Sunday, August 29, 2010

ulya+birthmark

assalamualikum..

sebenarnya ttg tajuk ni..dah lama nk sharekan..tapi asyik tak sempat ja..huhu..dengan ulya yg makin lasak..pukul 2 or 3 pagi baru nak tido..mmg sangat sukar nak update blog ni..hihi..

sebenarnya dapat ilham nak tulis ttg birthmark ni sbb mula mencari2 penyebab n puncanya birthmark..sbb selalu sgt org tanya apa yg kat tangan ulya nih..n yg paling tergerak hati tulis bila ada yg kaitkan birthmark ni dgn benda2 yg xelok..huhu

alkisahnya..
masa mula2 saya sampai mesia hari tu..singgah rumah kakak sy di subang..tido sana utk semalam..so ank akk saya merangkap sepupu ulya nih..punya la teruja tgk adik ulya..asyik nak berkepit ja ngn ulya..so dah malam sgt n ulya dh nak tido waktu tu..kebetulan saya tgh makan n my mum yg tgkkan ulya.so mak saya pun cakap dkt ammar: "ammar,meh tido ngn adik ulya sekali.." dan jawapan yg keluar dr mulut ammar : "eeeee..tokk..tangan adik kotorr!dia conteng tangan dia..kale biru.." memang tegelak2 la mak saya dgr ammar cakap mcm tu..pandai ja dia cakap ulya conteng tangan..hihi(akk sy kata sbb dia selalu conteng tgn dia,dia ingat adik ulya pon prangai conteng tgn mcm dia..hihi)

n satu kisah lagi waktu kat mesir..waktu tu tgk sibuk berjalan di hussein beli buah tangan nak bawak balik mesia..n kebiasaan arab mmg suka pegang nunu ni..so ada sorang arab ni dia main2 dgn ulya..n dia tanya husband saya apa ni?n husband saya jawabla birthmark..n dgn selamba ja arab tu cakap ni sbb waktu ngandukan ulya dulu saya makan benda yg syubhah n ehem2 waktu pregnant..huhu..saya dlm hati hangin la jugak..haha..yela kalau xmenagandung pon mmg saya org yg titik beratkan soal makanan halal..mmg sgt2 detail bab2 makan nih..senang ja dia cakap camtu..huhu..n sy tanya husband saya..eh abg..waktu pregnant xbole ehem2 ke??konpius sy ngn mamat arab tu..huhu

pastu antara kisah lainnya ada jugak kawan2 yg jenis mulut kurang insuran..huhu..cakap ulya jadi mcmtu sbb kenan..huhu..mungkin niat dia bergurau tapi bg saya setiap ibu yg hamil,pasti dan pasti akan jaga sebaik mungkin kandungan dia..n elakkan dr buat benda2 yg tak elok..hatta cerita2 ngeri pon kawan2 xbagi tengok waktu ngandungkan ulya dulu..xkan saya bg lebam org kot..huhu

okes..dahla cerita pasal kisah2 saya,ulya n birthmark ni..hihi..saya nak sharekan antara fakta yg saya jumpa setelah penat menggoogle..trimas buat en.google ya :)

linknya disini

SECARA umum, tanda lahir pada bayi yang baru dilahirkan bukan masalah besar. Ia jarang berlaku tetapi mungkin mengejutkan ibu bapa yang selama ini tidak pernah terfikir, bayi mereka lahir dengan tanda di leher, muka atau belakang tengkuk.

Tanda lahir boleh terjadi sebelum dia dilahirkan atau selepas kelahiran. Sebenarnya tidak ada cara menghalang tanda lahir. Ia juga bukan disebabkan genetik tetapi bagaimana ia terjadi tidak dapat dipastikan secara khusus.

Kebanyakan tanda lahir akan hilang apabila kanak-kanak berusia lima atau sembilan tahun tetapi ada juga tanda lahir yang bersifat dramatik dan menyebabkan masalah kosmetik dan kemungkinan ia adalah tanda barah.

Jenis tanda lahir

1) Tanda lahir merah.

Ia disebabkan salur darah yang berada dekat dengan permukaan kulit. Ia juga dikenali sebagai ‘vascular birthmarks’ (tanda lahir vaskular). Tanda lahir jenis ini boleh dibahagikan kepada dua jenis; macular dan hemangioma.

Macular – Ia juga dikenali sebagai ‘stork bite kisses’. Ia biasanya muncul di belakang tengkuk dan sangat biasa bagi bayi baru lahir. Tanda lahir begini tidak memerlukan rawatan khusus kerana pada kebiasaannya ia akan hilang dengan sendirinya.

Hemangiomas – boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Satu daripadanya ‘strawberry hemangioma’. Tanda lahir ini selalunya berwarna merah cerah dan kelihatan menonjol pada permukaan kulit. Ada sesetengah ‘strawberry hemangiomas’ akan hilang dengan sendirinya apabila kanak-kanak itu mencecah usia lima tahun. Tetapi kebanyakan strawberry hemangiomas akan hilang pada usia sembilan tahun.

Satu lagi jenis hemangioma yang kelihatan di bawah kulit. Ia dikenali sebagai ‘cavernous hemangioma’. Warnanya agak berlainan dan ia tidak boleh hilang dengan sendirinya.

Port-Wine Stains – satu lagi jenis hemangiomas. Ia tidak tertonjol atau tidak berada di bahagian dalam kulit. Port-wine stain biasanya berwarna seakan-akan ungu bercampur merah atau merah gelap. Ia biasanya kelihatan di bahagian tengkuk atau muka.

2) Tanda lahir pigmen

Ia merujuk kepada sebahagian kecil kulit yang warnanya berbeza dengan warna kulit dominan. Tanda lahir ini juga selalu dirujuk sebagai ‘cafe-au-lait’ kerana selalunya ia lebih gelap dari kulit dominan.

Tanda lahir begini kadang kala boleh dikaitkan dengan penyakit keturunan yang menyebabkan pertumbuhan tisu saraf. Jika tanda begini kelihatan pada anak anda, pertimbangkan untuk membawanya berjumpa pakar.

Satu lagi tanda lahir yang lebih dikenali sebagai tahi lalat. Tahi lalat muncul selepas bayi dilahirkan dan selalunya ia tidak mengundang masalah. Tetapi jika ia membesar, kemungkinan ia adalah tanda barah.

Kaedah Rawatan

Jika tidak mendatangkan sebarang masalah, tanda lahir sebenarnya tidak perlu dibuang. Tetapi jika ibu bapa berpendapat sebaliknya, kebanyakan pengamal perubatan mengakui program rawatan biasanya lebih berkesan ketika masih kanak-kanak. Bagaimana pun ia bergantung kepada usia pesakit, saiz tanda lahir dan kedudukannya.

Amalan biasanya yang dilakukan adalah dengan rawatan laser. Bagi kebanyakan tanda lahir seperti hemangiomas dan port wine stain misalnya boleh dirawat menggunakan rawatan laser, Intense Pulsed Light (IPL) yang menawarkan kesan lebih baik dan kekal.

Kaedah rawatan ini biasanya akan mengenal pasti saluran darah yang mengembang di bawah permukaan kulit bagi menghapuskan akar tanda lahir. Ia tidak menyakitkan dan hanya mengambil masa sekitar 30 minit dan kadang kala rawatan susulan diperlukan.


tanda lahir ulya di tangan kiri..nampak taakk??:)

hmm..bagi saya..birthmark ni pemberian Allah..ada atau tak,tak mengurangkan kasih sayang saya terhadap ulya..ummi tetap sayang ulya banyak2 :)

nota kaki :

nunu: baby in arabic
ehem2 : fikirlah sendiri.hehe :P



Saturday, August 28, 2010

used medela swing breast pump for sale

update : salam..maaf sgt2 pd yg email tanyakan bpump ni and tak reply..sangat2 sibuk and baru tengok inbox..bpump ni already sold..asif ya :)

salam ramadhan buat semua :)

straight kpd tajuk..hehe..sebenarnya breast pump ni pakai dlm 4-5 bulan ja..sbb lepas tu ada rezeki sikit tuka kpd freestyle..mula2 sayang nak let go..tapi bila difikir-fikirkan..simpan buat pekasam nak buat apa jugak..huhu

medela swing breast pump :

manual instruction+Breastfeeding Information Guide


still in a good condition

ac adapter+carry bag
bottle+bottle stand+softfield breastshield
connector+valve+membrane
tubing

extra spare parts yg turut disertakan :)


new connector
3 new valves + 11 new membranes

free gift medela bag :)

all in medela bag :)

kesemua ni saya nak let go pada harga rm450..huhu..

so,kepada sesiapa yg berminat boleh pm saya di wardah_azkiya@yahoo.com atau sms 013-2129360..


Sunday, July 18, 2010

adolf hitler : sudut kisah yang jarang kita dengar

Assalamualikum..

semalam saya ada terbaca di bog ini dan ini dan saya tertarik untuk turut kongsikannya disini..namun tidak disertakan sumber rujukan yg tepat..

sekadar satu perkongsian buat kita semua..benar atau tidak..wallahua`lam
boleh download disini untuk selanjutnya :)



Apa yang bakal anda baca ini ialah sebuah email yang saya terima dari seorang kawan dari Arab Saudi...saya terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan saya kongsi bersama anda semua...
__________________________________________________

Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...



Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.


Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...



Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...
Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy

Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...



Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.


Wednesday, July 14, 2010

sudah di malaysia :)

Assalamualaikum..

Lama sangat2 rasanya tak menulis sebarang khabar di blog ni..huhu..Alhamdulillah saya n ulya sekarang berada di malaysia tanah air terchenta..hehe..abu ulya tak nak balik tahun ni..dan setelah berbincang saya n ulya jela pulang ke malaysia(dalam hati masih berharap abg balik jugakk..heehehe)

Alhamdulillah ulya kini semakin membesar...dah masuk bulan yg ke sepuluh..kejap ja rasanya masa berlalu..21 ramadhan nanti genapla usia si kecik ni setahun..semakin meningkat usia si kecik ni,semakin bertambah2 habit baru..hehe..sekarang ni..doakan ulya membesar dengan sihat dan bijak :)

Buat entri ni dgn keterbatasan masa yg saya ada,saya taknak membebel panjang2..sekadar pemberitahuan buat sahabat handai yg saya n ulya sekarang dah kat malaysia..hehe..kalau ada yg nak ziarah ulya..jemputla datang rumah..hihi..

Belum terlambat rasanya utk saya mengucapkan tahniah buat sahabat saya ayu suhana di atas kelahiran putera ke2..moga Qasim membesar menjadi anak yg soleh..

 

Blog Template by YummyLolly.com - Header Image by Kevin Dooley