Thursday, May 6, 2010

imtihan oh imtihan (:



Salam buat semua :)

sekejap ja masa berlalu dah nak imtihan semula..buat sahabat-sahabat yang akan menduduki imtihan..bittaufiq wannajah..tak lupa jugak buat sahabat-sahabat tahun satu qiraat mansoura yang tak dapat menduduki imtihan daur awal moga kesabaran sentiasa bersama anda:)

bila sebut ja pasal pelajar2 qiraat ni..dah heboh n menjadi berita sensasi dah kat bumi kinanah ni mengenai masalah kenaikan nama pelajar2 qiraat seterusnya menyebabkan mereka dihalang dari menduduki peperiksaan..sunnah berjuang..tak lari dari pelbagai rintangan dan cabaran..

saya tak ingin hurai lebih panjang hal ni..sebab banyak sumber2 ilmiah yang kita sendiri boleh baca dan dapatkan maklumat terperinci mengenai hal ini..seperti disini dan disini..

namun..apa yang saya nak huraikan disini berkaitan sikap mahasiswa-mahasiswi dalam mendepani masalah ini..

mungkin ada segelintir yang tak ambil tahu dan tak ingin ambil tahu hal ni dengan alasan aku bukan budak qiraat..ada jugak yang bermati-matian memperjuangkan hak pelajar qiraat..(terima kasih kepada mereka)dan ada jugak pelajar yang redha dengan apa jua ketentuanNya..

bagi golongan yang memperjuangkan hak mahsiswa dan mahasiswi qiraat..bagi pendapat peribadi saya..saya bersetuju dengan langkah mereka yang mendesak pihak jpmk untuk serius mendepani masalah ini..jika tiada desakan demi desakan kepada pihak yang bertanggungjawab,tidak mustahil kesulitan ini akan berulang kembali..namun perlu diingat..bersedehanalah didalam semua perkara..tak perlu ada cacian,makian,menghina mengeji individu2 lain..kita ingin menegakkan keadilan..tetapi kita sendiri membawa qudwah sayyiah..tidak perlu membabitkan perbezaan ideologi dengan mengecam tarbiyyah yang diterima individu didalam jemaah lain..jangan jadikan masalh ini asbab untuk kita berpecah..bahkan lihatlah dari sudut positif agar musykilah ini mampu membuatkan kita bersatu..jangan jadikan isu ini untuk menyemarakkan api permusuhan..

sifat redha dengan segala yang telah Allah taqdirkan pada kita memang perlu..namun,malang sekali andai redha kita tidak disertai dengan usaha untuk memperbaiki keadaan yang sedia ada..ya anda boleh redha dengan mengambil imtihan pada daur thani..tetapi hak anda untuk mengambil imtihan pada daur awal dinafikan hanya kerana kecuaian pihak tertentu..maka perlu ada usaha untuk memastikan apa yang berlaku ke atas anda tidak akan berlaku untuk generasi akan datang..

akhir kalam..peringatan untuk diriku yang hina dan buat semua..bersederhanalah didalam setiap perbuatan dan tingkah laku agar kita dapat menjadi muslim sejati..seperti sabda Rasulullah s.a.w hadisnya yang diriwayatkan oleh Imam Tarmizi: ertinya :

“Sebaik-baik perkara ialah yang paling sederhana”





nota kaki:imtihan syafawi nahu pada 22mei ini..doakan dipermudahkan segala urusan saya (:



peliharalah dirimu wahai wanita


Assalamualaikum..

Lama tak sempat nak mencoretkan pahit manis kehidupan di bumi kinanah ni..dan kesempatan ni saya nak kongsikan sesuatu buat pembaca sekalian terutamanya yang bergelar wanita..

Rasanya ramai yg dah mengetahui mengenai kes seorang pekerja wanita Indonesia yg dirogol bergilir-gilir oleh 6 lelaki arab..sedih saya mendengar berita ini..sebelum ni waktu mula-mula samapi ke sini..memang banyak dengar khabar2 begini..akhawat disitu dicabul akhawat disana dirogol..namun rata2 kawan-kawan saya yg tinggal lebih lama disini yang sudah memasuki tahun keempat kebanyakannya menafikan perkara tersebut..

Namun untuk kes kali ini saya kira ianya adalah sohih sebab siap masuk paper mesir dan perogol mangsa sudah diberkas..boleh baca artikel disini dan disini

Tahniah diucapkan kepada kbri(kedutaan besar republik indonesia) atas tindakan segera memaksa pihak berwajib mesir untuk menghadapkan pesalah terbabit ke muka pengadilan..moga hukuman selayaknya diberikan terhadap mereka yg bernafsu binatang..

Sebagai wanita..walaupun sudah memiliki cahaya mata..saya tetap risau dan prihatin akan keselamatan diri..maruah kita sebgai wanita tiada tolok bandingnya..jangan sampai sesutu yg buruk berlaku baru kita menyesali tindakan kurang prihatin kita terhadap isu sekeliling kita..

Buat para wanita disisni :

  • ambillah langkah berjaga-jaga ketika keluar dari rumah..sebaiknya berteman ketika keluar

  • sentiasa sediakan alatan pelindung diri di dalam beg seperti spray lada,pisau lipat yg kecil

  • speed dial phone number orang tertentu yg dapat membantu ketika kesusahan

  • jangan lupa untuk sentiasa memohon perlindungan dari Allah swt

  • elakkan melalui jalan yang sunyi walaupun pada waktu siang


buat para ikhwah yang ditugaskan menjadi musyrif

laksanakan amanah yg ditaklifkan kepada anda dengan sebaik mungkin..kerap juga sahabat-sahabat saya merungut dan lebih senang tidak menggunakan khidmat musyrif kerana ikhwah tidak akan menjawab panggilan telefon dan interkom pada waktu malam..sebab dah tau memang akan ada akhawat mintak jadi musyrif..langak paling bijak,lebih baik tak jawab telefon..hmm..moga golongan ini dibukakan hati untuk sama-sama membantu menjaga keselamatan muslimah di bumi kinanah ini..

tak lupa juga buat akhawat yg meminta pertolongan musyrif agar tepati masa anda..amat tidak sopan dan kurang bererikemanusiaan pada saya pada akhawat yg meminta tolong musyrif tetpi membiarkan musyrif tercegat berjam-jam menantikan akhawat untuk bersolek..belajarlah untuk tepati masa anda..andai orang lain sudah meluangkan masa,sanggup ketepikan keletihan untuk menemani anda,mengapa perlu menyusahkan mereka..

moga kita sama2 selamat dari sebarang kecelakaan..moga permusafiran ilmu ini sentiasa dimudahkan oleh Rabbul Izzati..ameen


nota kaki : sila abaikan penggunaan bahasa yang semakin hari semakin merosot..huhu




Friday, April 16, 2010

sanah helwah ya gameel



Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 23 buat suamiku tercinta(^_^)

Sedar tak sedar sekejap ja masa berlalu..dah 23 pon abang :)
moga dengan pertambahan umur seiring sengan amal ibadah abg..moga dipanjangkan usia dalam keimana..dimurahkan rezeki yang barakah..moga mahligai yg kita bina ni berkekalan selamanya dibawah rahmat Allah dan dihimpunkan kembali di dalam jannahNya..

Tahun ni xsempat nak buat surprise mcm tahun lepas sebab si kecik ni asyik nak berkepit ja..hihi..terimala hadiah dr ayang yg xseberapa n kek hiasan ayg yg xcantik tu..hehe

Uhibbuka hubban syadidan (~.^)

Tuesday, March 2, 2010

`ulya dan walker

mula-mula letak dalam walker sebaik sampai rumah :)


dah nak mencecah 6bulan nih,my mil suggest beli walker kat ulya..bagi dia seronok sikit..hehehe..pastu bila difikir2 n bincang2,kami pon setuju..sebab rumah kami ni xla macam rumah kat malaysia..banyak kawasan n baby terdedah pada bahaya..rumah kecik ja..barang pon xbanayk..n insyaAllah xda barang2 merbahaya kot..kecuali dapoq..n still ada pintu ley sentiasa tutup..

jadinya semalam kami berdua berjalan kat abbas el-akkad,kuar duit n jalan-jalan nak cari walker ulya..da cari banyak tempat jugak,kat hayyu thamin,kat kedai dekat ngn umah kami..standard harga walker kat sini le250++..pastu jalan-jalan jumpak la 2 kedai baby..cari n cari jumpakla walker nih..nak kale lain tapi memang xda..da xlarat nak bejalan ummi n abi pon beli jala walker nih kat ulya sebab banding2 antara suma paling murah..hehhe..le216..nak beli yg mahal2 bukan nak duduk kat sini terus pon..huhu..baik beli sekadarnya sahaja..

sampai ja umah,abi semangat la letak ulya dalam walker tu..tau apa reaksi si kecik ni??letak2 tu ulya wat muka xpaham..pastu gelak2 bila ummi tekan music,tapi abi tekan satu button tu kua bunyi anjing,tekejut ulya..nangis2 xnak duduk dalam walker da..hehhe..nangis lama la jugak..cian ulya ya..bila da reda sikit dia nangis,abi xinsaf..letak lagi dalam walker..tapi xtekan dah bunyi anjing tu..tapi ulya melalak lagi kuat..ummi n abi ingat dia takut kepala kuda tu kot..

pastu da pujuk2 dia..letak toys dia atas walker tu..baru dia nak..hehe..gumbirala dia sampai nak makan suma benda kat depan walker dia tu..main2 sampai kepenatan n tertido..hehe..oppss..lupa pulak..kaki ulya masih xsampai nak cecah tanah..walaupun dah adjust bagi paling rendah..hehe..lagi sikit ja xsampai..dalam 1.5cm ja kot..(~_^)

pastu bangun subuh2 tadi,abi seperti biasa cuba lagi letak dalam walker..hehe..dia suka la..main2 xingat..sambil senget badan dia(bila senget kaki dia sampai pijak lantai) nak tolak kaki dia ke belakang..tapi xberjaya lagi sebab xcukup kuat lagi..hehe..penat ja main,ni baru tidoq..hehe..nanti ulya berlatih lagi ya..


nota kaki:syukran buat nanie yg bagi budget beli walker :)abi xda sekarang pegi mansoura amek barang..doakan abi selamat pergi n pulang..moga ulya jugak xmeragam sebab ummi xlarat..huhu
 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Image by Kevin Dooley