinatul hujjaj penempatan jemaah haji Malaysia oleh Tabung Haji Malaysia..dibahagikan ke bilik-bilik..dan yg pasti terpaksa berasingan suami dan isteri..pengalaman pahit kat sini..dapat tengok ramai manusia yg sellfish dalam keadaan darurat..tak langsung tolong menolang orang lain yg ada anak kecik..siap merungut cakap tak boleh tidur dengar ramai baby menangis..masalah yg merungut ni orang tua yg dah tentu-tentu ada pengalaman jaga anak..huhu..Alhamdulillah ulya tak banyak buat hal sebab dia asyik seronok dapat ramai kawan..cuma kesiankan tengok kawan-kawan lain yg tak cukup rehat,tidur jaga anak yg masih kecik dan terpaksa berhadapan dengan manusia-manusia yg pentingkan diri..huhu..

4 dan 5 februari 2011

masih berkampung di madinatul hujjaj..terima kasih yg tak terhingga kami pelajar-pelajar mesir ucapkan atas layanan yg terbaik dari tabung haji dan juga keluarga-keluarga warga Malaysia di saudi..memang dari sekecik-kecik keperluan hingga ke besar-besar keperluan dan permintaan keperluan yg tak berapa penting pun mereka tunaikan..bab makanan pulak Alhamdulillah memang tiap-tiap hari makan ayam..hehe..kalau duduk sebulan kat sana..mau semua student badan jadi bagai di pam-pam..

6 februari 2011

Bertolak ke Jeddah airpot untuk pulang ke malaysia pada jam 1pm dan flight pada jam 8pm..Alhamdulillah akhirnya selamat sampai ke malaysia tanah air tercinta pada jam 9.50am 7februari 2011 :)

Jutaan terima kasih kepada semua yg terlibat bagi menaja penerbangan kami yg hampir 11ribu orang..usaha-usaha yg dilakukan untuk memastikan kami mendapat penginapan seselesa yg mungkin..moga Allah membalas jasa kalian dengan sebaik-baik balasan..

Tak lupa jugak buat kawan-kawan yg masih transit di Jeddah..harap sentiasa bersabar dan moga Allah memudahkan segala urusan kalian untuk sampai ke tanah air terchenta :)


MAS boeing 747 yg terlibat dalam proses evakuasi pelajar malaysia di mesir

Pesawat AirAsia A340 yang turut terlibat dalam ops piramid


kapal bunga mas lima milik tldm yang bersiap sedia untuk membantu jika diperlukan



nota kaki : ini adalah pandangan peribadi saya dan juga sebagai orang terawal tiba di jeddah dan pulang ke malaysia..mungkin ada yg tak berpuas hati bagi mereka yg lewat tiba dan tiada bekalan makanan yg mencukupi bagi bangunan yg lain..dan terpaksa tidur di kaki lima bangunan madinatul hujjaj sementara mengosongkan bilik-bilik yg lain..ala kulli hal kita patut bersyukur kerana akhirnya dapat juga tiba di tanah air tercinta :)



2 comments:

Basyirah Abd Rahman said...

alhamdulillah atip. lega mendengar. semoga Allah sentiasa melindungi kalian..

Lissa Ahmad said...

risau juga bila tgk berita, tau mommy ulya kat sana...

alhamdulillah, selamat sampai.. :)

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Image by Kevin Dooley