Sunday, February 7, 2010

berjalan ke fayoum

alhamdulillah da selesai imtihan..tapi xjugak berkesempatan nak update blog sebelum ni sebab asyik2 sibuk ja..hehe..lepas ja imtihan hari tu terus ummi n abi bawak ulya jalan2 fayoum..sebenarnya kwn2 abi dtg dari urdun,so sambil abi bawak depa jalan2 ummi,ulya n kholah2 dari mansoura pon ikut serta..perjalanan ke fayoum utk mengimbau kembali sejarah serta peninggalan kekayaan hamba yg dilaknati Allah iaitu Qarun..melihat tasik dimana dibawahnya tenggelamnya seluruh harta kekayaan qarun,serta melihat tinggalan istana qarun..

ok kita imbau serba sedikit sejarah qarun nih :

penyebutan kisah Qarun di dalam al-Quran :

Al-Qasas [78] Qarun menjawab: Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. Tidakkah ia mengetahui, bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya iaitu orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan? Dan orang yang berdosa apabila mereka diseksa tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka.


[79] Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan perhiasannya. Berkatalah orang yang inginkan kesenangan hidup dunia: Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik.


[80] Dan berkata orang yang diberi ilmu: Janganlah kamu berkata demikian, pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima pahala yang demikian itu melainkan orang yang sabar.

Siapakah Qarun??

Qarun, lebih dikenali sebagai sepupu Nabi Musa a.s,namun ada juga pendapat ahli sejarah menyatakan dia adalah bapa saudara Nabi Musa a.s. Berketurunan Bani Israel walaupun tinggal di Mesir. Walau apa julukan yang difikirkan oleh kita kepadanya, namun Allah SWT telah memberikan laknatnya kepada Qarun – sikaya yang derhaka – hingga ditelan bumi akhirnya.Turut tenggelam bersama-samanya ialah segala harta bendanya dengan disaksikan oleh Bani Israel. Kini, bekas runtuhan tapak gedung Qarun dipercayai telah ditukarkan Allah SWT menjadi sebuah tasik dan ada yang mengatakan sisa-sisa istananya masih ada di Mesir. Walau apa pun yang terjadi, nama Qarun kekal hina di dalam al-Quran – simbol manusia bakhil yang dimurkai Allah sepanjang zaman!

Setelah saya sendiri menyaksikan keluasan tasik Qarun,terdetik bahawa memang tiada manusia yg sekaya Qarun pada zaman ini..kunci segala gudang-gudangnya sahaja dibawa oleh berpuluh-puluh ekor unta..maka tidak hairanlah jika dia merasa begitu takjub dan takabbur sekali..moga kita tidak diuji dengan keangkuhan jika diberikan nikmat rezeki yg menggunung..

Jaulah kali ni biasa2 ja..sebab mungkin penat dengan ulya n keadaan sedikit panas ditambah pula lebih banyak menunggu ramai org..huhu..hanya ke tasik qarun,istana Qarun dan syalalat..kincir air nabi yusuf waktu tu ditutup bagi proses baik pulih..jom tengok gambar2 kenangan fayoum..


berlatar belakangkan pemandangan tasik Qarun yg amat luas


syalalat aka air terjun di mesir :)

bergambar kenangan di hadapan istana Qarun


bersama ulya di tasik Qarun yg luas(berkabus n xbrapa nampak tasik)


nota kaki : ini adalah entri tertangguh yg dah duduk bezaman dalam draft..hehe(~.~)

0 comments:

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Image by Kevin Dooley